Baqiyyatullah

Siri Mahdawiyah بَقِیةُ اللَّهِ Antara panggilan terkenal Imam Al Mahdi adalah Baqiyatullah. Dengan peredaran waktu, nama dan tanda seseorang akan hilang dimamah zaman. Istana dan mahligai kemegahan akan bersatu dengan tanah dan lama kelamaan akan dilupakan. Telah berlalu insan-insan yang hebat yang kini hanya bahagian dari lipatan sejarah. Keagungan para maharaja kini hanya tinggal pada […]

Continue reading


Sahibuz Zaman (ajf)

Siri Mahdawiyah Sahibuz Zaman adalah panggilan Imam Al Mahdi AJF yang paling terkenal. Pemilik sebenar alam semesta adalah Allah SWT. Di bawah Pemilikan Allah dan izinNya, alam ini memiliki Khalifah yang Allah pilih untuk menjadi Khalifah atas segala ciptaan Allah SWT. Khalifah Allah ini adalah para Aulia Allah dan puncak dari mereka adalah Rasulullah SAAW […]

Continue reading


Mahdawiyah, Trend dan Perkembangannya.

Mahdawiyah, Trend dan Perkembangannya. Kefahaman Mahdawiyah adalah suatu ideologi yang diyakini dalam mazhab-mazhab yang berbagai dalam Islam. Kepercayaan kepada ‘Munji’ akhir zaman juga diyakini oleh agama-agama samawi yang lain. Kefahaman ini telah melalui proses dalam sejarah yang mengakibatnya kefahaman ini tidak lagi memiliki makna yang sama. Walau Rasulullah SAAW telah menjelaskan tentang siapa Al Mahdi […]

Continue reading


Mahdawiyah dalam pandangan Orientalist

Mahdawiyah dalam pandangan Orientalist Subjek Mahdawiyah adalah topik yang dibahas oleh sebahagian orientalist. Henry Carbon menganggap bahawa Mahdawiyah adalah antara permasalahan akidah, Irfan dan hikmah Syiah yang paling inti. Pada pandangan beliau, Mahdawiyah bermakna tafsiran kepada batin agama dan kezuhuran Imam yang menghidupkan sekali lagi kehidupan manusia. Dengan kezuhuran Imam, segala asas-asas yang tersembunyi dan […]

Continue reading


Dasar Mahdawiyah: Falsafah, Kalam dan Irfan

Dasar Mahdawiyah: Falsafah, Kalam dan Irfan Walaupun kepercayaan kepada Mahdawiyah memiliki akar berasal dari riwayat, namun selain dari para Muhadisin, golongan filosof juga memberikan perhatian khusus terhadap subjek ini. Setiap filosof membahas topik ini berdasarkan bentuk pemikiran falsafah mereka. Namun begitu sebahagian filosof membahasnya secara terperinci seperti Mulla Sadra yang membahasnya di dalam perbahasan Imamah. […]

Continue reading


Mahdawiyah – Mahdisme

Siri Mahdawiyah Mahdawiyah – Mahdisme مَهْدَوِيَة adalah dari kata Arab yang berasal dari مهدی. Huruf ‘ta’ ditambah ke atas Mahdawi yang memberi erti segala yang bersangkutan dengan Mahdi, seperti perkataan Alawi, Hassani, Hussini. Mahdawiyah pada asalnya adalah طریقة مهدویة ‘Tariqah Mahdawiyah’. Pada zaman awal Islam, kata Al Mahdi sering digunakan untuk seseorang yang telah mendapatkan […]

Continue reading


Mahdawiyah dari pandangan beberapa firqah Syiah

Mahdawiyah dari pandangan Zaidiyah Sebagaimana mazhab-mazhab yang lain juga menerima asas Mahdawiyah. Namun begitu mereka tidak mempercayai bahawa Al Mahdi telah dilahirkan dan akan zuhur. Mereka hanya mempercayai bahawa ada Al Mahdi yang dijanjikan dan akan zuhur pada akhir zaman. Pada pandangan Zaidiyah, ghaibah Imam bertentangan dengan pengakuan maqam Imamah seorang Imam. Justeru itu mereka […]

Continue reading