Pendidikan Anak (17)

Amalan-amalan pada masa kehamilan

Perbahasan kali ini sebagai lanjutan pembahasan yang lalu mengenai pendidikan anak. Dalam ajaran agama Islam sangat dianjurkan untuk melakukan amalan-amalan tertentu kerana memiliki pengaruh dan alasan-alasan. Dengan ungkapan lain dengan melihat kesan-kesan sehingga kita diperintahkan untuk mengamalkannya. Jika seorang bapa berkali-kali mengingatkan pada anaknya mengenai suatu hal, ini disebabkan perkara tersebut sangatlah penting pda si bapa. Oleh kerana itu tema pada pertemuan kali ini tidak dijelaskan dalam Psikologi Barat.

Penjelasan suatu perbahasan dalam psikologi barat tidak dijelaskan dengan sempurna. Akan tetapi para imam as dalam pendidikan Islam menjelaskan dengan secara rinci dan hal ini menunjukkan pendidikan Islam sangatlah global. Salah satu perbahasan pada masa kehamilan dan setelahnya, yang harus diamalkan oleh seorang ibu, dan tentunya juga yang harus dilakukan oleh seluruh anggota keluarga, tetapi kerana seorang ibu adalah unsur yang secara langsung membentuk keperibadian anak dan psikologi seorang anak yang sangat berpengaruh sekali adalah mandi sunnat Jumaat.

Kenapa agama Islam menganjurkan kepada kita untuk mandi sunat pada hari Jumaat. Dikatakan juga bahawa jika tidak dapat mandi pada hari Jumaat maka boleh dilakukan pada hari khamis, dikatakan bahawa jika terlupa dan teringat pada hari sabtu maka boleh diniatkan Qadha (mengganti). Hal ini menunjukkan akan pentingnya mandi sunat jumaat.

Diantara penjelasan dalam hadis tentang alasan kenapa mandi jumaat sangat dianjurkan. Pertama, menyebabkan kebersihan dan kesucian spiritual kita dari minggu ini hingga ke minggu hadapan. Oleh kerana itu dikatakan bahawa, seorang ibu ketika pada masa kehamilan sangat dianjurkan untuk mandi Jumaat supaya membentuk keperibadian psikologi si anak dan memiliki pengaruh yang luar biasa dalam menentukan nasib spiritual dan kesucian lahir serta batin seorang anak. Dalam Al-Qur’an ada ayat yang berulangkali diucapkan dan diperdengarkan kepada kita yang mana kalian juga akan merasakan kesan dari perbuatan kalian. Baik itu di dunia, di alam barzakh ataupun di hari kiamat. Kesan atau pengaruh inilah yang akan membawa kita, apakah menuju jalan yang lurus atau menuju jalan yang sesat.

Oleh karena itu dalam perbahasan kesan dan pengaruh perbuatan manusia, Al-Qur’an berkata barangsiapa yang memakan harta anak yatim sesungguhnya dia sedang memakan api neraka. Ini merupakan kesan dari perbuatan. Secara lahiriah dia sedang memakan nasi atau sedang menyantap roti akan tetapi kerana dia memakan harta anak yatim maka sesungguhnya dia sedang memasukkan api ke dalam mulutnya atau pada perbahasan mengenai ghibah, ketika membahas tentang kesan dari perbuatan manusia Al-Qur’an menjelaskan bahawa Ghibah adalah memakan bangkai manusia. Al-Qur’an mengatakan bahawa kesan dan pengaruh amalan ghibah adalah memakan bangkai manusia, yakni daging saudaramu yang sudah mati. Al-Qur’an berkali-kali memberikan isyarat dengan berkata

بعملون جزاءبما کانوا
Jazaa’an bimaa kaanuu ya’maluun (sebagai balasan atas apa yang mereka perbuat)

Amalan juga memiliki pengaruh. Rasulullah Saw berkata kepada Imam Ali as :

“mandilah sunat di setiap hari Jumaat, meskipun kamu harus menjual makanan dan minumanmu untuk mendapatkan air buat mandi. Juallah dan biarkan dirimu lapar (hari itu) untuk kamu mendapatkan air buat mandi sunat hari Jum’at”.
(Allamah Majlisi dalam kitab Biharul Anwar jld. 71 halaman 129)

Dalam hadis lain Imam Sadiq as memerintahkan untuk mandi sunat Jumaat dan mandi Aidul Fitri itu mustahab (disunnahkan) baik dalam perjalanan ataupun tidak, pada zaman Imam Sadiq as kerana sangat sulit untuk mendapatkan air hanya ada kantong air yang dibawa ketika melakukan perjalanan, dalam keadaan seperti itu, jika seorang tidak akan kehabisan air dengan mandi sunat Jumaat maka boleh mandi sunat Jumaat ketika dalam perjalanan. Dan perempuan dimaafkan untuk tidak melakukan mandi sunat Jum’at. Inilah kenapa mandi sunnah Jum’at sangat dianjurkan kerana pengaruhnya. ketika hendak melakukan mandi Jum’at hendaknya membaca doa ini: doa-doanya antara lain:
اشهد ان لا اله الا الله وحده لا شریک له و اشهد ان محمدا عبد ورسوله اللهم صلی علی محمد والمحمد واجعلنی من التوابین
واجعلنی من المتطهرین
Oleh kerana itu ketika Imam Ali as mengecilkan seseorang, dengan mengatakan:
“apakah kamu adalah orang yang tidak memiliki tangan dan kaki? Apakah kamu adalah orang tua yang lemah ?” bahkan hanya untuk menyiapkan air untuk mandi Jumaat saja kamu lemah”. Oleh kerana itu, dengan mandi sunat Jumaat ini menjadi bukti pemisah mana orang yang cerdas dan mana orang yang malas. Dalam hadis yang panjang dari Imam Redha as dikatakan mandi Jum’at menyebabkan kesucian selama jangka waktu tujuh hari.
Amalan mandi sunah Jumaat ini pun, Imam Redha as telah memberitahu kesan dan pengaruhnya. Kesannya adalah kesucian dari Jumaat ini hingga Jum’at berikutnya.

Sekarang umpamakan seorang ibu melakukan hal ini dalam keadaan dia sedang masa menyusui dan ketika dia hendak melakukan mandi Jumaat, tentunya ketika bayi sedikit membesar, lama-kelamaan sambil membiarkan si bayi bermain air, kemudian memandikan bayinya dan mengajarkan bayinya mandi Jumaat sejak kecil, maka dia telah menempatkan anak tersebut berada dalam lingkaran kesucian dan anak itu tidak akan terkena gangguan syaitan, yang pada hakikatnya mandi Jumaat itu bagaikan vaksin imunisasi polio yang diberikan sejak kecil, yang disuntikkan pada waktu tertentu, yang mana jika anak tersebut memiliki umur 100 tahun pun maka tidak akan mengalami penyakit polio. Ini adalah anjuran dari para Imam as yang mengandung nota-nota penting.

Seperti ini kita dianjurkan bahkan Rasulullah Saw sendiri bersabda “wahai Ali, meskipun engkau kelaparan hanya kerana membeli air untuk mandi Jumaat sekalipun, kerana di zaman dulu mereka menjual air. Orang-orang saling menjual-beli air dan belum ada air sama sekali. Rasulullah kepada Imam Ali as berkata: “Juallah makananmu, tidak mengapa engkau lapar di siang hari Jumaat, tetapi jangan sampai engkau tidak mandi Jumaat. Betapa pentingnya perkara ini.

Seseorang pernah bertanya kepada Imam Saadiq as “Bagaimana kalau seorang perempuann sedang dalam perjalanan dan air sedikit, bagaimana dia dapat melakukan mandi Jumaat?” Imam as berkata: “Perempuan pada saat itu dimaafkan untuk tidak mandi Jumaat.

Imam Redha as berkata: “Hal itu adalah wajib bagi lelaki dan perempuan dan bahkan budak sekalipun ataupun orang yang merdeka”. Zaman dahulu masih ada perhambaan, masih ada pembantu lelaki atau perempuan yang bekerja dirumah yang tidak punya kebebasan terhadap dirinya sendiri. Imam Redha as berkata: “Berilah izin bagi pembantu-pembantu kalian untuk mandi sunat hari Jumaat. Imam Baqir as berkata:

“Jangan kalian meninggalkan mandi sunat hari Jumaat, kerana merupakan sunnah Rasulullah Saw”. Bahkan lebih dari itu Imam Shadiq as berkata: “Dari hari Jumaat ini hingga hari Jum’at selanjutnya menjadi kafarah atas dosa-dosa kalian”. yakni (mandi Jum’at) mensucikan dosa-dosa kalian yakni membuat ringan ruhmu (dari dosa), membuat ruh menjadi bercahaya. Ketika ruh menjadi suci dari dosa maka akan ada kesesuaian dengan menyambut datangnya malaikat-malaikat Allah. Ruh yang kotor dengan dosa-dosa maka akan berkesesuaian dengan datangnya syaitan dan iblis, dalam potensi diri kita, kemampuan apa yang akan memenuhi diri kita, apakah kemampuan akan datangnya iblis atau hadirnya cahaya dan keagungan Allah Swt.

Mandi sunat hari Jumaat, secara hukum Fiqh boleh dilakukan pada waktu pagi hari Jumaat hingga waktu zuhur hari Jumat dengan niat ‘adaa’an. Jika dilakukan pada waktu Asar dengan niat Maafi dhimmah. Dan jika dilakukan pada hari sabtu dengan niat Qadha (mengganti). Kalau seseorang mendapatkan air pada hari khamis maka mandi Jumaat boleh dilakukan pada hari khamis dengan niat Taqdim atau dengan niat Raja’an. Pastinya, mengenai mandi sunnah hari Jumaat para marja’ taklid berbeza-beza pendapat, maka silakan masing-masing mencari pendapat marja’ masing masing.

Menurut Ayatullah Sistani bahawa sejak pagi hari Jumaat hingga petang hari Jumaat maka niat masih ada’an, dan menurut pendapat beliau, dengan mandi Jumaat maka tidak perlu lagi berwuduk untuk mengerjakan solat. Sebaliknya menurut Imam Khomeini dan Ayatullah Sayid Ali Khamenei berpendapat bahawa dari sejak dari pagi hari Jumaat pagi hingga waktu zuhur dengan niat ‘ada’an dan dari waktu zuhur hingga waktu terbenamnya matahari diniatkan Maa fii dzimmah (kerana mempunyai tanggungan).

Menurut pendapat kedua ulama besar ini bahawa hanya dengan sekadar mandi sunnah Jumaat seorang mukallaf tidak boleh langsung solat tanpa berwuduk terlebih dahulu dan harus berwudhu jika akan melakukan solat.

Kesimpulan: Permasalahan mandi sunnah Jumaat adalah sebuah proses pendidikan yang sangat berpengaruh bagi anggota keluarga, dan khususnya bagi ibu yang sedang menyusui. Utamanya ketika I anak berusia 2 atau 3 tahun maka sedikit demi sedikit harus diajar tentang bagaimana mandi sunnah Jum’at. Hal ini sangatlah berpengaruh sebagai kunci pendidikan. Tema mengenai mandi sunnah Jumaat kami ketengahkan kerana mempunyai pengaruh yang sangat besar dan kita tidak punya pengetahuan sebagaimana para Imam as kerana pengetahuan mereka bersambung ke langit. kesan pengaruh dan berkah dari amalan ini serta timbal balik dari amalan ini ke dalam diri kita, sudah kami jelaskan dan dianggap sebagai dasar-dasar pendidikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *