Hidayah Dalam Al-Quran (5)

 

Hidayah dalam Al Quran 5

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hassan Al-Attas

Bentuk Hidayah dalam Al Quran 3

Hidayah Taqwini.

Pada perbahasan yang lepas, kita telah bahaskan tentang hidayah fitriyah dan hidayah tasyrie. Hidayah tasyrie adalah penyempurna kepada hidayah fitriyah. Sekarang ini kita akan lanjukan dengan hidayah keberikutnya yang disebutkan juga di dalam Al Quran. Hidayah ini adalah hidayah taqwini. Di sini kita boleh mengambil dua kesimpulan awal.

Pertama : Sudah tentu apabila kita menyebutnya sebagai hidayah taqwini, pasti ia berbeza dengan hidayah fitriyah dan hidayah tasyrie.

Kedua : Bila ia disebutkan sebagai salah satu hidayah, ini bererti manusia juga memerlukan kepada hidayah tersebut sebagaimana manusia memerlukan kepada hidayah fitriah dan hidayah tasyrie.

Hidayah Taqwini di dalam Al Quran

Terdapat beberapa ayat Al Quran yang mengisyarahkan kewujudan hidayah ini. Kita akan meneliti beberapa ayat yang berkait dengan hidayah taqwini ini.

ﻭَ ﺟَﻌَﻠْﻨﺎﻫُﻢْ ﺃَﺋِﻤَّﺔً ﻳَﻬْﺪُﻭﻥَ ﺑِﺄَﻣْﺮِﻧﺎ

“kami angkat sebahagian dari mereka ( dari para Rasul ) menjadi Imam untuk memberi hidayah dengan urusan dan kami. ( Al Anbia , ayat 73 )

ﻭَ ﺟَﻌَﻠْﻨﺎ ﻣِﻨْﻬُﻢْ ﺃَﺋِﻤَّﺔً ﻳَﻬْﺪُﻭﻥَ ﺑِﺄَﻣْﺮِﻧﺎ ﻟَﻤَّﺎ ﺻَﺒَﺮُﻭﺍ ﻭَ ﻛﺎﻧُﻮﺍ ﺑِﺂﻳﺎﺗِﻨﺎ ﻳُﻮﻗِﻨُﻮﻥ

“dan kami jadikan sebahagian dari mereka ( Para Rasul ) Imam, untuk memberi hidayah dengan urusan kami, ketika mereka bersabar dan mereka yakin dengan tanda-tanda kami” ( As Sajadah, ayat 24 )

ﻗَﺎﻝَ ﺇِﻧﻰِّ ﺟَﺎﻋِﻠُﻚَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﺇِﻣَﺎﻣًﺎ

Allah berfirman sesungguhnya Aku mengangkat mu( Ibrahim ) menjadi Imam untuk manusia. (Al Baqarah, ayat

124 )

Dari ayat-ayat di atas kita boleh memahami beberapa perkara.

Pertama : Imam adalah urusan Allah dan Allah sendiri yang melantik para Imam.

Kedua : Sebahagian dari Rasul diangkat menjadi Imam.

Ketiga : Maqam Imam lebih tinggi dari maqam Rasul. Kerana sebahagian dari Rasul diangkat menjadi Imam.

Keempat : Antara Rasul diangkat menjadi Imam selepas kerasulannya adalah Nabi Ibrahim as.

Kelima : Tugas Rasul berbeza dengan tugas Imam, tugas sebagai Rasul adalah menyampai atau tabligh, sedangkan tugas Imam adalah memberi hidayah. Ini seperti perbezaan antara menunjukan jalan dengan memimpin sampai ketujuan. Tugas Rasul menunjukan jalan, manakala tugas Imam adalah menyampaikan kepada tujuan.

Keenam : syarat Imam adalah, pertama, sabar dengan ujian. Kedua adalah memiliki keyakinan. Sebagai contoh, Nabi Ibrahim as sabar ketika diuji oleh Allah dan beliau berjaya atas ujian tersebut dan beliau juga dianugerahkan keyakinan oleh Allah SWT.

ﻭَ ﺇِﺫِ ﺍﺑْﺘَﻠﻰَ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻢَ ﺭَﺑُّﻪُ ﺑِﻜﻠَﻤَﺎﺕٍ ﻓَﺄَﺗَﻤَّﻬُﻦ

“dan ketika Ibrahim diuji tuhannya dengan kalimat maka ia telah menyelesaikan” ( Al Baqarah ayat 124 )

ﻭَ ﻛَﺬَﺍﻟِﻚَ ﻧُﺮِﻯ ﺇِﺑْﺮَﺍﻫِﻴﻢَ ﻣَﻠَﻜُﻮﺕَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﻭَ ﺍﻟْﺄَﺭْﺽِ ﻭَ ﻟِﻴَﻜُﻮﻥَ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﻮﻗِﻨِﻴﻦ

“dan begitulah bagimana kami memperlihatkan Ibrahim batin langit dan bumi dan supaya ia menjadi dari kalangan yang yakin” ( Al An’am, ayat 75).

Ketujuh : para Imam ini akan diuji dengan ujian yang paling berat dan mereka memiliki kedudukan yakin yang paling tinggi, iaitu maqam ‘hakkul yakin’ yang telah kita bahaskan sebelum ini.

Kelapan : manusia sentiasa memerlukan kepada hidayah dari Allah dan antara hidayah Allah adalah hidayah taqwini. Maka manusia selagi ada di atas muka bumi akan sentiasa memerlukan hidayah taqwini ini, iaitu hidayah dari para Imam.

Kesembilan : bila kita mengatakan manusia apabila ada bererti memerlukan semua bentuk hidayah dari Allah termasuk hidayah taqwini, ini menunjukkan ada Imam selepas kewafatan Rasulullah.

Kesepuluh : para Imam selepas Rasulullah mesti memiliki, ciri-ciri yang telah disebutkan oleh Allah dalam Al Quran, iaitu:

  1. Dilantik oleh Allah
  2. Sabar dengan ujian Allah
  3. Memiliki ilmu yakin
  4. Maksum, dengan dalil yang akan diterangkan pada perbahasan berikut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *