Amalan-amalan baik orang bukan Islam

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahagian (1)

Adakah hanya amalan muslimin yang dikabulkan dan hanya mereka yang akan dimasukkan ke syurga, manakala amalan-amalan orang-orang Yahudi dan Kristian tidak dikabulkan dan mereka tidak masuk ke dalam syurga?

Salah satu perbahasan kalami yang mempunyai latar belakang yang sangat panjang adalah peranan iman dan kufur dalam kebahagian dan penderitaan abadi manusia, dan juga hubungan antara iman dan amal soleh. Permasalahan ini muncul sepanjang sejarah ilmu kalam Islam, kadang-kala dalam bentuk baharu dengan tajuk-tajuk yang baharu dan dengan persoalan-persoalan yang berbeza.

Pada abad pertama kedatangan Islam persoalan ini menjadi perhatian khusus yang penting,
‘adakah salah satu dari iman dan amal soleh mencukupi buat kebahagiaan abadi? Atau kedua-duanya menjadi perkara yang wajib buat kebahagiaan abadi?’
Diantara dua perkara ini, sebahagian manusia seperti kumpulan Khawarij memisahkannya. Mereka tidak menerima Iman (sebahagian daripada kebahagiaan abadi), dan percaya bahawa melakukan dosa adalah faktor mutlak untuk penderitaan abadi dan bahkan boleh menyebabkan kekafiran dan murtad. Ini pula bertentangan dengan kumpulan Murjaah, mereka mempercayai bahawa kwujudan Iman untuk kebahagiaan abadi sudah mencukupi, dan berbuat dosa tidak memberi kesan buruk terhadap kebahagiaan abadi seorang muslim, dan pada hakikatnya amalan manusia tidak mempunyai peranan dalam takdirnya.

Sebahagian orang mempersoalkan, jika jalan menuju kebahagiaan dan syurga hanya berlandaskan keimanan terhadap agama Islam, maka apa yang akan terjadi pada amalan-amalan baik para pencipta dan pengasas bukan Islam yang memberi khidmat yang besar terhadap alam sejagat dan membuat kemajuan dalam ilmu? Bagaimana ini menepati keadilan Ilahi?

Untuk menjawab persoalan ini, ada beberapa perkara yang akan diperjelaskan.

1) Tiada agama yang diterima selain Islam.

Perlu tahu bahawa agama yang benar hanya satu dan pada zaman ini adalah Islam, dan bukannya semua agama itu adalah benar dan mengikutinya akan mendapat kebahagiaan hakiki. Ya benar, agama-agama langit dan tauhid tiap satu pada zamannya dan sebelum perubahan yang terjadi melalui agama langit yang seterusnya, adalah benar(haq), dan ia dikira satu-satunya jalan utuk menuju kebahagiaan hakiki. Tetapi selepas perubahan, satu-satunya jalan untuk beramal terhadap perintah Ilahi yang baharu, yang mana menjamin kebahagiaan hakiki manusia, dan Allah swt juga menjelaskan tentang hakikatnya :

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ ٱلْإِسْلَٰمِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِى ٱلْءَاخِرَةِ مِنَ ٱلْخَٰسِرِينَ

(Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.)

Maka sudah jelas bahawa agama yang benar hanya Islam. Yang akan dipersoalkan adalah ‘adakah iman syarat tetap bagi penerimaan amal, dan tiada satu pun amal baik dari bukan Islam yang akan diterima?’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *