Jika Manusia tidak memelihara naluri memahami realiti di dalam dirinya maka ia sama sekali tidak akan mengecapi kebahagian dan kesempurnaan.  Setiap kata-kata dan perbuatannya bergaur dengan nafsu dan keinginan diri, maka dia akan terbelengu dengan pemikiran khurafat.  Natijah dari ini, dia umpama haiwan yang berjalan dengan empat kaki dan dia akan jauh dari hakikat insaniah. Dia seperti menyerahkan dirinya menjadi korban kebodohan  dan tanpa hala tuju yang benar.

Menuju kepada-Nya (Bahagian 3)

Jika Manusia tidak memelihara naluri memahami realiti di dalam dirinya maka ia sama sekali tidak akan mengecapi kebahagian dan kesempurnaan.  Setiap kata-kata dan perbuatannya bergaur dengan nafsu dan keinginan diri, maka dia akan terbelengu dengan pemikiran khurafat.  Natijah dari ini, dia umpama haiwan yang berjalan dengan empat kaki dan dia akan jauh dari hakikat insaniah. Dia seperti menyerahkan dirinya menjadi korban kebodohan  dan tanpa hala tuju yang benar.

Penulis: Ust Syed Hassan Al-Attas

 

Jika Manusia tidak memelihara naluri memahami realiti di dalam dirinya maka manusia sama sekali tidak akan mengecapi kebahagian dan kesempurnaan.  Setiap kata-kata dan perbuatannya bergaur dengan nafsu dan keinginan diri, maka ia akan terbelengu dengan pemikiran khurafat.  Natijah dari ini, ia umpama haiwan yang berjalan dengan empat kaki dan ia akan jauh dari hakikat insaniah. Dia seperti menyerahkan dirinya menjadi korban kebodohan  dan tanpa hala tuju yang benar.

 

Terdapat berbagai bentuk kezaliman.  Zalim ke atas hak masyarakat, zalim ke atas diri sendiri dan kezaliman ke atas hak Allah. Antara maksud zalim ke atas hak Allah adalah zalim ke atas hak para Aulia Allah.  Ini semua disebabkan kesan dari mengikuti syaitan dan hawa nafsu.  Puncanya adalah apa yang dipanggil sebagai budaya yang bertamadun dalam mengoda manusia kepada kesenangan duniwai dan keterikatan hati kepadanya.

 

Terdapat banyak ayat di dalam Al Quran yang menunjukkan Allah SWT memerintahkan hambaNya untuk berfikir mendalam (tadabur) dan meneliti dan tidak hanya sekadar kefahaman secara dasar.  Terdapat banyak ayat Al Quran juga yang mengisyarahkan bahawa alam ciptaan ini adalah tanda keberadaan Allah.

 

Ciptaan adalah ‘Ayat’ atau tanda, ini menunjukkan semuanya sebagai tanda kepada kewujudan yang lain bukan tanda untuk dirinya sendiri. Alam ciptaan keseluruhannya adalah tanda Keberadaan Allah, maka dengan itu, dapat difahami bahawa seluruh ciptaan ini dengan sindirinya tidak mampu dan tidak memiliki kewujudan mandiri.  Maka apabila ia adalah tanda Allah maka semuanya bergantung kepada Allah SWT.

 

Ke mana arah yang dilihat, pasti ia adalah tanda Keindahan dan Kesucian Allah. Sebahagian manusia apabila melihat keindahan alam, mereka tersekat di situ.  Bagi yang mendapat tarbiah Al Quran mereka menyaksikan keindahan yang jauh lebih Agung dan tidak terbatas disebalik keindahan yang dilihat.

 

Satu-satunya jalan menuju kepada Allah SWT adalah dengan mengenal diri dan merupakan jalan yang paling mudah.  Jalan ini bermaksud memutuskan diri daripada segalanya kecuali kepada Allah.  Diri manusia akan disibukkan dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada Allah SWT.  Bentuk jalan ini adalah dengan mematuhi segala aturan syariah untuk sampai ke maqam putus kepada selain Allah.  Jalan ini juga bermula dengan taubah, kesedaran, muhasabah, menjaga diri, hikmat, berlapar, bersendiri dan siaga.

 

Mengenal Allah adalah perkara yang amat jelas.  Kelalaian dan tidak memberikan tumpuan adalah penyebab utama kenapa manusia tidak mampu mengenal Allah, bukan disebabkan kebodohan dan kejahilan.  Kelalaian ini disebabkan tumpuan yang berlebihan dan mengikat hati kepada hiasan dan kelazatan duniawi. Mengikat diri kepada dunia akan mengakibatkan kecintaan kepada dunia dan ini akan mengudang manusia untuk memusatkan segala tenaganya untuk dunia.  Kecintaan kepada dunia ini akan memenuhi setiap sudut hati.  Bila hati manusia sudah dipenuhi dengan cinta dunia maka keindahan Allah tidak akan masuk ke dalamnya dan makrifah kepada Allah juga tidak akan terhasil.  Maka di sini dapat difahami bahawa urusan adalah urusan hati.

 

Kebahagian manusia adalah ketika berlaku gabungan antara kesejahteraan ruh dan badan. Ini bermaksud manusia dapat menikmati kenikmatan material dan memiliki akhlak yang mulia serta dihiasi dengan makrifah kepada Allah SWT.  Inilah akan menjamin manusia untuk mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat.  Islam melihat bahawa musibah terbesar untuk manusia adalah ketika ia hanya mengejar kelazatan duniawi dan mengabaikan kesejahteraan ruh.

Bersambung…

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *