Pendidikan Anak (34)

 

Menghadapi Tuntutan Anak

Pada pertemuan ini kita akan membahaskan tentang “Permintaan” anak-anak di bawah usia tujuh tahun. Tentunya permintaan anak-anak di usia ini berbeza-beza, entah itu permintaan dalam hal pakaian, makanan, mainan atau permintaan-permintaan mereka di rumah. Di dalam sumber-sumber agama kita, telah dianjurkan untuk memenuhi permintaan-permintaan itu. Dalam budaya pemikiran Islam, pemenuhan atau menjawab permintaan-permintaan anak dianggap sebagai sebuah bentuk ibadah.

Diceritakan dalam suatu kesempatan, Allah Swt berfirman kepada Nabi Musa As, “Wahai Musa! apa yang telah engkau lakukan bagi-Ku?” Nabi Musa As menjawab, “Wahai Tuhanku! Aku telah berpuasa, menunaikan sholat (sembahyang) serta berzikir kepada-MU” Allah Swt berfirman, “Apa yang telah engkau lakukan itu adalah untuk dirimu sendiri dan manfaatnya kembali kepadamu, Apa yang telah engkau lakukan untuk-KU?”. Kemudian Allah Swt berfirman, “Wahai Musa! Jika engkau berpuasa maka itu akan menjadi perisai bagimu dari api neraka, jika engkau sembahyang maka itu menjadi izin untuk menyeberangi Sirath dan jika engkau berzikir maka engkau telah meninggikan darjatmu, lalu apa yang engkau lakukan untuk-Ku?” di dalam riwayat ini diceritakan, Nabi Musa As kemudian menangis dan berkata, “lalu apakah amal yang dilakukan untuk-Mu?” dalam riwayat qudsi ini Allah Swt berfirman kepada Musa As, “Apakah engkau telah membantu dan menolong seseorang? Amal perbuatan ini adalah untuk-ku, apakah engkau telah menghilangkan dahaga seorang yang sedang kehausan, memberi pakaian kepada orang yang tak punya pakaian, pernahkah engkau menolong seorang yang terzalimi? Dan apakah engkau telah menghormati seorang ulama? Jika engkau telah melakukan semua itu maka engkau telah berbuat untuk-Ku”

Pembaca sekalian, apa yang kita namakan dengan hadis-hadis atau riwayat-riwayat ini pada dasarnya merupakan sebuah petunjuk praktikal (dasturul amal) yang pada hakikatnya adalah wahyu ilahi yang dibahasakan oleh para Maksumin As. Ayatullah Ruhsyad pernah menanyakan hal ini kepada Allamah Thabathabai Ra (pemilik tafsir Al Mizan), Allamah Thabathabai Ra pun menegaskan, “bahwa hadis itu sesungguhnya adalah wahyu, tetapi wahyu yang berbeza dengan kalimat-kalimat Al Quran”.

Pembaca sekalian, perbuatan menolong, membantu, menghilangkan dahaga kehausan dan memberi pakaian merupakan bahagian dari kewajiban umum seorang ayah dan ibu, dan terkadang hanya terealisasi dengan adanya permintaan anak. Oleh itu, memenuhi permintaan anak adalah bahagian dari perbuatan-perbuatan yang diperuntukkan kepada Allah Swt, dengan demikian dari sisi ini hal itu menjadi penting bagi kita semua.

Dalam suatu riwayat dikatakan bahawa di Syurga terdapat sebuah tempat yang di sebut dengan Darul farah (rumah kegembiraan) meskipun keseluruhan Syurga itu adalah kesenangan dan kegembiraan, namun dalam riwayat ini, kesenangan pada tempat ini seakan berbeza dengan bahagian lain Syurga dan disebutkan bahawa tak ada seorang pun yang boleh masuk ke dalam Darul farah ini kecuali orang yang memenuhi permintaan anak-anak dan menyenangkan mereka.

Dalam menghadapi permintaan-permintaan anak, kita mesti menjawabnya dengan positif namun sebagaimana dijelaskan pada pertemuan-pertemuan sebelumnya, dalam setiap urusan kita harus selalu menjaga sikap pertengahan (i’tidal).

Dalam suatu riwayat (sebagai sebuah petunjuk praktik) disebutkan bahawa perbuatan paling sulit adalah inshaf iaitu berbuat dan bersikap seimbang atau pertengahan. Oleh itu, jika kita ingin memenuhi seluruh permintaan anak, hal itu tentu tidak mampu kita lakukan. Sekaitan dengan ini, kita dapat membahaginya ke dalam tiga kategori. Secara prinsip terdapat tiga bentuk permintaan anak kepada ayah atau ibunya yang bersifat logik dan kerana logik maka harus dipenuhi. Bentuk kedua permintaan anak ialah permintaan-permintaan anak yang tidak boleh dipenuhi seketika itu juga, pada bahagian kedua ini boleh saja apa yang diminta itu memang belum dapat disiapkan atau sudah siap dan bahkan logik, namun demikian sebahagian kecil keinginan-keinginan logik anak ini harus kita tunda sehingga anak belajar memahami bahawa memperoleh sesuatu yang mereka inginkan itu, mereka harus bersabar. Nah, pada bahagian ini kita dapat melakukan proses pembentukan sifat pada diri si anak seperti sifat sabar dll. Ketika permintaan anak tidak logik dan orang tua pun mengatakan tidak kepadanya, dalam tingkatan ini anak akan menggunakan cara tertentu agar permintaannya dipenuhi, misalnya mereka akan menangis dan berteriak-teriak dan kadang-kadang melontarkan benda-benda, dalam keadaan ini perubahan sikap dari orang tua merupakan tindakan yang salah dan tidak tepat, kerana nanti hanya akan menumbuhkan kesan (pesan) pada diri anak seperti ini, “Wahai anakku engkau dapat memperoleh keinginan dan permintaanmu yang tidak logik dengan cara menangis dst.” dan hal ini sangat memberi kesan buruk dalam masalah “permintaan anak-anak”.

Pembaca sekalian, agama Islam di samping sangat menganjurkan pemenuhan keinginan dan permintaan anak dari orang tuanya, namun pada bahagian permintaan-permintaan anak yang tak logik, orang tua tidak boleh serta merta berubah sikap dan memenuhi permintaan mereka ketika sedang menangis atau berteriak-teriak, pada tingkatan ini orang tua harus pandai mengalihkan konsentrasi (fikiran) si anak.

Salah satu kaedah (dalam sirah amaliyah) para Maksumin As adalah mengalihkan perhatian (fikiran) seseorang yang sedang dihadapinya. Misalnya, ketika Imam Ali As di pembaringan menjelang syahid, Imam Hasan As masuk dan menghampirinya lalu menangis, Imam Ali As kemudian menyapa puteranya, “mengapa engkau menangis?” Imam Hasan As menjawab, “Aku menangis melihat keadaanmu ayah! Imam Ali As lalu berkata, “Puteraku! Aku akan kukatakan empat sesuatu kepadamu yang kelak berguna untuk dunia dan akhiratmu, seketika itu Imam Hasan As berkata, “Iya ayah!” … pada saat itulah Imam Ali As menjelaskan lebih lanjut. Hal ini menunjukkan sebuah kaedah tarbiah bahawa ketika permintaan tidak logik anak tidak dipenuhi, maka orang tua tidak perlu menunggu tangisan anak selesai hingga sejam dst. tetapi melalui sebuah kaedah atau teknik tertentu sesegera mungkin mengalihkan perhatian (konsentrasi) anak kepada subjek yang lain. Misalnya, tiuplah sebuah belon dan katakan kepada si anak bahawa jika sudah cukup besar, katakan hentikan, dan ketika ia mengatakan berhenti, tetap teruskan tiupan itu hingga balonnya meletus. Konsepsi dan gambaran langsung ini kemudian kita jelaskan kepada anak, bahawa lihatlah jika permintaan-permintaanmu berlebihan tanpa batas maka akan akan berakhir seperti ini pula, dapat merosak dan membuatkab hidup tak nyaman. Pada tingkatan ini, kita harus mengajarkan kepada anak-anak kita secara logika bahawa tidak semua keinginan dan permintaan mereka mesti terpenuhi di dunia yang serba terbatas ini. Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *