Pengenalan Perubatan Islam

 

بسم الله الرحمن الرحیم  

Bahagian 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Perubatan Islam? 

Adakah Perubatan Islam yang dimaksudkan adalah sekadar rawatan bagi gangguan-gangguan makhluk halus yang biasa kita dengar dan lihat atau ia juga mempunyai aspek yang lain selain yang disebutkan?

Ketika dibahaskan tentang kesihatan, pencegahan dan rawatan bagi seorang Insan, persoalan yang akan wujud adalah apakah yang dimaksudkan dengan Insan? Apakah unsur-unsur yang membentuk seorang Insan, dari mana dan bagaimanakah seorang insan itu wujud, serta apakah hubungan dan kaitan insan dengan makhluk-makhluk yang lain?

Banyak lagi soalan-soalan yang mana setiap maktab pemikiran dan tamadun berdasarkan fahaman mereka telah berusaha untuk mencari jawapannya.

Berdasarkan ‘definisi manusia dan kemanusian’ dari maktab-maktab yang berbeza, pelbagai ilmu tentang perubatan telah wujud, seperti Perubatan Cina, Perubatan Yunani, Perubatan India dan Perubatan Moden.

Walaupun setiap maktab perubatan mempunyai beberapa persamaan, tetapi terdapat perbezaan dasar dalam mengenali unsur utama penciptaan, pelbagai dimensi kewujudan, unsur-unsur badan dan pengenalpastian penawar dan rawatannya.

Seperti yang sedia maklum, agama Islam adalah agama yang sempurna yang mengajarkan kepada manusia tentang pelbagai perkara yang merangkumi segala aspek kehidupan manusia dan sudah pasti ia merangkumi juga tentang permasalahan penjagaan kesihatan dan rawatan kepada penyakit-penyakit.

Oleh itu, Perubatan Islam tidak hanya terhad kepada rawatan bagi gangguan-gangguan makhluk halus sahaja, sebaliknya Perubatan Islam merangkumi semua aspek tentang kesihatan dan gaya hidup sihat setiap insan.

یا أَیُّهَا الَّذینَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللّهِ وَ رَسُولِهِ وَ الْکِتابِ الَّذی نَزَّلَ عَلى رَسُولِهِ وَ الْکِتابِ الَّذی أَنْزَلَ مِنْ قَبْلُ 

“Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu sebelumnya.”

(Surah An-Nisa:ayat 136)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *