Pendidikan Anak (18)

Tanggunggawab Ibubapa

Tanggungjawab dan tugas-tugas ibubapa dijelaskan dalam hadis-hadis Rasulullah dan Ahlul Bait as, melihat hadis-hadis dari para Imam as yang menyebutkan tugas dan tanggungjawab ibubapa tidak boleh cepat mengambil kesimpulan dengan mengambil pemahaman secara lahiriah saja kerana ketika Rasulullah sawa bersabda yang demikian ini adalah tanggungjawab si ayah bererti pada hari kiamat nanti si ayah akan ditanya mengenai hal ini dan anda sebagai ayah, kenapa tidak melakukan tugas dan tanggungjawab ini ?”. Oleh kerana itu sebahagian dari hadis-hadis dengan bentuk seperti ini, bahawa tugas dan tanggungjawab ayah seperti ini bererti pada hari kiamat akan diminta untuk dipertanggungjawabkan kerana Rasulullah Sawa dan para Imam as sudah menjelaskannya. Allah swt dalam Al-Qur’an berfirman: و أتاهم الرسول فخذوه

Apa yang diberikan oleh Rasulullah saw maka kita harus taat dan mengamalkannya.
salah satu hal yang diperintahkan Rasulullah kepada kedua ibubapa adalah memberikan nama yang baik untuk anaknya. Tentang pemberian nama yang baik untuk anak banyak diriwayatkan oleh ahlu bait as diantaranya :

Imam Ridha, Imam Kazim, Imam Shadiq as. Dalam pemberian nama yang baik kepada seorang anak pun mempunyai pengaruh pendidikan dan pembentukan karakter seorang anak. Secara ilmiah pun hal ini sudah dibuktikan. Hal tersebut dijelaskan oleh bapa Hisyin Farhang tentang kesan nama yang ditulis di atas air. ketika satu gelas air minum dituliskan kata Syimr, para ilmuwan kemudian mengambil foto molekul-molekul air menjadi keruh dan ketika ditulis nama Imam Ali as dituliskan di atas air maka semua molekul air ini menjadi tersusun dan rapi. Ini membuktikan bahawa nama yang dilekatkan pada seorang anak seperti halnya nama yang dituliskan pada segalas air tadi. Bapa Syahin Farhang mengambil sampel foto dan mendokumenkannya sebagai bahan penelitian ilmuwan di Jepun,

Kita tidak menghubungkannya dengan tahapan penelitian ilmiah, tapi para imam memyebutkan untuk memilih nama yang baik kerana memiliki kesan yang sangat baik. Baik itu kesan secara jasmani maupun pendidikan. Imam Redha as berkata “Barangsiapa yang menamakan anaknya dengan nama Ali maka anak ini akan berumur panjang”. Makna dari hadis ini adalah dengan nama tersebut anak ini akan dijauhkan dari segala bentuk bencana seperti penyakit kanser atau kecelakaan. Oleh itu anak ini berada dalam lingkungan penjagaan dan atas berkah yang ada pada nama ini Allah Swt akan memanjangkan umurnya.

Dalam hadis yang lain, Imam Baqir as berkata: “Setiap kali syaitan mendengar seseorang memanggil temannya dengan sebutan Muhammmad atau Ali..” Dalam hadis ini Imam Baqir as sedang menjelaskan mengenai potensi perkembangan spiritual seorang anak dari pemberian namanya. Imam Baqir as berkata: “ Ketika seseorang memanggil temannya dengan dengan nama Ali dan Muhammmad maka syaitan akan layu bagaikan sesuatu yang disimpan di atas api dan meleleh”.

Oleh kerana itu, pemberian nama merupakan salah satu dari tanggungjawab ibubapa khususnya pemberian nama yang baik, dan pemberian ini lebih baik pada tujuh hari pertama setelah melahirkan, jika bayi tersebut lelaki, untuk sementara dalam jangka waktu 7 hari pertama kerana masih bau wewangian Rasulullah maka sebaiknya diberi nama Muhammad dan setelah 7 hari berilah nama sesuai keinginan ibubapa. Bahkan di sebahagian hadis dikatakan bahawa berilah nama anakmu sejak waktu ibunya mengandungkannya. Oleh kerana itu, Rasulullah saw ketika puterinya Fatimah Zahra masih mengandungkan anaknya, memberikan nama Muhsin bagi anaknya, yang kemudian hari bayi tersebut meninggal kerana keguguran, tetapi bayi ini sudah mempunyai nama.

Ada seorang sahabat bertanya, “Wahai Imam, kami tidak mengetahui apakah anak yang akan lahir ini lelaki atau perempuan”. Imam as menjawab: “Namakanlah dengan nama yang sesuai untuk lelaki dan perempuan”, misalnya Nusrat. Nama yang sesuai untuk lelaki maupun perempuan. Ada pula yang bertanya kepada para Imam as, diantaranya kepada Imam Sadiq as “Wahai putera Rasulullah, kita memberikan nama anak-anak kami dengan nama anda atau nama ayah-ayah anda, apakah ada manfaat dan pengaruhnya bagi kami?”, kemudian imam menjawab: “Aku bersumpah, bahawa itu ada manfaatnya”. Imam as tidak menjelaskan apa manfaatnya, tapi beliau berkata: “Apakah agama bukan cinta dan benci ?” Beliau bersabda: “Seandainya Allah Swt memberikan seseorang 4 orang anak kemudian dia tidak memberikan namaku pada salah satu dari keempat anaknya tersebut maka dia telah berdosa padaku”. Oleh kerana itu perhatikan, pemberian nama memiliki pengaruh yang luar biasa.

Allah Swt mewahyukan kepada Aminah, ibu kepada Rasulullah Saw untuk memberikan nama Muhammad pada anaknya, dan beliau mengumumkan bahawa bayi yang saya kandung ini berikanlah nama Muhammad.

Para Imam as sangat memperhatikan sahabatnya atau murid-muridnya yang mempunyai nama kurang bagus, maka para Imam as mengganti nama mereka. Contohnya, pada zaman Imam Ali as kalau kalian perhatikan dengan seksama, seorang sahabat bernama Maisam Tammar nama aslinya bukanlah Maisam, tapi Imam Ali as yang mengganti namanya. Pernah ada seseorang yang datang mengetuk pintu rumah Imam Sajjad as, dari balik pintu beliau bertanya, “siapa ?” lalu dijawab: “Saya adalah Abu Marrah”. kemudian Imam as berkata padanya, Abu Marrah adalah nama panggilan bagi Iblis, lain kali kalau datang ke rumahku jangan menggunakan nama ini”. Salah seorang murid dari Imam as memberikan nama bagi puterinya dengan nama perempuan yang mana pada masa Pra-Islam terkenal hina. Imam as dengan tegas mengatakan: “Gantilah namanya”.

Ini adalah nota penting yang harus diperhatikan tentang pemberian nama. Pemberian nama dalam mendidik dan pembentukan karakter anak merupakan pembentuk karakter kejiwaan. Oleh kerana itu, kita dianjurkan oleh sabda Rasulullah Saw bahawa jika anak kalian diberi nama Muhammad maka muliakanlah dia, kalau Muhammad datang ke masjid maka bangkitlah dan berikan ia tempat. Hargailah dia kerana namanya. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis mengatakan “Barangsiapa yang mempunyai anak yang bernama Muhammad maka janganlah mengatakan “ah” kepadanya”.

Di sini jelas bahawa nama juga memiliki keberkatan tersendiri. Ada hadis lagi yang mengatakan bahwa jika ada yang bernama Muhammad atau Abdullah di sebuah rumah maka rumah itu tidak dihinggapi kemiskinan. Inilah yang benar-benar harus diperhatikan bahawa nama-nama yang dianjurkan dalam hadis-hadis untuk digunakan sebenarnya para Imam as sedang menjelaskan kesan-kesan dan pengaruh dari sebuah nama kerana intinya adalah pengaruh dan efek. Dalam sebuah hadis pula dikatakan bahawa “Jika anda ingin bermusyawarah maka bermusyawarahlah dengan orang yang bernama Muhammad maka akan terbuka kebaikan buatmu”. Anjuran ini adalah unsur keberkatan dari nama ini maka kesan dan pengaruh bersamanya.

Hadis dari Imam Husein as ketika beliau ditanya, kenapa semua anaknya diberi nama Ali “? Seperti Ali Asghar, Ali Awsath, Ali Akbar. Para pemirsa sekalian. Imam Husein as menjawab: “Demi Allah, Jika aku diberikan 100 anak maka aku akan memberi nama semuanya dengan nama Ali.

Di sini jelas bahawa nama juga memberikan berkah bagi kita di dunia, di hari kiamat menjadi kebanggan kita di hadapan Sayidah Fatimah Zahra sa kerana kecintaan kita kepada beliau maka semuanya diberi nama dengan nama-nama putera beliau. Ini merupakan bukti kecintaan kita dan bukti Syiah kita, di samping memiliki kesan, pengaruh dan berkah secara jasmani, duniawi, barzakhi dan untuk di hari Kiamat kelak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *