Hidayah Dalam Al Quran (1)

 

Hidayah dalam Al Quran

Pembuktian Imamah 1

Oleh: Ustaz Syed Hassan Al-Attas

Muqadimah

Jika kita memperhatikan dengan teliti ayat-ayat dalam Al Quran, kita akan dapati bahawa Allah SWT mencipta ciptaan seluruh untuk manusia.

Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu; dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang menundukkan untuk kamu sungai-sungai. Dan ia juga yang menundukkan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menundukan malam dan siang untuk kamu. (Ibrahim, ayat 32-33)

Segala kurnian yang diberikan oleh Allah kepada manusia ini bukanlah kurniaan yang sia-sia. Bersama dengan kurniaan ini ada tanggung jawab yang perlu dilaksanakan oleh manusia. Insan adalah ciptaan yang memiliki dua sudut. Sisi haiwan dan sisi Malaikat. Ia boleh menjadi lebih buruk dari haiwan dan ia juga boleh menjadi lebih baik dari malaikat.

Manusia tidak diciptakan dengan sia-sia, tetapi memiliki tujuan. Tujuan tersebut sebagaimana yang termaktub dalam sebuah hadis qudsi yang mahsyur. “wahai anak-anak Adam, aku ciptakan seluruhnya untuk kalian, dan kalian aku ciptakan untukKu”.

Dari hadis ini kita memahami bahawa manusia diciptakan dengan tujuan dan bukan sia-sia. Allah SWT berfirman:Tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah.

(Az Zariat, ayat 56 )

Ayat ini juga jelas menunjukan tujuan ciptaan manusia, iaitu beribadah. Persoalannya apakah ibadah ini adalah tujuan akhir kepada ciptaan manusai atau ia adalah muqadimah untuk tujuan yang lebih agung lagi. Dari perbahasan yang akan dibahaskan nanti, kita akan dapat memahami bahawa ibadah adalah muqadimah kepada tujuan yang lebih agung.

Dalam surah Al Hijr, ayat 99, Allah SWT berfirman:

Beribadahlah kamu kepada Tuhanmu hingga datang kepada kamu yakin.

Dari ayat ini dapat difahami bahawa tujuan dari ibadah adalah untuk sampai kepada maqam yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *