Hidayah Dalam Al-Quran (9)

 

Hidayah dalam Al Quran 9

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hasan Al-Attas

Imamah selepas Rasulullah SAWA

Dalil kedua – 2

ﻭَ ﻧُﺮﻳﺪُ ﺃَﻥْ ﻧَﻤُﻦَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟَّﺬﻳﻦَ ﺍﺳْﺘُﻀْﻌِﻔُﻮﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻭَ ﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢْ ﺃَﺋِﻤَّﺔً ﻭَﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻮﺍﺭِﺛﻴﻦ

Pada perbahasan sebelum ini, kita telah menukilkan tiga bentuk nikmat agung yang Allah kurniakan ke atas kita,

  1. Nikmat Islam
  2. Nikmat kerasulan
  3. Nikmat hidayah

Kesemua anugerah ini tidak berikan tanpa sebab dan tanggung jawab, kita semua akan dipersoalkan atas nikmat-nikmat tersebut. Sebagaimana firman Allah dalam surah Al

Takasur, ayat 8 :

ﺛُﻢَّ ﻟَﺘُﺴْﺌَﻠُﻦَّ ﻳَﻮْﻣَﺌِﺬٍ ﻋَﻦِ ﺍﻟﻨَّﻌﻴﻢ

Maka pasti akan mereka dipersoalan dengan nikmat (yang

telah dianugerahkan)

Maka ada nikmat yang lebih penting dari nikmat Islam, Syariat yang dibawa oleh Rasulullah SAWA dan hidayah?Sudah tentu yang dimaksudkan dengan hidayah ini adalah apa yang telah kita bahaskan sebelum ini, iaitu jalan menuju kepada Allah yang dipimpin oleh Imam. Yang mana dalam perjalanan menuju kepada Allah tidak akan berlaku ‘takaluf’ penyimpangan atau kesesatan. Sebab itu dalam menyelamatkan bani Israel, Allah mengangkat Nabi Musa sebagai Imam, supaya mereka dapat menuju tempat yang selamat tanpa berlaku sebarang bentuk ‘takaluf’.

Apakah tujuan utama Nabi Musa mengeluarkan mereka dari Mesir? Apakah hanya untuk menyelamatkan diri mereka sahaja atau ada tujuan yang lebih besar? Dalam ayat 5, surah Al Qhisos, menyebutkan mereka akan menjadi perwaris, perwaris kepada apa? Sebahagian mufasirin mengatakan pewaris kekuasaan dan harta Firaun. Jika ini yang dimaksudkan, alangkah malang sekali jika mewarisi harta Firaun menjadi tujuan utama. Apakah ini nikmat yang agung? Ini bertentang sama sekali dengan apa yang difirmankan olehAllah tentang nikmat-nikmatnya. Sudah tentu tujuan yang paling utama adalah menyelamatkan mereka dari kegelapan menuju nur, menuju kepada Allah. Bukan tujuan material dan bukan tujuan duniawi.

Semua ini dengan syarat mereka mengikuti apa yang disampai oleh Imam, atau dengan kata lain menyerahkan dirimereka secara mutlak kepada Imam. Tetapi ini tidak dilakukan oleh Bani Israel, setelah mereka diselamatkanmereka ingkar atas arahan nabi Musa as, maka Allah sesatkan mereka selama 40 tahun, melata di tanah Sinai. Setelah genarasi yang degil itu tiada dan diganti dengan genarasi yang baru, barulah mereka dapat memasuki tanah Palestine.

Perlu diingatkan kembali bahawa perbahasan kita adalah pembuktian Imam selepas Rasulullah. Sebenarnya secaratidak langsung kita telah membuktikan keserabutan yang berlaku dalam umat Islam hari ini dengan segala bentuk perpecahan dan mazhab. Umat Islam serta saling menuduh antara satu dengan yang lain malah saling mengkafirkan kerana mereka kehilangan hidayah atau menolak hidayah yang telah Allah anugerahkan kepada mereka. Jika mereka berpegang kepada hidayah Allah pasti tidak akan berlaku perpecahan sebagaimana yang berlaku hari ini. Ini yang dimaksud dalam firman Allah dalam surah A’li Imran, ayat 103 :

ﻭَ ﺍﻋْﺘَﺼِﻤُﻮﺍ ﺑِﺤَﺒْﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺟَﻤﻴﻌﺎً ﻭَ ﻻ ﺗَﻔَﺮَّﻗُﻮﺍ ﻭَ ﺍﺫْﻛُﺮُﻭﺍ ﻧِﻌْﻤَﺖَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺇِﺫْ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﺃَﻋْﺪﺍﺀً ﻓَﺄَﻟَّﻒَ ﺑَﻴْﻦَ ﻗُﻠُﻮﺑِﻜُﻢْ ﻓَﺄَﺻْﺒَﺤْﺘُﻢْ ﺑِﻨِﻌْﻤَﺘِﻪِ ﺇِﺧْﻮﺍﻧﺎً ﻭَ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﻋَﻠﻰ ﺷَﻔﺎ ﺣُﻔْﺮَﺓٍ ﻣِﻦَ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻓَﺄَﻧْﻘَﺬَﻛُﻢْ ﻣِﻨْﻬﺎ ﻛَﺬﻟِﻚَ ﻳُﺒَﻴِّﻦُ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻟَﻜُﻢْ ﺁﻳﺎﺗِﻪِ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗَﻬْﺘَﺪُﻭﻥ

Dan berpegang teguhlah kalian kepada tali Allah dan janganlah kalian bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kalian ketika kalian bermusuh-musuhan lalu Allah menyatukan di antara hati kalian maka kalian menjadi saling bersaudara kerana nikmat Allah, dan kalian dahulu telah berada di tepi jurang neraka lalu Allah selamatkan kalian dari neraka itu, demikianlah Allah menjelaskan kepada kalian ayat-ayatNya, moga-moga kalian mendapat hidayahNya.

Allah memerintahkan kita untuk perpegang kepada tali Allah, supaya tidak berpecah belah dan saling bermusuhan. Jangan kita sempitkan ayat ini dengan keadaan yang berlaku pada awal Islam. Hari ini umat Islam sedang dilanda perkara yang sama. Saling memusuhi, saling mengkafirkan, saling membunuh, keadaannya sama dengan zaman umat jahiliah.

Jadi apa yang dimaksudkan dengan tali Allah, nikmat dan moga kamu mendapat pentunjuk atau hidayah jika berpegang kepada tali Allah tersebut? Apakah maksud tali Allah itu, Islam? Jika maknanya adalah Islam, bererti tidak berlaku perpecahan. apakah maknanya Al Quran?, jawapan juga serupa. apakah syariat?, jawapan yang sama. Maka kita boleh mengambil kesimpulan bahawa penyebab terselamat Bani Israel disebabkan wujudnya nikmat hidayah, iaitu, maqam Imamah Nabi Musa as.

Tidak berpecah umat pada zaman Rasulullah kerana keberadaan Rasulullah yang merupakan puncak dari Imamah. Maka setelah zaman Rasulullah, apakah Allah membiarkan umat Islam menentukan jalan mereka sendiri atau Allah yang menentukan. Kerana kebanyakan umat Islam merasakan mereka yang menentukan jalan mereka sendiri, maka mereka  sendirilah adalah tali Allah. Jika mereka menerima bahawa Allah yang menentukan, maka mereka mesti menerima wujudnya hidayah yang dibawa oleh Imam yang ditunjukan oleh Allah. Dan Imam inilah yang dipanggil sebagai tali Allah. Kerana mereka tidak berpegang maka berlakulah apa yang sedang berlaku sekarang. Mungkin ini maksud hadis Rasulullah yang terkenal “barang siapa mati tidak mengenal Imam pada zamannya, mati seperti matinya golongan jahiliah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *