Hidayah Dalam Al-Quran (14)

 

Hidayah dalam Al Quran 14

Pembuktian Imamah

Imamah selepas Rasulullah SAWA

Siapa Imam selepas Rasulullah

Pada perbahasan yang lepas kita telah membahaskan dan telah membuktikan kewujudan Imam selepas Rasulullah dengan beberapa dalil yang bersandarkan kepada ayat-ayat Al Quran. Dari dalil-dalil tersebut kita boleh mengambil beberapa kesimpulan tentang ciri-ciri Imam selepas Rasulullah.

  1. Imam dilantik oleh Allah bukan oleh manusia.
  2. Tugas Imam adalah memberi hidayah.
  3. Bersabar dengan ujian Allah.
  4. Memiliki ilmu yakin.
  5. Maksum.
  6. Memahami kandungan sebenar Al Quran.
  7. Sebagai ‘Tali Allah’, berpegang kepada Imam, akan menyelamatkan manusia dari kesesatan.
  1. Sebagai yang mewarisi dunia dan pendiri pemerintahan adil di atas muka bumi.

Ada dua cara untuk membuktikan siapa Imam selepas Rasulullah. Cara yang pertama, kita meneliti setiap individuyang ada dan kita melihat apakah mereka memiliki syarat-syarat Imam. Cara ini sudah tentu memakan waktu yang lama dan tidak bersesuaian dengan kaedah perbahasan kita. Cara kedua adalah dengan melihat siapakah yang ditunjukan oleh Allah di dalam Al Quran dan langsung membuktikan Imamah individu-individu tersebut.

Pada perbahasan yang lepas, kita telah mengatakan bahawa perbahasan ini adalah pembuktian berdasarkan ayat-ayat AlQuran. Maka kita tidak akan sentuh dalil-dalil riwayat kecuali pada beberapa perkara yang sudah jelas dalilnya dari Al Quran atau asbabun nuzul ‘sebab turun ayat’ yang disepakati oleh semua golongan dalam Islam.

Dalil pertama

ﻭَ ﻟَﻨَﺒْﻠُﻮَﻧَّﻚُﻡ ﺑِﺸﻰَْﺀٍ ﻣِّﻦَ ﺍﻟﺨْﻮْﻑِ ﻭَ ﺍﻟْﺠُﻮﻉِ ﻭَ ﻧَﻘْﺺٍ ﻣِّﻦَ ﺍﻟْﺄَﻣْﻮَﺍﻝِ ﻭَ ﺍﻟْﺄَﻧﻔُﺲِﻭَ ﺍﻟﺜَّﻤَﺮَﺍﺕِ ﻭَ ﺑَﺸِّﺮِ ﺍﻟﺼَّﺎﺑﺮِﻳﻦَ .ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺻَﺎﺑَﺘْﻬُﻢ ﻣُّﺼِﻴﺒَﺔٌ ﻗَﺎﻟُﻮﺍْ ﺇِﻧَّﺎ ﻟِﻠَّﻪِ ﻭَ ﺇِﻧَّﺎ ﺇِﻟَﻴْﻪِ ﺭَﺍﺟِﻌُﻮﻥَ .ﺃُﻭْﻟَﺌﻚَ ﻋَﻠَﻴﻬْﻢْ ﺻَﻠَﻮَﺍﺕٌ ﻣِّﻦ ﺭَّﺑِّﻬِﻢْ ﻭَ ﺭَﺣْﻤَﺔٌ ﻭَ ﺃُﻭْﻟَﺌﻚَ ﻫُﻢُ ﺍﻟْﻤُﻬْﺘَﺪُﻭﻥَ

“dan kami uji kalian dengan sesuatu dari ketakutan, kelaparan, kekurangan harta benda dan kematian dan hasiltumbuhan dan berilah khabar gembira kepada mereka yang sabar. Yang mana ketika mereka ditimpa musibah, mereka mengatakan sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNya kami kembali. Mereka adalah orang-orang yang mendapat salawat dari tuhan mereka dan mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah. (Al Baqarah, ayat 155 –157 )

Dari ayat di atas ini, kita dapat memahami beberapa perkara.

  1. Khabar gembira bagi mereka yang bersabar atas ujian Allah.
  1. Dan in juga memahamkan kita bahawa mereka yang diberikan khabar gembira ini adalah mereka yang mendapat ujian yang benar-benar besar dari Allah hingga Allah memberi mereka khabar gembira.
  1. Mereka adalah orang-orang yang benar redha dengan dengan ujian Allah dan berada di puncak keimanan dengan mengatakan “sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaNya kami kembali”.
  1. Allah berselawat ke atas mereka.
  2. Mereka mendapatkan hidayah dari Allah.

Berdasarkan ayat di atas ini, kita dapat melihat bahawa Allah ingin menerangkan kepada kita siapa Imam dalam umat Muhammad SAWA. Kita tidak menafikan bahawa ayat ini memberi makna umum, tetapi ia juga bermaksud golongan tertentu yang berada pada puncak kesabaran dan keyakinan yang merupakan syarat Imam. Dan mereka juga disalawati oleh Allah dan mendapat hidayah khusus dariNya.

Ayat pertama

ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻭَ ﻣَﻠَﺌﻜَﺘَﻪُ ﻳُﺼَﻠُّﻮﻥَ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﻨَّﺒﻰِِّ ﻳَﺄَﻳﻬُّﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺀَﺍﻣَﻨُﻮﺍْ ﺻَﻠُّﻮﺍْ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَ ﺳَﻠِّﻤُﻮﺍْ ﺗَﺴْﻠِﻴﻤًﺎ

“sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi, wahai orang-orang beriman, berselawat ke atasnya dan berikan salam ke atasnya dengan sebaik-baik salam” ( Al Ahzab, ayat 56 )

Apabila kita melihat kepada azbabun nuzul ayat di atas, kita akan dapati bahawa, kesepakatan ahli tasfir dan penulis kitab hadis bahawa ayat ini diturunkan untuk kewajipan berselawat ke atas Rasulullah dan keluarganya.

Dalam Sahih Bukhari, jilid 8, bab selawat atas Muhammad, Tasir At Tabari, Tafsir Ar Razi, Tafsir Muraghi dan mufasirin yang lain serta kitab-kitab hadis yang lain meriwayatkan, ketika ayat ini diturunkan, para sahabat Rasulullah bertanya bagaimana cara berselawat ke atas baginda. Rasulullah menjawab :

ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞّ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ ﻛﻤﺎ ﺻﻠﻴﺖ ﻋﻠﻰ ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺇﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ، ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺑﺎﺭﻙ ﻋﻠﻰ ﻣﺤﻤﺪ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﻣﺤﻤﺪ ﻛﻤﺎ ﺑﺎﺭﻛﺖ ﻋﻠﻰ ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﻭ ﻋﻠﻰ ﺁﻝ ﺍﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺍﻧﻚ ﺣﻤﻴﺪ ﻣﺠﻴﺪ

Di sini kita akan terus kepada inti perbahasan. Dari hadis ini kita dapat memahami

1. Allah berselawat ke atasnya adalahRasulullah dan keluarganya.

  1. Allah berselawat ke atas Rasulullah dan keluarganya sebagaimana Allah berselawat ke atas Ibrahim dan Maksud keluarga Ibrahim di sini adalah mereka yangtelah Allah angkat menjadi Imam sebagaimana Nabi Ibrahim (Al Baqarah ayat 124, sila rujuk perbahasan ke 11)

Dari ayat ini, kita dapat memahami bahawa mereka yang berada di puncak kesabaran adalah Muhammad dan keluarganya, kerana mereka satu-satunya yang Allah berselawat ke atas mereka secara khusus di dalam Al Quran. Maka dengan ini juga mereka adalah orang-orang yang mendapat hidayah.

Ayat kedua

ﺃَ ﻓَﻤَﻦْ ﻳَﻬْﺪﻱ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﺃَﺣَﻖُّ ﺃَﻥْ ﻳُﺘَّﺒَﻊَ ﺃَﻣَّﻦْ ﻻ ﻳَﻬِﺪِّﻱ ﺇِﻻَّ ﺃَﻥْ ﻳُﻬْﺪﻯ ﻓَﻤﺎ ﻟَﻜُﻢْ ﻛَﻴْﻒَ ﺗَﺤْﻜُﻤُﻮﻥ

“Adakah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? maka apakah alasan sikap kamu itu ? Maka bagaimana kamu mengambil keputusan” ( Surah Yunus, ayat 35)

Ayat ini telah kita bahas pada perbahasan yang 7, bahawa yang wajib diikut adalah mereka yang telah mendapat hidayah terlebih dahulu sebelum mereka memberi hidayah. Dalam surah Al Baqarah ayat 157 dan surah Al Ahzab ayat 56 jelas menunjukkan bahawa, Allah berselawat ke atas Rasulullah dan keluarganya. Ini bererti juga mereka adalah puncak dari yang mendapat hidayah dari Allah. Ini juga menunjukan bahawa mereka adalah orang yang wajib diikut.

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *