Amalan-amalan baik orang bukan Islam

Bahagian (3)

3) Orang Kafir yang baik akan mendapat manfaat dari tindakan mereka

Ini juga jangan kita abaikan, walaupun amal orang-orang kafir tidak mempunyai kedalaman, tidak menaikkan darjat, dan tidak menjadi sebab dalam menuju kebahagiaan akhirat, namun dengan merujuk kepada ayat Al-Quran tiada amal kebaikkan yang tiada ganjaran.

Surah Al-Kahf ; 30

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّٰلِحَٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجْرَ مَنْ أَحْسَنَ عَمَلًا

“Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.”

Surah Az-Zalzalah ; 8

وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُۥ

“Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!”

Sesetengah riwayat juga menyatakan tentang hakikat ini, dari Imam Musa bin Jaafar dari bapa-bapanya dari Rasulullah saw :

Abu Jaz’an adalah ahli neraka yang azabnya lebih ringan dari ahli-ahli neraka yang lain. Ditanya : wahai Rasulullah saw apa yang telah Abu Jaz’an lakukan sehingga azabnya diringankan? Rasulullah saw berkata : kerana dia mempunyai adat memberi makanan kepada masyarakat dan bersedekah.

Diriwayatkan dari Imam Baqir as :

Seorang mukmin hidup dibawah kekuasaan raja yang zalim, yang menzalimi haknya dan menghinanya, maka dia melarikan diri ke Dar As-Shark dan masuk ke dalam rumah seorang musyrik, dia melindungi mukmin itu dan berbuat baik terhadapnya. Kerana waktu kematiaanya telah tiba, Allah swt menghantar wahyuNya(malaikat) dan berkata Aku bersumpah dengan maruah dan kebesaranKu, jika di dalam syurgaKu ada tempat buatmu, akan Aku tempatkan kau di dalam itu. Tetapi syurgaKu haram buat mereka yang mati dalam kesyirikan. Namun Allah swt memerintahkan api neraka supaya tidak membakarnya, jangan menyiksanya, jangan bersedih, dan dia akan diberi rezeki siang dan malam.

Perawi berkata, aku bertanya : adakah rezekinya akan dibawa dari syurga? Rasulullah menjawab : dari tempat yang Allah kehendaki.

Dengan memerhati perkara di atas dan kesan iman dalam amal manusia, dan dari sudut lain mafaat yang diperoleh orang kafir terhadap amal baiknya, dapat disimpulkan bahawa amalan orang bukan Islam mempunyai ganjaran, tetapi ia tidak memberi kebahagiaan ukhrawi buat mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *