Pelajaran 1 – Definisi Agama

PELAJARAN 1 – Definisi Agama Definisi Agama Tujuan penyusunan buku ini ialah menjelaskan akidah Islam yang dikenali dengan istilah usuluddin (prinsip-prinsip agama). Untuk itu, terlebih dahulu kami akan menjelaskan secara ringkas kalimah Din (agama) dan perkataan-perkataan lain yang berhubungan dengannya, kerana sebagaimana yang telah dibahaskan dalam ilmu Mantiq, kedudukan pembahasan definisi (Mabadi Tashawwuriyyah) mendahului pembahasan masalah […]

Continue reading


Apakah Benar Solat Mencegah Maksiat?

Untuk membahaskan  kepentingnya sembahyang atau solat dalam proses tazkiyah, pertama kita lihat firman Allah SWT; … أَقِمِ الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنكَرِ وَلَذِكْرُ اللَّهِ أَكْبَرُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ. “…Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah adalah lebih besar. Dan Allah mengetahui apa […]

Continue reading


Perjalanan Dalam Tazkiyah 2

Dalam tulisan sebelumnya telah jelas bahawa setinggi mana pun darjat maknawi yang dicapai manusia dia tetap berhadapan dengan godaan hawa nafsu dan risiko tergelincir. Kerana itu manusia perlu sentiasa berwaspada dengan risiko tersebut dan mendapatkan jalan untuk menghadapinya. Jalannya adalah seperti berikut; Pertama sentiasa meratap dan meminta kepada Allah SWT agar mendapat taufik dariNya untuk […]

Continue reading


Perjalanan Dalam Tazkiah Nafs

Takziyah nafs adalah gerakan pembersihan jiwa yang sudah menjadi kewajipan bagi setiap mukmin sehingga akhir hayatnya. Dalam proses ini, sejauh mana pun manusia bergerak dia tidak akan pernah sampai pada titik yang membuatnya tidak perlu lagi kepada jihad membina ketakwaan dan tazkiyah. Sebabnya adalah kerana dua faktor sebagai berikut; Pertama, kesempurnaan adalah hakikat yang tidak […]

Continue reading


Kepentingan Tazkiyah Nafs

Sebagaimana yang diketahui “takiyah nafs” bermaksud menyucikan diri. Ada yang mengatakan bahawa tazkiyah merupakan suatu proses yang berperingkat. Bagi orang yang belum masuk Islam, contohnya, menerima dan memeluk Islam merupakan langkah pertama dalam tazkiyah, manakala bagi orang yang sudah beriman, langkah pertamanya ialah mempunyai kesedaran penuh bahawa diri dan jiwanya perlu bersih dan suci. Ada […]

Continue reading


Pelajaran 11: Pelaksanaan Mandi

Pelajaran 11 PELAKSANAAN MANDI Dalam pelaksanaan mandi, seluruh badan dan kepala serta leher perlu dibasuh, baik mandi wajib seperti: mandi janabah atau pun mandi mustahab, seperti mandi hari Jumaat. Dengan kata lain, dalam melaksanakan semua macam mandi, tidak ada perbezaan kecuali pada niat. Mandi boleh dilaksanakan seperti berikut: Cara-cara Mandi: Mandi tartibi (secara berurutan): Pertama […]

Continue reading


Pelajaran 10: Mandi

Pelajaran 10 MANDI Ada kalanya untuk mengerjakan solat (dan seluruh pekerjaan yang perlu kepada wuduk) diwajibkan mandi terlebih dahulu. Bermaksud, untuk menunaikan perintah Allah Swt., seluruh badan mestilah  suci. Sekarang akan dijelaskan masalah-masalah mandi dan cara caranya. Jenis-Jenis Mandi Wajib Umum bagi lelaki-lelaki pun perempuan: Janabah Menyentuh mayat Mayat Khusus perempuan: Haid Istihadhah Nifas Setelah […]

Continue reading


Pelajaran 9: Wuduk Jabirah

Pelajaran 9 WUDUK  JABIRAH Definisi Jabirah Ubat yang diletakkan di atas luka dan pembalut yang membalutnya disebut dengan Jabirah. Seseorang yang memiliki luka pada anggota wuduknya, jika dia mampu berwuduk secara normal, maka dia perlu berwuduk secara normal. Misalnya: Permukaan luka terbuka dan air tidak berbahaya baginya. Permukaan luka tertutup akan tetapi boleh dibuka dan […]

Continue reading


Pelajaran 6: Cara Menyucikan Tanah yang Telah Najis

Pelajaran 6 CARA MENYUCIKAN TANAH YANG TELAH NAJIS Menyucikan Tanah Dengan air kur: Pertama sekali perlu dibuang tanah yang terkena najis lalu siramkan air kur atau alirkan air ke permukaannya sehingga terkena ke semua tempat-tampat yang terkena najis. Dengan air qalil: Jika permukaan tanah itu menyerap air, maka tanah tidak boleh disucikan dengan air qalil. […]

Continue reading