Pelajaran 15 – Analisis Materialisme Dialektika dan Kritikan ke atasnya

Materialisme Mekanika dan Dialektika Materialisme memiliki pelbagai macam aliran. Setiap aliran menafsirkan fenomena alam ini dengan caranya masing-masing. Di awal era modern, kaum Materialisme –yang diilhamkan oleh ahli fizik Newton– menafsirkan fenomena alam ini sesuai dengan gerak mekanik, iaitu setiap gerak merupakan akibat daripada kekuatan penggerak tertentu, yang kemudiannya masuk ke dalam benda yang bergerak. […]

Continue reading


Pelajaran 14 – Pandangan Dunia Materialisme dan Beberapa Kritikan

Dasar-dasar Pandangan Dunia Materialisme Dasar-dasar pandangan dunia Materialisme dapat dikategorikan sebagai berikut: Pertama, wujud itu sama dengan materi dan material. Sesuatu itu dianggap ada apabila ia berupa materi yang memiliki bentuk dan meliputi tiga dimensi (panjang, lebar dan padat) atau meliputi teori dan konsep materi sehingga ia memliliki sifat kuantiti dan dapat dibahagi. Atas dasar […]

Continue reading


Pelajaran 13 – Beberapa Keraguan dan Jawapan

Meyakini Realiti yang tidak boleh dikesan oleh pancaindera Di antara keraguan-keraguan yang dilontarkan mengenai keimanan kepada Allah swt. adalah: Bagaimana mungkin kita beriman kepada realiti yang tak dapat dirasai oleh panca indera? Keraguan seperti ini timbul apabila orang merasa hairan dengan adanya maujud yang tidak dapat dijangkau oleh panca indera. Bahkan sebahagian ilmuwan yang melandaskan […]

Continue reading


Doa Faraj

Ya Allah musibah begitu dasyat, rahsia telah tersingkap, kain penghalang telah terkoyak, telah pupus segala harapan , bumi telah sempit, langit telah menahan rahmatnya, tinggal Engkaulah akhir pengharapan, kepada-Mulah tujuan pengaduan, Engkaulah tempat bersandar dalam segala kesusahan.

Doa Faraj   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِیمِ   اِلهى عَظُمَ الْبَلاَّءُ وَبَرِحَ الْخَفاَّءُ وَانْكَشَفَ الْغِطاَّءُ وَانْقَطَعَ الرَّجاَّءُ   وَضاقَتِ الاْرْضُ وَمُنِعَتِ السَّماَّءُ واَنْتَ الْمُسْتَعانُ وَاِلَيْكَ   الْمُشْتَكى وَعَلَيْكَ الْمُعَوَّلُ فِى الشِّدَّةِ وَالرَّخاَّءِ اَللّهُمَّ صَلِّ عَلى   مُحَمَّدٍ وَ الِ مُحَمَّدٍ اُولِى الاْمْرِ الَّذينَ فَرَضْتَ عَلَيْنا طاعَتَهُمْ   وَعَرَّفْتَنا بِذلِكَ مَنْزِلَتَهُمْ فَفَرِّجْ عَنا بِحَقِّهِمْ فَرَجاً عاجِلا […]

Continue reading


Pelajaran 12 – Analisis atas Beberapa Faktor Penyimpangan

Pendahuluan Pada pelajaran pertama, telah kami bahaskan secara umum pandangan dunia terbahagi menjadi dua; pandangan dunia Ilahi dan pandangan dunia Materialisme. Perdebatan terpenting kedua-dua pandangan tersebut berkisar pada wujud Tuhan yang Maha Tahu dan Maha Kuasa. Pandangan dunia Ilahi menjadikan keberadaan Tuhan sebagai sebuah prinsip utama. Sedangkan pandangan dunia Materialisme mengingkari keberadaan Tuhan. Masih pada […]

Continue reading


Pelajaran 11 – Seluruh Sifat-sifat Fi’liyah

Termasuk topik yang rumit dalam ilmu Kalam adalah masalah Iradah Ilahiyah (kehendak Allah) yang dibahaskan daripada beberapa sisi. Perbezaan mengenainya tidak boleh dihindari, seperti adakah kehendak ini termasuk sifat dzatiyah atau pun sifat fi’liyah? adakah sifat tersebut qadim atau pun hadist? dan adakah ianya satu ataukah berbilang? Selain itu, terdapat topic-topik lain yang dibahaskan oleh […]

Continue reading


Pelajaran 10 – Sifat-sifat Fi’liyah

Pendahuluan Telah kami jelaskan pada pelajaran yang lalu, bahawa sifat fi’liyah merupakan konsep-konsep di mental  yang diperolehi oleh akal daripada perbandingan antara dzat Allah dan makhluk-makhluk-Nya, dengan cara mengamati hubungan tertentu di antara keduanya. Dalam hal ini, Khaliq dan makhuk-Nya merupakan dua sisi hubungan, seperti konsep Al-Khaliqiyah yang diperolehi oleh akal dengan cara mengamati hubungan […]

Continue reading


Pelajaran 9 – Sifat-sifat Dzatiyah

Pendahuluan. Daripada huraian yang lalu, telah kita ketahui  bahawa Allah swt merupakan Sebab Pengada Yang Utama bagi alam semesta ini, di mana seluruh kesempurnaan wujud terdapat pada dzat-Nya, dan pelbagai kesempurnaan yang dimiliki oleh setiap maujud apa pun bersumber daripada-Nya, tanpa mengurangi kesempurnaan zat-Nya sedikit pun ketika Dia menganugerahkan kesempurnaan tersebut kepada makhluk-makhluk-Nya. Point ini […]

Continue reading


Pelajaran 8 – Sifat-sifat Allah

Pendahuluan Telah kami jelaskan pada pelajaran yang lalu, sebahagian besar hujah falsafah itu digunakan untuk membuktikan dzat yang dikenali sebagai wajibul wujud. Jika hujah itu ditambahkan dengan hujah-hujah yang lain, maka akan dapat dibuktikan sifat-sifat salbiyah (negatif) dan sifat-sifat tsubutiyah (positif) pada wajibul wujud. Melalui semua hujah itu kita mengenal Allah swt. dengan segala sifat-Nya […]

Continue reading


Pelajaran 7- Pembuktian melalui “Wajibul Wujud”

“Wajibul Wujud” Telah kami jelaskan pada pelajaran yang lalu bahawa ahli falsafah Ilahiyah dan ulama kalam telah mengumpulkan sejumlah hujah dalam membuktikan wujud Allah. Dan hal ini telah dibahas dalam kitab-kitab Falsafah dan Kalam secara terperinci. Pada pelajaran ini, kami akan memilih satu hujah sahaja dari sekian banyak hujah. Hujah ini berlandaskan kepada pendahuluan-pendahuluan yang […]

Continue reading