Ada manusia disebabkan memiliki fitrah yang bersih maka mereka tidak melihat kebahagian kehidupannya dengan jiwa yang terikat kepada kelazatan kehidupan dunia yang sementara. Mereka melihat keuntungan, kerugian, kebahagian, kepahitan dan sebagainya hanyalah satu tipu daya kehidupan yang mendidik.

Menuju kepada-Nya (Bahagian 1)

Ada manusia disebabkan memiliki fitrah yang bersih maka mereka tidak melihat kebahagian kehidupannya dengan jiwa yang terikat kepada kelazatan kehidupan dunia yang sementara. Mereka melihat keuntungan, kerugian, kebahagian, kepahitan dan sebagainya hanyalah satu tipu daya kehidupan yang mendidik.

Penulis: Ust Syed Hassan Al-Attas

Ada manusia disebabkan memiliki fitrah yang bersih maka mereka tidak melihat kebahagian kehidupannya dengan jiwa yang terikat kepada kelazatan kehidupan dunia yang sementara. Mereka melihat keuntungan, kerugian, kebahagian, kepahitan dan sebagainya hanyalah satu tipu daya kehidupan yang mendidik.

 

Ketika mereka melihat perintah solat dari ayat Al Quran, selain dari maksud perintah mendirikan solat dengan gerakan dan bacaan yang telah ditetapkan, mereka juga memahami bahawa sepenuh jiwa dan raga mesti bermunajat kepada Allah. Lebih dari itu, mereka memahami bahawa ketika berhadapan dengan Allah, mereka melupakan diri dan hanya memberi tumpuan kepada Allah.

 

Ketika ada perintah dari Allah untuk tidak menyembah berhala, secara zahirnya, larangan sujud di hadapan berhala tetapi mereka memahami lebih dari itu, selain Allah, tidak boleh ditaati (ketaatan kepada yang lain semuanya datang dari Allah dan dengan izin Allah). Ini kerana hakikat ketaatan memberi erti penghambaan dan tunduk. Lebih dari itu, mereka juga memahami tidak berharap kecuali kepada Allah, tidak boleh tunduk kepada kemahuan diri danmereka juga memahami bahawa tidak boleh memberi perhatian kecuali kepada Allah.

 

Khabar gembira hanya akan datang selepas alam dunia, iaitu hanya berlaku di alam akhirat.  Khabar gembira adalah khabar yang hanya akan datang sebelum berlaku. Maka dengan itu khabar gembira tentang syurga hanya akan berlaku sebelum masuk ke dalam syurga. Dari sisi lainnya, khabar gembira hanya perkara yang pasti berlaku sahaja.  Oleh kerana manusia masih memiliki iktiar selagi ia belum mati, maka masih ada kemungkinan manusia berubah kepada satu arah kepada arah yang lain, iaitu bahagia atau celaka. Maka khabar gembira syurga tidak akan berlaku di dunia.

 

Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *