Hidayah Dalam Al-Quran (10)

 

Hidayah dalam Al Quran 10

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hasan Al-Attas

Imamah selepas Rasulullah SAWA

Dalil kedua – 3

ﻭَ ﻧُﺮﻳﺪُ ﺃَﻥْ ﻧَﻤُﻦَّ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟَّﺬﻳﻦَ ﺍﺳْﺘُﻀْﻌِﻔُﻮﺍ ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻭَ ﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢْ ﺃَﺋِﻤَّﺔً ﻭَ ﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻮﺍﺭِﺛﻴﻦ

Kita masih lagi dalam pembuktian wujud Imam selepas kewafatan Rasulullah bersandarkan kepada firman Allahdalam surah Al Qhisos, ayat 5. Pada perbahasan yang lepas kita telah menyebutkan ada tiga bentuk nikmat yang telah Allah anugerahkan kepada manusia.

  1. Nikmat Islam
  2. Nikmat kerasulan dan syariat
  3. Nikmat hidayah iaitu hidayah yang dipertanggung jawabkan ke atas Imam.

Terdapat satu lagi bentuk nikmat yang disebutkan di dalam Al Quran, ia adalah nikmat penguasaan ke atas seluruh dunia. Banyak ayat-ayat Al Quran yang menyentuh tentang hal ini, bahawa dunia akan diwariskan kepada hamba-hambanyasoleh. Ini juga disebutkan di dalam ayat 5, surah Al Qhisos :

ﻭَ ﻧَﺠْﻌَﻠَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻮﺍﺭِﺛﻴﻦ

“Dan kami jadikan mereka sebagai yang mewarisi” Pada perbahasan yang lepas telah kita sebutkan bahawapewarisan yang diwarisi oleh Bani Israel bukan harta atau tanah Mesir, tetapi seluruh dunia. Sudah tentu dengan syarat mereka mengikuti arahan Imam. Dan kita juga telah mengatakan bahawa ayat ini walau menceritakan kisah Nabi Musa, Bani Israel dan Firaun, tetapi ia juga memiliki makna umum. Ini memberi maksud bahawa dunia akan diwariskan kepada Imam dan mereka-mereka yang mentaatinya.

Tujuannya supaya keadilan mutlak dapat dilaksanakan di atas muka bumi. Terdapat ayat-ayat lain juga yang menguatkan hujjah ini.

ﻭَﻋَﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﻣِﻨْﻜُﻢْ ﻭَ ﻋَﻤِﻠُﻮﺍ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤﺎﺕِ ﻟَﻴَﺴْﺘَﺨْﻠِﻔَﻦْﻢُﻫَّ ﻓِﻲﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ

“Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kalian ia akan menjadikan merekakhalifah di atas muka bumi” (surah An Nur, ayat 55)

Dalam ayat ini menyebutkan bahawa orang-orang yang beriman dan soleh dari kalangan umat Muhammad akandijadikan khalifah di atas muka bumi.

ﺃَﻥَّ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽَ ﻳَﺮِﺛُﻬﺎ ﻋِﺒﺎﺩِﻱَ ﺍﻟﺼَّﺎﻟِﺤُﻮﻥَ

“sesungguhnya bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba ku yang Soleh” (al Anbia, ayat 105)

ﻭَ ﺃَﻭْﺭَﺛْﻨَﺎ ﺍﻟْﻘَﻮْﻡَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻛﺎﻧُﻮﺍ ﻳُﺴْﺘَﻀْﻌَﻔُﻮﻥَ ﻣَﺸﺎﺭِﻕَ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻭَ ﻣَﻐﺎﺭِﺑَﻬَﺎ

“dan kami telah mewariskan timur dan barat bumi kepada kaum yang sebelum ini tertindas” (surah Al A’raf, ayat 137)

Ayat ini juga menceritakan tentang bani Israel, tetapi bukan bererti ia tidak memiliki makna umum, kerana Al Quran bukan kitab sejarah walau menceritakan sejarah sebagai ibrah terhadap manusia untuk menuju kepada Allah. Hukum yang sama juga akan berlaku pada setiap zaman. Ini kerana kaum tertindas masih belum mendapatkan hak mutlak mereka.

ﻟَﻨُﻬْﻠِﻜَﻦَّ ﺍﻟﻈَّﺎﻟِﻤِﻴﻦَ ﻭَ ﻟَﻨُﺴْﻜِﻨَﻨَّﻚُﻡُ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽَ ﻣِﻦْ ﺑَﻌْﺪِﻫِﻢْ

“maka pasti kami akan menghapuskan mereka yang zalim. Dan akan kami tempatkan kalian di atas muka bumi selepas mereka.” ( surah Ibrahim ayat 13 – 14)

Dan yang terpenting adalah janji Allah yang mengangkat agamanya di atas agama-agama yang lain masih belumterlaksana.

ﻫُﻮَ ﺍﻟَّﺬﻱ ﺃَﺭْﺳَﻞَ ﺭَﺳُﻮﻟَﻪُ ﺑِﺎﻟْﻬُﺪﻯ ﻭَ ﺩﻳﻦِ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻟِﻴُﻈْﻬِﺮَﻩُ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﺪِّﻳﻦِ ﻛُﻠِّﻪِ ﻭَ ﻟَﻮْ ﻛَﺮِﻩَ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛُﻮﻥ

“Dia yang mengutus Rasulnya dengan hidayah dan agama yang hak untuk mengatasi atas segala agama walau tidak disukai oleh orang-orang musyrikin” (surah At Taubah, ayat 33)

Dari keseluruhan perbahasan di atas kita boleh mengambil beberapa natijah.

  1. Nikmat pemerintahan orang-orang tertindas pasti berlaku.
  2. Pemerintahan ini adalah pemerintah hamba-hamba Allah yang soleh.
  1. Pemerintahan ini berlaku di atas seluruh muka bumi.
  2. Pemerintahan yang adil setelah bumi diperintah oleh orang-orang yang zalim.
  1. Dalam pemerintahan ini, agama Allah akan mengatasi agama-agama yang lain.
  1. Nikmat pemerintahan ini setelah ada nikmat Islam, Kerasulan – Syariat dan Hidayah – Imam.
  1. Pemerintahan ini hanya akan berlaku apabila umat Islam menerima tiga nikmat yang terdahulu terutama nikmathidayah melalui Imam.
  1. Pemerintahan ini adalah pemerintahan hamba Allah yang soleh, iaitu perintahan Imam.
  1. Ini membuktikan kewujudan Imam selepas kewafatan Rasulullah dan sekalian membuktikan pemerintahan Imam AlMahdi AJ. di akhir zaman.
  1. Pemerintahan ini merealisasikan janji Allah bahawa dunia ini diciptakan untuk hamba-hambanya taat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *