Hidayah Dalam Al-Quran (3)

Hidayah dalam Al Quran 3

Pembuktian Imamah

Bentuk Hidayah dalam Al Quran

oleh: Ustaz Syed Hassan Al-Attas

Kita telah mengatakan bahawa manusia untuk menuju kepada kesempurnaan, memerlukan bantuan dari Allah. Inikerana manusia sendiri tidak mampu untuk menentukan jalan yang membawanya kepada kesempurnaan. Di dalam AlQuran, Allah SWT telah mengfirmankan beberapa bentuk hidayah yang telah Ia anugerahkan kepada manusia untuk menuju kepada kesempurnaan. Di sini kita akan menganalisa kesemua bentuk hidayah tersebut. Pada penghujungnya kita akan dapati bahawa selagi manusia ada di atas muka bumi ini, selagi itu manusia perlukan kepada hidayah tersebut.

Pertama : Hidayah Fitriah

Hidayah Fitriah ini adalah hidayah pertama yang Allah anugerahkan kepada manusia. Hidayah ini adalah fitrah yang telah Allah letakkan di dalam diri manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah Rom, ayat 30.

ﻓَﺄَﻗِﻢْ ﻭَﺟْﻬَﻚَ ﻟِﻠﺪِّﻳﻦِ ﺣَﻨِﻴﻔًﺎ ﻓِﻄْﺮَﺕَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟَّﺘﻰِ ﻓَﻄَﺮَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱَ ﻋَﻠَﻴﻬْﺎ ﻟَﺎ ﺗَﺒْﺪِﻳﻞَ

ﻟِﺨَﻠْﻖِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺫَﺍﻟِﻚَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﺍﻟْﻘَﻴِّﻢُ ﻭَ ﻟَﺎﻛِﻦَّ ﺃَﻛْﺜﺮَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻟَﺎ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮﻥ

Maka tetapkan wajahmu kepada agama yang lurus, fitrah Allah yang Allah jadikan manusia dengannya, tidak akanpertukaran bagi ciptaan Allah, itulah Agama yang berdiri(benar) tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.

Fitrah ini adalah fitrah Allah yang ada dalam diri manusia. Segala keinginan untuk sempurna, keinginan untuk beribadah,keingian kepada kebaikan dan keindahan berpunca dari fitrah ini. Rasaan ini adalah hidayah pertama yang Allah anugerahkan kepada manusia. Perasaan ini wujud dalam setiap diri manusia, dan ini adalah sunnah Allah yang tidak akan bertukar dan hilang.

ﻭَ ﻟَﻦ ﺗﺠَﺪَ ﻟِﺴُﻨَّﺔِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗَﺒْﺪِﻳﻼ

Kamu tidak akan dapati ada perubahan dalam sunnah Allah

( Al Ahzab, ayat 62)

ﻟَﻦ ﺗﺠَﺪَ ﻟِﺴُﻨَّﺖِ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺗﺤَﻮِﻳﻼ

Kamu tidak akan dapati ada perpindahan dalam sunnah Allah

( Fathir, ayat 43 )

Dengan fitrah yang ada manusia mula mencari kesempurnaan atau sesuatu yang mampu menyempurnakan diri mereka. Dalam percarian ini kebanyakan manusia menemui kesempurnaan yang palsu. Ini disebabkan hidayah ini hanya menyatakan kepada diri manusia, bahawa dia tidak sempurna, dia perlu menyempurnakan dirinya, dia perlu mencari keindahan dan kebaikan mutlak untuk dijadikan sembahannya. Di sini kita boleh mengambil beberapa natijah.

  1. Hidayah Fitiriyah ini tidak menunjukan kepada manusia jalan ke arah kesempurnaan.
  1. Hidayah Fitriyah ini hanya mengarahkan manusia untuk mencari kesempurnaan sahaja.
  1. Mansuia memerlukan hidayah lain untuk membantunya mencapai kesempurnaan dan tujuan ciptaannya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *