Hidayah Dalam Al-Quran (8)

 

Hidayah dalam Al Quran 8

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hasan Al-Attas

Imamah selepas Rasulullah SAWA

Dalil kedua

ﻭَ ﻧُﺮﻳﺪُ ﺃَﻥْ ﻧَﻤُﻦَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟَّﺬﻳﻦَ ﺍﺳْﺘُﻀْﻌِﻔُﻮﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻭَ ﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢْ ﺃَﺋِﻤَّﺔً ﻭَﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻮﺍﺭِﺛﻴﻦ

dan Kami berhendak untuk memberi nikmat yang besarkepada kaum yang tertindas di atas bumi, dan hendakmenjadikan mereka pemimpin-pemimpin (para Imam) , serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi. ( AlQhisos, ayat 5 )

Ayat di atas ini mengisahkan tentang kezaliman yang dilakukan Firaun dan Haman ke atas Bani Isreal. Merekaditindas dan dengan perintah Allah, Nabi Musa, membawa mereka keluar dari Mesir untuk menyelamatkan mereka dari kezaliman Firaun dan kaumnya. Ayat ini juga menyentuh bahawa Allah berkehendak untuk memberi nikmat kepada bani Israel yang tertindas dan menjadikan mereka Imam dan mewarisi dunia.. terdapattafsiran yang berbagai tentang perkara ini, khusus siapa yang menjadi imam dan apa yang di warisi. Kita akan menyentuhbeberapa perkara yang penting sahaja dari ayat tersebut.

Pertama : ayat ini walau menceritakan tentang Firaun dan Bani Israel, tetapi ia juga memiliki makna yang lebih umum, iaitu penindas dan yang ditindas (mustadhafin). Kerana kedua golongan ini akan wujud hingga hari kiamat.

Kedua : penindas ini adalah puncak kezaliman dan yang ditindas adalah puncak dari kemazluman.

Ketiga : perkataan berkehendak ﻧُﺮﻳﺪُ mememberi erti berterusan Allah memberi nikmat yang besar ke atas golongan yang tertindas.

Keempat : menjadikan golongan yang paling tertindas itu Imam, dalam ayat di atas, maksudnya Nabi Musa as, bukan seluruh bani Israel.

Kelima : Allah mewariskan dunia kepada golongan tertindas ini, iaitu kepada Imam yang merupakan manusia yang paling ditindas dan mazlum serta mereka sabar terhadap ujian tersebut.

Sekarang kita perlu juga melihat ayat-ayat yang lain yang memiliki persama dengan ayat di atas. Setelah itu kita akan dapat mengambil kesimpulan bahawa Imam itu sentiasa ada pada setiap zaman.

Pertama tentang ayat yang bersangkutan dengan nikmat

yang agung ﺃَﻥْ ﻧَﻤُﻦَّ .

Pertama nikmat Islam : (surah An Nisa, ayat 94 )

ﻛَﺬﻟِﻚَ ﻛُﻨْﺘُﻢْ ﻣِﻦْ ﻗَﺒْﻞُ ﻓَﻤَﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ

“Begitulah kalian dari sebelum ini, maka Allah memberinnikmatNya ke atas kalian”

Kedua, nikmat kerasulan : ( A’li Imran, 164 )

ﻟَﻘَﺪْ ﻣَﻦَّ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻤُﺆْﻣِﻨِﻴﻦَ ﺇِﺫْ ﺑَﻌَﺚَ ﻓِﻴﻬِﻢْ ﺭَﺳُﻮﻟًﺎ

“sesungguhnya Allah telah memberi nikmat ke atas orang mukmin ketika Ia mengutus Rasul dikalangan mereka”

Ketiga, nikmat hidayah : ( Al Hujurat , ayat 17 )

ﺑَﻞِ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻳَﻤُﻦُّ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺃَﻥْ ﻫَﺪﺍﻛُﻢْ

Kecuali Allah berkehendak untuk memberi nikmat keatas kalian dengan menghidayahkan kalian.

Nikmat yang keempat ini adalah nikmat hidayah, apada perbahasan yang lepas kita telah mengatakan bahawahidayah melalui Rasul berada dibawah hidayah taqwini, taqwini adalah hidayah yang pikul oleh Imam yang sebahagiannya adalah Rasul. Nikmat hidayah yang disebutkan oleh Allah dalam ayat di atas adalah setelah nikmat kerasulan, maka yang dimaksudkan dengan nikmat hidayah ini adalah hidayah taqwini. Jadi maksud ﺃَﻥْ ﻫَﺪﺍﻛُﻢْ‘menghidayahkan kalian’ adalah Allah memberi mereka Imam, dengan Imam tersebut, manusia mendapat nikmat hidayah. Dalam ayat ini juga Allah berfirman dengan perkataan ﻳَﻤُﻦُّ , yang memberi erti berkesinambungan nikmat, iaitu nikmat yang tidak terhenti. Ini menunjukan bahawa hidayah taqwini ini selalu ada. Maka dengan itu Imam pasti ada pada setiap zaman.

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *