Terdapat tiga macam ibadah kepada Allah: 

Menuju kepada-Nya (Bahagian 2)

Terdapat tiga macam ibadah kepada Allah: 

Penulis: Ust Syed Hassan Al-Attas

 

Terdapat tiga macam ibadah kepada Allah:

1)Ibadah kerana tamak kepada syurga.

2)Ibadah kerana takut kepada neraka.

3)Ibadah kerana Allah.

Ketika diteliti, kita akan dapati bahawa ibadah dengan cara pertama dan kedua, tujuannya adalah mendapatkan kesenangan dan selamat dari azab. Maka tujuannya juga adalah mencapai keinginan diri. Tumpuan kepada Allah dalam ibadah sejenis ini adalah untuk mencapaikan kehendak diri, maka Allah dijadikan wasilah untuk mendapatkan keinginan.

Pada hakikatnya, ibadah ini sebenarnya adalah sejenis penyembahan kepada syahwat semata-mata. Hanya cara ketiga dihitung sebagai ibadah yang sebenar-benarnya.

Seorang Muslim yang ahli Ibadah, disebalik sesibukan kehidupkan normal dan meterialnya dia akan menyembunyikan kehidupan maknawinya di satu sudut di dalam dirinya. Dia akan sentiasa membuka dirinya hanya untuk Allah di mana sahaja dia berada dan apa juga bentuk perkerjaannya. Dia sentiasa menganggap bahawa perkerjaan duniawinya umpama cermin yang memantulkan keinginan Allah SWT.

Ada sebahagian manusia yang hanya menjalani kehidupan maknawi, mereka beranggapan bahawa kehidupan normal duniawi seumpama hijab antara mereka dan kebenaran. Disebabkan ini mereka meninggalkan kehidupan normal dan mengasingkan diri, seperti yang dilakukan oleh para Rahib di biara, Para Sami dan tokong dan Braman di kuil.  Mereka beranggapkan ini adalah satu-satunya jalan untuk meningkatkan kekuatan ruh dan maknawi mereka.

Bagi yang terbiasa dengan kehidupan dan pemikiran material, pasti akan menganggap apa yang dilakukan oleh mereka tersebut adalah perbuatan yang amat sukar dan memerlukan kepada istiqamah yang tinggi. Tetapi bagi mereka yang biasa dengan ajaran Islam dalam kehidupan bermasyarakat, pasti akan memahami bahawa cara kehidupan golongan tersebut jauh lebih mudah dari mentaati aturan kehidupan Islam.  Sebenarnya golongan tersebut ada pelarian dari kehidupan normal dan memilih hidup yang lebih mudah kerana tidak perlu menjaga diri mereka dan berusaha ketika hidup dalam masyarakat. Mereka telah menutup jalan kesempurnaan yang telah Allah SWT angerahkan kepada manusia. Apakah dengan ini mereka telah memenuhi tujuan dari penciptaan?

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *