Pendidikan Anak 43

 

Mendidik Anak

Satu hal yang perlu difahami oleh guru, pendidik dan orang tua bahawa anak-anak pada usia dibawah tujuh tahun itu sangat cepat menangkap apa yang mereka lihat dan apa yang mereka dengar. Oleh itu hendaknya para guru, pendidik dan orang tua dan khususnya para ibu harus berhati-hati dalam berbicara, bersikap dan bertingkah laku di hadapan mereka, kerana mereka akan cepat meniru dan mencontohi apa saja yang mereka lihat dan mereka dengar.

Mereka akan cepat meniru dan mencontoh orang-orang yang mereka anggap paling dekat dan yang paling mereka cintai, yaitu ayah dan ibu mereka. Apa yang diucapkan dan dilakukan oleh ayah dan ibunya dan kemudian didengar dan disaksikan oleh anak-anaknya, akan terukir di benak anak-anak tersebut. Begitu juga bagaimana cara ayah dan ibunya berkomunikasi dengan yang lainnya.

Jangan sampai ayah atau ibu mengeluarkan kata-kata atau kalimah yang buruk dan kasar yang berupa penghinaan atau ungkapan emosi ketika sedang berada dihadapan anak-anaknya. Saya katakan demikian bukan berarti kata-kata buruk dan kasar itu boleh diucapkan ketika tidak ada anak-anak. Tidak, tidak demikian. Kalimah-kalimah buruk dan kasar yang mencerminkan emosi dan amarah tetaplah buruk walaupun diucapkan kepada orang-orang dewasa. Dan lebih buruk lagi ketika disaksikan dan didengar oleh anak-anak, kerana mereka akan meniru dan mengikutinya dengan cepat.

Para guru, pendidik dan orang tua juga harus berhati-hati dalam memindahkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada mereka. Fikirkanlah dahulu sebelum menyampaikan sesuatu kepada mereka dan pilihlah kata-kata dan kalimah yang paling baik dan paling lembut yang mencerminkan kasih sayang kepada mereka.

Masalah berikutnya yang harus dilakukan oleh para guru, pendidik dan orang tua untuk anak-anak adalah masalah memilih kawan dan teman bermain dan bergaul bagi anak-anak. Bahkan masalah ini bukan hanya penting bagi anak-anak yang berusia dibawah tujuh tahun, bagi anak-anak yang telah berusia diatas tujuh tahun hal ini pun sangat penting kerana anak-anak akan cepat meniru dan mengikuti apa saja yang mereka terima dari kawan-kawan dekatnya. Masalah peranan kawan dalam bergaul dalam kehidupan sehari-hari adalah merupakan masalah yang sangat mendapat perhatian di dalam agama kita agama Islam dan hal ini merupakan sesuatu yang sangat jelas bagi kaum muslimin. Ayat-ayat al-Qur’an dan hadis-hadis pun banyak menyentuh hal itu kerana seseorang itu akan dapat diketahui sifat, sikap dan adatnya dengan mengetahui sifat, sikap dan watak kawan dekatnya.

Dalam memilih kawan-kawan bergaul dan bermain untuk anak-anak, orang tua perlu banyak memberikan pengarahan dan pengalamannya. Sebutkanlah ciri-ciri kawan yang baik dan memberikan manfaat bagi diri mereka dan jelaskan pula sifat-sifat kawan-kawan yang buruk dan munafik yang akan menularkan sifat-sifat buruk itu kepada mereka dan akibatnya akan mengakibatkan kerugian dan kerosakan akhlak. Misalnya kawan yang baik itu suka menolongnya ketika ia dalam kesulitan, suka menegur dan meluruskannya ketika ia salah.

Masalah lainnya yang merupakan tugas orang tua terhadap anak-anaknya adalah masalah mencarikan dan memilih sekolah atau taman kanak-kanak dan guru-guru untuk mereka. Sekolah dan guru sangat berperanan penting dalam pendidikan anak-anak, dalam membentuk watak, karakter dan keperibadian mereka dan bahkan turut memiliki hubungan dalam menentukan masa depan mereka. Lebih dari itu bukan hanya masa depan jangka pendek di dalam kehidupan dunia ini saja, bahkan juga turut menentukan masa depan akhirat mereka. Oleh itu orang tua, dalam masalah ini, harus berhati-hati dan terlebih dahulu banyak mencari maklumat tentang sekolah atau lembaga yang akan dikunjungi untuk tempat belajar dan pendidikan anak-anak. Berapa banyak masa depan anak-anak menjadi tidak jelas bahkan menjadi hancur dan tidak boleh diharapkan lagi akibat salah dalam memilih sekolah dan guru-guru serta kawan-kawan bergaulnya di sekolah.

Lembaga pendidikan dan sekolah sangat berperanan penting dalam menanamkan keimanan dan keyakinan pada anak-anak. Tidak sedikit akidah dan keyakinan anak-anak yang tadinya sesuai dan sejalan dengan akidah dan keyakinan orang tuanya, tetapi boleh berubah dan tidak sejalan lagi dengan akidah kedua orang tuanya akibat dari kesalahan orang tua sendiri dalam memilih lembaga pendidikan. Bahkan tidak sedikit anak-anak muslim yang tadinya rajin beribadah, tetapi kerana salah dalam memilih sekolah untuk mereka, agama mereka pun boleh berubah dan mereka berani meninggalkan agama Islam mereka, kerana pengaruh pendidikan guru-guru di sekolah.

Perlu difahami oleh setiap orang tua, terutama kaum ibu bahawa ucapan, tingkah laku dan akhlak guru-guru di taman kanak-kanak itu akan terukir kuat di benak dan hati anak-anak didiknya. Ucapan dan tingkah guru-guru sangat berperanan penting dalam membentuk keperibadian anak-anak dan turut menentukan sikap dan akhlak mereka ketika mereka menginjak usia dewasa nanti.

Di dalam sejarah, contoh yang paling nyata adalah tentang Yazid bin Mu’awiyah yang telah berani membunuh Imam Husein As dan membantai keluarga beliau di padang Karbala dengan begitu kejam dan tidak mempunyai rasa belas kasihan sedikitpun. Ternyata jika kita melihat riwayat hidup Yazid, pada masa kanak-kanaknya ia sekolah atau dididik di sekolah Nasrani dan Yahudi, sementara ayahnya juga peminum arak, pemain judi dan berani melakukan berbagai kemungkaran dan maksiat.

Lain halnya dengan Umar bin Abdul Aziz yang dikenal dengan Muawiyah kedua. Beliau berakhlak baik dan termasuk orang yang saleh walaupun ayahnya termasuk orang-orang yang suka bermaksiat. Kenapa demikian? Hal ini kerana beliau dididik oleh seorang guru khusus yang mencintai Imam Ali As. Sehingga ketika ia menjadi khalifah, ia akan mengembalikan pemerintahan itu kepada keluarga Nabi Saw. Akan tetapi usia beliau tidak panjang, kerana rencana beliau diketahui orang-orang yang memusuhi Ahlulbait nabi Saw dan akhirnya beliau wafat diracun. Bahkan beliau berani melaknat ayahnya sendiri dan ia pernah berkata kepada kaum muslimin bahawa aku bukanlah khalifah kalian yang sah. Khalifah kalian yang sah adalah

Imam Sajjad yang ada di Madinah. Setelah beliau mengeluarkan ungkapannya seperti itu di dalam ceramahnya di mimbar ia pulang ke rumahnya, lalu beliau diracun dan meninggal dunia.
Dari kisah tersebut kita dapat mengambil pelajaran bahawa tidak diragukan lagi peranan penting pendidikan seorang guru bagi anak-anak sehinga mereka dapat menjadi orang baik ataupun orang jahat dan zalim.

Demikian juga halnya dengan peranan kawan-kawan bergaul bagi anak-anak. Bahkan pengaruh kawan itu bukan hanya penting bagi anak-anak kecil, tetapi juga bagi anak-anak yang sudah dewasa. Dengan itu orang tua harus memperhatikan kawan-kawan anak-anaknya, baik yang masih kecil maupun yang sudah dewasa. Bahkan kawan-kawan para orang tua pun dapat mempengaruhi sikap, tingkah laku dan gaya hidup mereka. Oleh kerana itu Imam Ali as berkata bahawa teman itu pada dasarnya adalah satu ruh, hanya saja ia lain badan. Imam Ali As berkata bahawa bergaul dengan orang yang tidak berakal akan merosak akhlak seseorang. Oleh itulah hubungan anak-anak kita harus kita yang mengaturnya dengan baik. Tetapi hendaknya jangan terlalu nampak dalam memperhatikan pergaulan anak-anak sehingga mereka merasa betul-betul diawasi dan dikekang. Tetapi hendaklah memperhatikan keadan anak-anak, terutama anak-anak yang sudah dewasa. Ajaklah mereka berdiskusi dalam memilih kawan yang baik demi masa depan mereka.

Apabila orang tua mengetahui bahawa anaknya mempunyai teman di kelas yang akhlaknya tidak baik, maka hendaklah segera memberitahukan guru atau kepala sekolahnya agar ia dipindahkan ke kelas yang lain atau paling tidak ia tidak lagi duduk berdampingan dengan kawannya yang berakhlak buruk tersebut.

Hal lain yang juga mempunyai peranan penting dan dalam membentuk keperibadian anak-anak dan turut menentukan masa depan mereka adalah masalah filem. Masalah filem pada masa kita sekarang ini merupakan masalah yang serius, bukan hanya bagi anak-anak yang masih di bawah umur, bahkan bagi anak-anak remaja dan para pemuda dan pemudi. Melalui filem-filem yang merosak akhlak musuh-musuh Islam ingin memindahkan budaya mereka yang tidak Islami sama sekali seperti pergaulan bebas antara anak-anak lelaki dengan anak-anak wanita.

Ketika anak-anak menonton sebuah filem, baik di television atau di media lainnya, maka ibu harus memperhatikan dan mengetahui filem yang akan ditontonnya itu, apakah filem tersebut sessuai untuk usia mereka ataukah tidak kerana teman dekat anak-anak pada masa sekarang ini bukan hanya mainan dan kawan-kawannya, tetapi teman-teman dekat mereka yang tidak boleh dihindari adalah filem-filem, television, telefon pintar dan lain-lain. Jadi setiap orang tua dan khususnya ibu yang lebih banyak tinggal di rumah bersama anak-anaknya harus meneliti dan mengetahui filem-filem yang akan dilihat oleh anak-anaknya agar kerosakan moral yang dirancang degan sangat halus dan lembut oleh musuh-musuh Islam di dalam filem-filem tersebut tidak menular kepada anak-anak kita.

Ada sebuah filem yang pernah ditayangkan di television dengan judul Anserly. Anserly ini adalah anak perempuan yang berambut merah. Di dalam filem ini dikisahkan bahawa anak wanita tersebut ingin memberi hadiah kepada kawan lelakinya, pada suatu hari ia mendapatkan kesempatan untuk berjumpa dengannya. Anak wanita itu berkata : “Sudah sejak lama aku ingin memberimu hadiah tetapi aku merasa malu”. Beberapa episod atau beberapa siri filem ini ditayangkan untuk membentuk peribadi dan sikap anak-anak di dalam pergaulan mereka. Filem ini mengajarkan kepada anak-anak bagaimana anak-anak wanita bergaul dengan anak-anak lelaki sehingga nantinya anak-anak wanita itu dengan mudah dapat menjailin hubungan dengan anak-anak lelaki.

Oleh kerana itu, ketika anak-anak lelaki dikumpulkan dengan anak-anak wanita di dalam satu kelas, maka peluang bagi iblis untuk merosak akhlak mereka sangat besar. Hal ini sudah terjadi di negara kita yang mana anak-anak wanita dikumpulkan dengan anak-anak lelaki di dalam satu kelas.

Imam Ali as di dalam hadis tamtsili atau perumpamaan pernah berkata bahawa teman dekat seseorang itu seperti sambungan atau tambalan pakaiannya yang koyak, yakni apabila bajunya yang koyak itu berwarna biru, maka kain tambalannya pun harus berwarna biru juga. Kawan-kawan anak-anak itu selalu berhubungan dalam ucapan, tingkah laku, sikap dan lain-lain. Di dalam surat al-Furqan ayat 28 telah disentuh bahawa betapa banyaknya ahli jahannam kerana pengaruh kawan dekatnya. Mereka menyesal oh.. sekiranya aku tidak berteman dengannya…
Imam Ali As berkata dalam riwayat lainnya bahawa kawan yang buruk itu merupakan sepotong neraka jahannam, di dunia inipun ia akan mengheret kepada kerosakan. Rasul Saw bersabda: Al mar’u ala dini khalilihi, yakni agama seseorang itu tergantung kepada kawan dekatnya.

Kerana itulah para guru, pendidik dan para orang tua harus betul-betul memperhatikan hal ini, kerana semua ucapan kita, tingkah laku dan amal perbuatan kita, bahkan kata-kata yang kita ucapkan akan membentuk watak dan keperibadian anak-anak dan mereka akan cepat sekali menirunya. Terkadang kata-kata yang diucapkan oleh anak-anak kita itu bukan berasal dari rumah, tetapi mereka dapati dari luar rumah dan mereka menirunya, yakni dari kawan-kawannya. Lalu apa yang harus kita lakukan? Berikanlah mereka penjelasan dengan bijak dan lembut dan penuh dengan kasih sayang. Berikanlah mereka contoh dan teladan yang baik agar mereka menirunya dalam berkata-kata, bertingkah laku, berbuat dan lain sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *