Hidayah Dalam Al-Quran (12)

 

Hidayah dalam Al Quran 12

Pembuktian Imamah

Imamah selepas Rasulullah SAWA

Dalil keempat

Pada perbahasan kali ini kita akan membawa beberapa ayat-ayat Al Quran yang mengisyarahkan tentang perpecahan yang berlaku kepada umat terdahulu.

… ﻓَﺒَﻌَﺚَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟﻨَّﺒِﻴِّﻴﻦَ ﻣُﺒَﺸِّﺮِﻳﻦَ ﻭَ ﻣُﻨْﺬِﺭِﻳﻦَ ﻭَ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﻣَﻌَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻜِﺘﺎﺏَ ﺑِﺎﻟْﺤَﻖِّ ﻟِﻴَﺤْﻜُﻢَ ﺑَﻴْﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻓِﻴﻤَﺎ ﺍﺧْﺘَﻠَﻔُﻮﺍ ﻓِﻴﻪِ …

“…maka Allah telah mengutus para Nabi sebagai pembawa khabar gembira dan peringatan dan diturunkan bersama mereka kitab dengan hak, untuk mereka melaksanakan hukum atas apa yang diperselisihkan di dalamnya… (Al baqarah, ayat 213)

ﻭَ ﻟَﻮْ ﺷﺎﺀَ ﺭَﺑُّﻚَ ﻟَﺠَﻌَﻞَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﺃُﻣَّﺔً ﻭﺍﺣِﺪَﺓً ﻭَ ﻻ ﻳَﺰﺍﻟُﻮﻥَ ﻣُﺨْﺘَﻠِﻔِﻴﻦَ * ﺇِﻟَّﺎ ﻣَﻦْ ﺭَﺣِﻢَ ﺭَﺑُّﻚَ ﻭَ ﻟِﺬﻟِﻚَ ﺧَﻠَﻘَﻬُﻢْ …

“dan jika Tuhanmu berkehendak akan ia jadikan manusia umat yang satu dan tidak berselisih. Kecuali sesiapa yang dirahmati oleh Tuhanmu, dan begitulah Ia menjadikan kamu…” ( Hud, ayat 118-119 )

Dua ayat di atas mengisyarahkan bahawa, antara sunnah yang berlaku dalam kehidupan manusia adalah perpecahan akibat dari pemilihan mereka terhadap jalan hidup yang mereka lalui. Di sini, Allah mengirim utusannya kepada mereka untuk menyelesaikan perselisihan yang mereka hadapi. Kita perlu kembali kepada apa yang telah kita bahaskan pada perbahasan yang lepas, bahawa perbezaan tugas Rasul dan Imam.

Sebagai Rasul, mereka menyampai, tetapi sebagai Imam, mereka memimpin manusia keluar dari perselisihan. Atau jika kita ingin, kita boleh mengibaratkan sebagai memimpin mereka keluar dari kegelapan ke arah nur. Dan dari ayat-ayat di atas juga kita dapat memahami bahawa perpecahan ini adalah sunnah yang berlaku ke atas umat manusia, baik sebelum Rasulullah dan selepas zaman Rasulullah. Kita telah bahaskan bahawa dengan keberadaan Rasulullah, Rasulullah telah berjaya menyatukan perpecahan dikalangan umatnya pada waktu itu. Ini adalah tugas Imamahnya Rasulullah SAWA.

Persoalanya sekarang ini adalah, bagaimana setelah kewafatan Rasulullah SAWA? Apakah manusia tidak berpecahbelah? Kita sebutkan bahawa pepecahan ini adalah sunnah manusia yang manusia tidak lepas darinya. Maka selagi ada manusia, selagi itu manusia perlu kepada pembimbing dan kepimpinan yang mengerluarkan mereka dari perpecahan. Pemimpin ini yang kita sebut sebagai Imam. Pada perbahasan yang terdahulu, kita juga telah membuktikan bahawa Imam ini adalah ‘tali Allah’. Jika manusia berpegang kepadanya mereka tidak akan berpecah belah.

Apa bila kita kembali kepada dunia nyata hari ini, kita akan dapati bahawa, manusia sememangnya dalam keadaan berpecahah belah. Perpecahan ini disebabkan kefahaman universal mereka tentang kehidupan dan idealogi mereka untuk hidup. Maka terbentuk kefahaman yang berbeza dikalangan manusia. Juga terdapat agama yang berlainan. Di dalam agama muncul mazhab-mazhab yang berbeza. Dalam mazhab juga muncul perbezaan yang mengakibatkan perselisihan. Perkara yang sama juga berlaku dalam Islam. Bagi sesiapa yang peka tentang realiti ini pasti akan bertanya apakah tidak ada jalan keluar dari semua perpecahan ini. Kita tidak menafikan bahawa pertanyaan yang sama juga muncul dalam hati mereka yang bukan beragama Islam dan mungkin juga pada mereka yang tidak percaya kepada agama dan tuhan.

Perasaan ini juga sunnah Allah yang ada dalam diri manusia dan ini bererti pasti ada jawapan dari Allah. Kerana Lutf Allah (yang mendekat manusia kepada ketaatan dan menjauhi maksiat) pasti akan mengeluarkan manusia dari perselisihan yang berlaku. Sebagaimana yang telah diterangkan oleh ayat di atas.

Maka dengan ini pasti akan ada Imam dari Allah pada setiap zaman yang akan mengeluarkan manusia dari perpecahan ini, jika manusia menerimanya. Siapa Imam ini, akan kita bahaskan pada bab pembuktian siapa Imam selepas Rasulullah yang memenuhi syarat-syarat yang telah kita bahaskan sebelum ini.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *