Pendidikan Anak (33)

 \

Aturan Pemberian Hukuman

Pada pertemuan ini kita akan membahas tentang hubungan di antara anggota keluarga dalam kaitannya dengan pemberian hukuman (tanbih), yakni seperti apakah bentuk hukuman ini dalam Islam.
Berdasarkan riwayat dari Imam Ali As, hukuman (tanbih) dapat dibahagi kepada dua:

1) Hukuman fizikal (jismi)
2) Hukuman non fizikal (hissi)

Imam Ali As mengatakan, “Jika kalian ingin menghukum anak kalian maka bersikap marahlah (perlihatkan kemarahan), namun keadaan ini jangan terlalu lama sebab apabila hal itu dilakukan dalam waktu yang lama, maka hal itu dapat merosak anak”.

Dengan demikian, terdapat dua jenis hukuman iaitu hukuman fizikal (jismi) dan hukuman non-fizikal (hissi). Imam Ali As menerima yang non-fizikal dan menolak yang fizikal seperti memukul badan mereka. Adapun yang non-fizikal dapat berupa tindakan “marah”.

Dan perlu diketahui bahawa pukulan fizialk ketika menimbulkan bekas atau luka (seperti bengkak dan merah) pada tubuh anak maka anda mesti membayar denda atau diyah kepada sang anak.

Hukuman non-fizikal menghasilkan kesan pendidikan (tarbiyah) yang lebih baik sedangkan hukuman fizikal, bukan hanya tidak baik melainkan dapat menimbulkan kesan buruk dan kebencian pada diri anak.
Imam Ali As mengajarkan kepada kita kaum mukmin seperti ini, bahkan beliau dalam Nahjul Balagah (khutbah 60) menyatakan bahawa cukuplah kalian menjadikan Rasulullah Saw sebagai teladan dan panutan, Rasulullah Saw dalam peristiwa penaklukan kota Mekah (fathu Makkah) memaafkan musuh-musuhnya sekaligus dan tidak menghukum mereka.

Sebahagian orang tua seakan-akan menyakini bahawa anak tidak boleh salah sehingga ketika anak melakukan kesalahan Ia menghukumnya, sementara logika pendidikan kita tidak seperti itu. Anak boleh saja salah dan di antara kita tak ada yang melahirkan Nabi atau Maksum (orang yang terjaga dari kesalahan) sehingga menganggap anak tidak boleh melakukan kesalahan. Ini adalah keliru!

Terdapat dua riwayat yang berkait dengan masalah ini:

Rasulullah Saw bersabda, “Barang siapa yang memukul wajah seorang muslim, maka Allah Swt pada hari kiamat akan meleburkan tulang-tulangnya dan memasukkannya ke padang Mahsyar dengan keadaan tangan terikat hingga Ia masuk ke dalam Neraka.”

Riwayat ini memuat suatu nilai pendidikan iaitu bahawa kita tidak berhak memukul (menampar) anak kita, kerana Rasulullah Saw telah melarangnya dan anak kita adalah seorang muslim dan mukmin.

Riwayat yang sama juga dinukilkan oleh Imam Sadiq As dengan sedikit perbezaan teks, beliau berkata, “Biarkan anak-anakmu bermain hingga umur tujuh tahun”
Riwayat ini pula yang pada pertemuan sebelumnya telah dinukilkan dari Imam Musa Kazim As yang mana beliau berkata, “Anak jika di masa kanak-kanaknya bermain dan nakal maka kesannya ketika besar akan menjadikannya lemah lembut (halim)”. Dalam riwayat ini Imam Musa Kazim As sedang mengajarkan kepada kita bagaimana cara membentuk sifat-sifat pada diri anak kita. Pada riwayat lainnya Imam Sadiq As berkata, “Orang tua yang paling baik adalah orang tua yang tidak berlebihan (ekstrem) dalam mencintai anak-anaknya”. Cinta yang berlebihan menyebabkan anak menjadi kurang ajar atau sombong.

Rasulullah Saw dalam suatu riwayat bersabda, “Cintailah anak-anak kalian dan bersikaplah kepada mereka dengan penuh kasih sayang”. Pada riwayat yang lain Imam Sadiq As berkata, “Allah Swt mengasihi seorang ayah yang sangat mencintai anaknya” riwayat ini terdapat dalam kitab Tarikh Ya’qubi, jil. 3, hal. 53.
Hal yang pasti adalah dalam seluruh dimensi kehidupan kita, mulai dari persoalan makan dan minum, pendidikan dst. kita mesti menjaga sikap “I’tidal” iaitu sikap moderat atau pertengahan.

Sebagaimana dalam riwayat sebelumnya yang dinukil dari Imam Ali As dalam kaitannya dengan hukuman fizialk (jismi) berhadapan dengan hukuman non-fizikal (hissi), Imam Ali As mengajarkan bahawa jika kalian ingin menghukum anak kalian maka lakukanlah, tetapi dengan cara seperti ini; iaitu; (1) Marah atau menampakkan kemarahan, (2) Jangan terlalu lama, yakni tetaplah menjaga sikap tidak berlebihan (i’tidal).

Adapun dalam perbahasan sikap moderat atau pertengahan, ada baiknya untuk merujuk riwayat dari Imam Ali Ridha As yang mengatakan. “Badan manusia seperti tanah pertanian, jika tanah pertanian ini terlalu banyak disirami air maka benih yang telah ditabur itu akan rosak dan jika disirami dengan sedikit air maka benih itu tidak akan tumbuh dengan baik”, yakni jagalah sikap I’tidal atau sikap pertengahan. Ini berkaitan dengan badan jasmani kita. Badan kita yakni; Perasaan kita, syahwat kita, tidur kita, makan dan minum kita, interaksi kita, sikap mencintai kita, cinta kita terhadap keluarga (isteri dan anak-anak). Oleh itu, patut diperhatikan bahawa masing-masing dari riwayat para Imam Maksum ini dalam hubungannya dengan “pendidikan” sesungguhnya merupakan sebuah formula praktikal. Setiap anggota keluarga mesti bersikap saling mengasihi antara satu sama lain dan dasar utama sikap dan perilaku orang tua serta wajah keseluruhan keluarga adalah cinta kasih, bukan terbatas kata melainkan cinta kasih ini harus dibuktikan isteri kepada suami dan suami kepada isterinya. Wassalamu ‘alaikum Wr. Wb.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *