Najasat (Najis-najis Bahagian 3)

NAJIS-NAJIS (2)   Minuman Yang Memabukkan Minuman yang memabukkan berdasarkan ihtiyath wajib adalah haram. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 301, dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9).     Perhatian: Setiap jenis alkohol yang memabukkan yang bentuk awalnya adalah cecair, berdasarkan ihtiyath wajib adalah najis. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 307, dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9). Bahan yang memabukkan yang bukan berbentuk cairan, seperti ganja dan narkotik, apabila dicampur dengan air atau dengan cairan yang lain dan berubah bentuknya menjadi cairan, maka ia tidak dianggap najis. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 15). Air anggur yang telah dididihkan dengan api dan tidak berkurang dua pertiga daripada ukurannya serta tidak memabukkan, ianya tidaklah dianggap najis, namun meminumnya adalah haram. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 302). Apabila sejumlah anggur muda dididihkan bersama anggur yang sudah matang di dalam air secara serentak, sementara kadar anggur yang sudah matang itu terlalu sedikit, sehingga airnya yang bercampur dengan air anggur muda tadi menjadi hilang dan tidak dapat dikatakan sebagai air anggur yang sudah matang, maka dengan mendidih air tersebut hukumnya adalah halal. Akan tetapi sekiranya buah anggur yang sudah matang itu dididihkan secara terpisah (tanpa dicampur dengan buah anggur yang masih muda), maka hukum meminumnya adalah haram (Ajwibah al-Istifta'at, No. 303). Kafir Orang yang mengingkari tauhid, nubuwwat (kenabian), atau mengingkari salah satu daripada prinsip-prinsip agama Islam, seperti solat, puasa, atau meyakini adanya ketidaksempurnaan dalam risalah Rasulullah s.a.w., maka dia adalah kafir dan najis, kecuali ahli kitab[1]. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 313, 316, dan 336).     Perhatian: Mengingkari prinsip-prinsip agama, boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir jika perkara tersebut mengakibatkan kepada penolakan terhadap risalah, pendustaan terhadap kerasulan Rasul s.a.w., atau berpendapat terdapat sebarang kekurangan di dalam syari’at. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 336). Orang kafir ahli kitab dihukum suci. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 336).

Najis-najis (3) Noktah-noktah Perbahasan: • Cara-cara menentukan najis • Cara Menjadi Najis bagi sesuatu Yang Suci • Hukum-hukum najis • Was-was dan jalan penyelesaiannya Penjelasan: 1. Cara-cara menentukan najis segala sesuatu boleh dibuktikan dengan tiga cara, iaitu: a. Seseorang merasa yakin bahawa sesuatu itu adalah najis. b. Zulyad iaitu seseorang yang memiliki kekuasaan ke atas […]

Continue reading