Hidayah Dalam Al-Quran (4)

 

Hidayah dalam Al Quran 4

Pembuktian Imamah

Oleh: Ustaz Syed Hassan Al-Attas

Bentuk Hidayah dalam Al Quran 2

Kedua : Hidayah Tasyrie

Pada perbahasan yang lepas kita telah mengatakan bahawa hidayah fitriah adalah hidayah yang pertama yang Allah anugerahkan kepada manusia. Dan kita juga telah mengatakan bahawa hidayah fitriah ini tidak cukup untukmembawa manusia menuju kepada kesempurnaan. Di sini manusia memerlukan kepada hidayah seterusnya yang dipanggil sebagai hidayah tasyrie. Hidayah ini adalah pelengkap kepada hidayah Fitriah. Hidayah ini adalah hidayah yang Allah anugerahkan kepada manusia melalui 124 ribu orang Anbia, 313 orang Rasul dan 5 Rasul ulul azmi.

Diturunkan bersama mereka risalah dan kitab-kitab Ilahiah sebagai pedoman mereka dalam menyampaikan risalah Allah. Tugas para Anbia dan Rasul ini adalah menerangkan kepada manusia apa jalan yang boleh membawa mereka kepada kesempurnaan. Penerangan ini dipanggil sebagai syariat Ilahiah. Dalam syariat terkandung perintah apa yang perlu dilakukan dan larangan apa yang tidak boleh dilaksanakan oleh manusia.

Sudah tentu perintah adalah sesuatu yang membawa manusia kepada kesempurnaan dan larangan adalah apa yang boleh menghalang manusia dari mencapai kesempurnaan. Sebab itu para Anbia dan Rasul juga dipanggil sebagai Basyir dan Munzir, iaitu pembawa berita gembira dan ancaman.

Sebagaimana firman Allah di dalam surah al Fatir, ayat 23 dan 24.

ﺇِﻥْ ﺃَﻧﺖَ ﺇِﻟَّﺎ ﻧَﺬِﻳﺮ ﺇِﻧَّﺎ ﺃَﺭْﺳَﻠْﻨَﺎﻙَ ﺑِﺎﻟﺤْﻖِّ ﺑَﺸِﻴﺮًﺍ ﻭَ ﻧَﺬِﻳﺮًﺍ

“Tidak kau kecuali pemberi peringatan. Sesungguhnya kami mengutus dengan hak, sebagai pemberi khabar gembira dan peringatan”

Dalam surah An Nisa’, ayat 165, Allah SWT berfirman :

ﺭُّﺳُﻠًﺎ ﻣُّﺒَﺸﺮِّﻳﻦَ ﻭَ ﻣُﻨﺬِﺭِﻳﻦَ ﻟِﺌَﻠَّﺎ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻋَﻠﻰَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺣُﺠَّﺔُ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟﺮُّﺳُﻞِ ﻭَ ﻛﺎَﻥَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﺰِﻳﺰًﺍ ﺣَﻜِﻴﻤًﺎ

“para Rasul yang menyampaikan khabar gembira dan peringatan, supaya tidak ada alasan bagi manusia terhadap Allah sesudah (diutus) para Rasul, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana.

Dalam surah Ar Radh, ayat 7, Allah SWT berfirman :

ﺇِﻧَّﻤَﺎ ﺃَﻧﺖَ ﻣُﻨﺬِﺭ

“sesugguhnya kau (Muhammad) hanya sebagai pemberi peringatan”

Dalam surah As Syu’ara, ayat 3, Allah SWT berfirman :

ﻟَﻌَﻠَّﻚَ ﺑَﺎﺧِﻊٌ ﻧَّﻔْﺴَﻚَ ﺃَﻟَّﺎ ﻳَﻜُﻮﻧُﻮﺍْ ﻣُﺆْﻣِﻨِﻴﻦ

“boleh jadi kau membinasakan dirimu kerana mereka tidak mahu beriman”

Dalam surah Ibrahim, ayat 52. Allah SWT berfirman :

ﻫﺬﺍ ﺑَﻼﻍٌ ﻟِﻠﻨَّﺎﺱِ ﻭَ ﻟِﻴُﻨْﺬَﺭُﻭﺍ ﺑِﻪِ ﻭَ ﻟِﻴَﻌْﻠَﻤُﻮﺍ ﺃَﻧَّﻤﺎ ﻫُﻮَ ﺇِﻟﻪٌ ﻭﺍﺣِﺪٌ ﻭَ ﻟِﻴَﺬَّﻛَّﺮَ ﺃُﻭﻟُﻮﺍ ﺍﻟْﺄَﻟْﺒﺎﺏ

“Ini disampaikan kepada manusia supaya dengannya mereka diberi peringatan, dan supaya mereka mengetahui bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat”

Di dalam surah Al Ma’iedah, ayat 99, Allah SWT berfirman :

ﻓَﺈِﻧَّﻤﺎ ﻋَﻠَﻴْﻚَ ﺍﻟْﺒَﻼﻍُ ﻭَ ﻋَﻠَﻴْﻨَﺎ ﺍﻟْﺤِﺴﺎﺏ

“maka sesungguhnya ke atas mu hanya menyampaikan dan ke atas kami hitungan”

Di dalam surah Ar Ra’ad, ayat 40, Allah SWT berfirman :

ﻣﺎ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟﺮَّﺳُﻮﻝِ ﺇِﻻَّ ﺍﻟْﺒَﻼﻍ

“tidak (ada tanggung jawab) di atas Rasulullah kecuali menyampaikan”

Di dalam surah Al Kaff, ayat 29, Allah SWT berfirman :

ﻓَﻤَﻦْ ﺷﺎﺀَ ﻓَﻠْﻴُﺆْﻣِﻦْ ﻭَ ﻣَﻦْ ﺷﺎﺀَ ﻓَﻠْﻴَﻜْﻔُﺮ

“maka sesiapa yang mahu maka ia boleh beriman dan sesiapa yang mahu maka ia boleh ingkar (kufur)”

Dari ayat-ayat yang di atas kita boleh mengambil kesimpulan yang berikut.

  1. Manusia memerlukan hidayah tasyrie.
  2. Hidayah tasyrie adalah penyempurna hidayah fitriah.
  3. Hidayah tasyrie adalah tugas para Anbia dan Rasul.
  4. Tugas mereka hanyalah menyampaikan sahaja.
  5. Rasulullah dilarang untuk membinasakan dirinya supaya kaumnya beriman.
  1. Tidak ada paksaan untuk menerima seruan Anbia dan Rasul, mereka boleh menerima atau boleh menolak. Yangmenerima beriman dan yang menolak kufur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *