Hidayah Dalam Al-Quran (6)

 

Hidayah dalam Al Quran 6

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hassan Al-Attas

Perbezaan Hidayah Tasyrie dan Hidayah Taqwini

Secara ringkasnya kita telah menyentuh perbezaan antara hidayah tasyrie dan hidayah taqwini. Sebelum itu perludiulangi lagi bahawa Allah SWT menganugrahkan semua bentuk hidayah ini kepada manusia kerana manusiamemerlukannya. Maka selagi manusia ada di atas muka bumi, selagi itu mereka memerlukan kepada kesemua bentuk hidayah dari Allah. Jika ada dikalangan manusia yang hanya menerima sebahagian dan menolak sebahagian, ini bererti dia tidak akan sampai ke maqam kesempurnaan hakiki. Manusia tidak boleh mengatakan kami menerima sebahagian dan menolak sebahagian lagi.

Perbezaan utama antara dua hidayah ini adalah hidayah taqwini menyempurnakan hidayah tasyrie. Ini dikeranakandalam hidayah tasyrie, seorang Anbia atau Rasul ditugaskan untuk menyampaikan sahaja (sebagaimana yang telah dibahaskan sebelum ini). Apabila sebahagian dari Rasul diangkat menjadi Imam, sudah tentu tugasnya akan berbeza, jika tidak ada beza, ini bererti pengangkatan mereka menjadi Imam adalah satu perkara yang sia-sia dan Allah tidak akan melakukan perbuatan sia-sia. Maka itu pasti ketika sebahagian Rasul diangkat menjadi Imam, mereka diberi tugas yang berbeza dengan tugas kerasulan. Tugas ini telah kita bahaskan pada perbahasan yang lepas. Untuk menjelaskan perbezaan antara dua hidayah tersebut, kita perlukan kepada contoh yang mudah. Contohnya A ingin pergi ke satu tempat, lalu dibertanya kepada B bagaimana jalan menuju ketempat tersebut. B pun menunjukan jalan bagaimana A boleh mencapaikan dirinya ketempat tersebut. Dalam menuju ketempat tersebut akan terjadi dua kemungkinan. Pertama, A akan sampai ketujuan dengan arah yang telah ditunjukkan oleh B. Kedua, A tersesat jalan. Ini adalah contoh hidayah tasyrie.

Contoh kedua, A ingin menuju ke satu tempat, ia bertanya kepada B bagaimana ia boleh sampai ke tempat tersebut. B tidak menunjukan arah tetapi malah ia langsung menghantar A untuk sampai ke tujuannya. Dalam contoh ini A pasti akan sampai ketujuan tanpa ada kemungkinan sesat di jalan. Ini adalah contoh hidayah taqwini.

Jadi perbezaan utama antara hidayah tasyrie dan taqwini adalah dalam hidayah tasyrie ada kemungkin berlaku parapencari kesempurnaan tidak bertemu dengan kesempurnaan dan dalam hidayah taqwini ini tidak akan berlaku. Pencari kesempurnaan pasti akan sampai ke maqam kesempurnaan. Sebab inilah kenapa ia dipanggil sebagai hidayah taqwini, mengambil nama hukum taqwini (hukum ciptaan yang berlaku di dalam alam). Dalam hukum taqwini tidak akan berlaku ‘takhaluf’ iaitu sesuatu yang bertentangan dengan sunnah Allah.

ﻭَ ﻟَﻦ ﺗﺠَﺪَ ﻟِﺴُﻨَّﺔِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﺒْﺪِﻳﻼ

Kamu tidak akan dapati ada perubahan dalam sunnah Allah

( Al Ahzab, ayat 62)

ﻟَﻦ ﺗﺠَﺪَ ﻟِﺴُﻨَّﺖِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗﺤَﻮِﻳﻼ

Kamu tidak akan dapati ada perpindahan dalam sunnah Allah

( Fathir, ayat 43 )

Sebab itu ayat ﻳَﻬْﺪُﻭﻥَ ﺑِﺄَﻣْﺮِﻧﺎ ‘memberi hidayah dengan urusan

kami’, ‘Amr’ adalah apa yang dimaksudkan dalam surah yasin, ayat 82.

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺃَﻣْﺮُﻩُ ﺇِﺫَﺍ ﺃَﺭَﺍﺩَ ﺷَﻴْﺎ ﺃَﻥ ﻳَﻘُﻮﻝَ ﻟَﻪُ ﻛُﻦ ﻓَﻴَﻜُﻮﻥ

“sesungguhnya urusan Allah itu, jika Ia meninginkan sesuatu,Ia mengatakan jadi, maka akan terjadi”

Dan dalam surah Al Qamar, ayat 50.

ﻭَ ﻣَﺎ ﺃَﻣْﺮُﻧَﺎ ﺇِﻟَّﺎ ﻭَﺍﺣِﺪَﺓٌ ﻛﻠَﻤْﺢِ ﺑِﺎﻟْﺒَﺼَﺮ

“dan tidak urusan kami kecuali sekali, seperti sekelip mata”.

Natijah dari perbahasan di atas adalah, hidayah taqwini yang dibawa oleh Imam pasti akan menyampai manusia yang ingin sempurna kepada kesempurnaan mutlak iaitu kepada Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *