Amalan-amalan baik orang bukan Islam

Bahagian (2)

2) Kesan Iman terhadap takdir insan dan penerimaan amal

Setiap amal mempunyai dua bahagian, dan dalam setiap bahagian itu mempunyai hisab yang berbeza, iaitu dari segi baik dan buruk :

Pertama, kesan amal yang berfaedah atau buruk didalam dan luar komuniti manusia. Kedua, kewajipan amal terhadap pelaku dan pencetus emosi dan rohaninya.

Pada pandangan pertama perlu melihat sejauh mana kesan dari amal baik dan buruk yang dilakukan. pandangan kedua pula, dalam sistem rohani dan mentalitinya, pada tahap apa dan kemana tujuannya. Amal manusia terdiri dari segi kesan yang bermanfaat dan buruk, seperti yang dicatatkan dalam sejarah. Tetapi dari segi perkaitan dengan rohnya, ia akan dicatitkan di dalam buku amalan ilahi.

Firman Allah swt:

Surah al-mulk ; 2

ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلْمَوْتَ وَٱلْحَيَوٰةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْغَفُورُ

“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”

Dalam surah ini dinyatakan mengenai kualiti dan timbangan amal kebaikkan, bukan kuantiti dan bilangan amal tersebut. Kerana kita membuat sesuatu amal yang mempengaruhi roh. Perlu diketahui dari segi maknawi, pada hakikatnya dan sebenarnya pada jalan mana kita akan pergi.

Pada pandangan Al-Quran, keperibadian dan ‘aku’ yang sebenarnya itu adalah roh, dan setiap perbuatan ikhtiari, ia bergerak dari kekuatan ke pelakuan amal tersebut lalu menghasilkan kesan yang sesuai degan kehendak dan tujuannya. Kesan-kesan ini akan menjadi keperibadiaan kita dan akan membawa kita ke alam yang sesuai dengannya.

Dengan erti kata lain, manusia ketika melakukan amal kebaikkan, ia memberi kesan terhadap roh. Dengan melakukan amal kebaikkan tersebut, roh pula akan melalui perjalanan maknawi.

Dari sini difahami bahawa, tujuan penciptaan alam dan manusia, pelantikan Rasul, penurunan Kitab adalah untuk membawa manusia kepada kebahagiaan hakiki dan kesempurnaan hakiki. Kesempurnaan hakiki ini hanya akan terjadi dalam pendekatan kepada Allah. Kejatuhan atau kemunduran roh manusia pula disebabkan oleh kejauhan dari Allah. Beriman kepada Allah, beriman kepada Kerasulan, Kitab dan akidah-akidah Islam, adalah benih dalam menuju kesempurnaan hakiki manusia. Diibaratkan seperti, amalan yang dilakukan kerana Allah itu adalah batang pokok, dan akan menghasilakan buah kebahagiaan hakiki, yang akan dizahir di akhirat.
Jadi, jika seseorang tiada benih iman, benih kekufuran dan maksiat pula yang ada di dalam hatinya, maka dia kehilangan nikmat Ilahi. Buah yang akan terhasil pula adalah kenerakaan. Orang-orang seperti ini tidak akan menuju kebahagiaan abadi dan kesan amal kebaikkan tidak akan diangkat dari dunia ini.

Al-Quran mengatakan bahawa iman adalah syarat terhadap kesan amalan baik, untuk kebahagiaan akhirat :

Surah An-Nisa’ ; 124

وَمَن يَعْمَلْ مِنَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ مِن ذَكَرٍ أَوْ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ يَدْخُلُونَ ٱلْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ نَقِيرًا

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masuk Syurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun.”

Dan pada ayat lain pula, neraka adalah tempat bagi orang-orang kafir, dan amalan mereka adalah sia-sia dan tidak mempunyai faedah, amalan mereka diibaratkan seperti debu ;

Surah Ibrahim ; 18

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِرَبِّهِمْ ۖ أَعْمَٰلُهُمْ كَرَمَادٍ ٱشْتَدَّتْ بِهِ ٱلرِّيحُ فِى يَوْمٍ عَاصِفٍ ۖ لَّا يَقْدِرُونَ مِمَّا كَسَبُوا۟ عَلَىٰ شَىْءٍ ۚ ذَٰلِكَ هُوَ ٱلضَّلَٰلُ ٱلْبَعِيدُ

“Bandingan (segala kebaikan amal dan usaha) orang-orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya ialah seperti abu yang diterbangkan angin pada hari ribut yang kencang; mereka tidak memperoleh sesuatu faedah pun dari apa yang mereka telah usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh dari dasar kebenaran.”

Dalam surah lain Allah juga Allah berfirman ;

Surah An-Nur ; ayat 39

وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ أَعْمَٰلُهُمْ كَسَرَابٍۭ بِقِيعَةٍ يَحْسَبُهُ ٱلظَّمْـَٔانُ مَآءً حَتَّىٰٓ إِذَا جَآءَهُۥ لَمْ يَجِدْهُ شَيْـًٔا وَوَجَدَ ٱللَّهَ عِندَهُۥ فَوَفَّىٰهُ حِسَابَهُۥ ۗ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلْحِسَابِ

“Dan orang-orang yang kafir pula, amal-amal mereka adalah umpama riak sinaran panas di tanah rata yang disangkanya air oleh orang yang dahaga, (lalu ia menuju ke arahnya) sehingga apabila ia datang ke tempat itu, tidak didapati sesuatu pun yang disangkanya itu; (demikianlah keadaan orang kafir, tidak mendapat faedah dari amalnya sebagaimana yang disangkanya) dan ia tetap mendapati hukum Allah di sisi amalnya, lalu Allah meyempurnakan hitungan amalnya (serta membalasnya); dan (ingatlah) Allah Amat segera hitungan hisabNya.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *