Pendidikan Anak (16)

Kelahiran Anak

Salah satu faktor yang dapat mempengaruhi perkembangan ruhiyah (keperibadian) dan membentuk karakter dan sifat anak adalah amalan yang harus dilakukan ibubapa setelah kelahiran anak. Sebagaimana telah disebutkan sebelumnya, setelah anak lahir kita hendaklah mengumandangkan azan di telinga kanan dan iqamat ditelinga kirinya. Dan begitu juga bacaan ayat al Quran setelah azan dan iqamah sebagaimana telah dianjurkan Rasulallah saw. Dan yang paling penting bagi ibubapa adalah menyiapkan sesuatu perkara untuk perkembangan keperibadian anak. Salah satunya dengan memperhatikan masalah akikah. Apakah kaitan antara akikah dan tarbiaah anak? Tentu ada alasan mengapa aimmah as menyuruh kita melakukan akikah anak. Bahkan ulama salaf ada yang mewajibkan akikah. Akan tetapi yang penting disini adalah bahawa akikah membentuk keperibadian yang kekal pada anak.

Untuk memperjelaskan masalah ini mari kita perhatikan sebuah riwayat dari imam Sadiq as. Seorang anak meninggal dalam usia tujuh hari. Sseeorang datang kepada beliau dan bertanya apakah perlu menyembelih kambing untuk akikahnya? Imam menjawab: Jika ia meninggal sebelum zuhur hari ketujuh maka akikah tidak perlu, akan tetapi jika ia meninggal selepas zuhur hari ketujuh maka sembelihlah kambing akikah untuknya.

Perawi berkata: Anak ini telah meninggal dan sekarang berada di dalam barzakh. Walaupun kita memiliki sumber – sumber yang menjelaskan tentang anak kecil yang meninggal dunia, apa yang akan terjadi padanya di alam barzakh, bagaimana nasib dan perkembangan kesempurnaan dirinya. Akan tetapi hal ini di luar dari perbahasan kita. Yang menjadi persoalannya adalah mengapa imam Sadiq as memerintahkan untuk melakukan akikahk anak yang meninggal dalam usia tujuh hari? Hal ini menunjukkan bahawa akikah memiliki pengaruh terhadap perkembangan dan kesempurnaan anak di alam barzakh. Dengan ini kita mengetahui arahan-arahan yang diberikan imam as mengenai tarbiaah tidak terbatas pada dunia sahaja akan tetapi lebih luas dari itu iaitu mencakup tarbiah dan perkembangan anak di alam barzakh juga.

Sebagai contoh, kita lihat dalam Jami’atul Ahadist jilid 26 halaman 769. Akikah memiliki kedudukan yang penting sehingga jika anak lelaki maka kambing akikah juga jantan dan jika anak perempuan maka kambing akikah juga betina. Kambing akikah harus sihat dan tidak cacat. Ibubapa dari anak tersebut tidak boleh makan daging akikah. Tulang – tulang kambing jangan sampai retak. Akikah bukanlah sedekah akan tetapi keperluan untuk keselamatan jismani dan keamanan anak setelah mati kerana itu akikah diperintahkan untuk anak yang berusia tujuh tahun. Kalau kita perhatikan dalam doa akikah disebutkan Bahawa akikah diantaranya menyebabkan kedekatan diri kepada Allah swt dan membuat anak selalu ingat kepada Allah swt di masa yang akan datang serta terhindar dari syaitan. Ini adalah nota penting dalam tarbiah yang harus kita perhatikan, iaitu bagaimana membuat hati anak agar selalu ingat kepada Allah swt sehingga kita tidak mempersembahkan manusia yang lalai kepada masyarakat yang akan menjadi sumber keresahan.

Selain perintah akikah pada hari ketujuh, kita juga diperintahkan untuk mencukur rambut bayi dan bersedekah sesuai dengan ukuran timbangan rambut tersebut. Disebutkan dalam riwayat, seorang bayi dibawa ke hadapan Nabi saw dalam keadaan rambutnya dicukur sebahagian. Nabi tidak menerimanya dan menyuruh agar semua rambutnya dicukur habis. Mencukur semua rambut bayi ini dalam kesihatan juga telah terbukti baik. Kerana itu akikah harus dilakukan pada hari ketujuh. Selain itu khatan untuk anak lelaki. Sebahagian orang tidak sanggup mengkhatan anaknya pada usia bawah 5 tahun tetapi hal ini sudah dipertimbangkan oleh riwayat. Hal ini untuk menyiapkan perkembangan anak sebagaimana menyiapkan tanah pertanian untuk tumbuhnya benih. Anak yang dikhatan pada hari ketujuh kurang merasakan sakit kerana disamping anak belum mampu berbicara, sistem badan anak belum berfungsi dengan sempurna untuk merasakan kesakitan, kerana itu hadis memerintahkan berkhatan pada usia bawah 5 tahun. Oleh kerana itu kita hendaklah mengamalkan perintah imam as tersebut.

Doa khatan juga ada. Doa ini kenapa harus dibacakan pada waktu khatan kerana memiliki kesan. Jika sekarang dibacakan zikir musibah maka keadaan ruhiyah kita akan berubah. Jadi bacaan pada waktu tertentu ada pengaruhnya. Bahkan dalam kesihatan pun ada ubat yang harus dimakan lapan jam sekali dan ada yang 12 jam sekali dll. Aimmah as tentu memiliki alasan menentukan waktu – waktu tersebut, sebagian alasan itu tidak kita ketahui akan tetapi kita yakin akan hal itu. Oleh kerana itu kita harus memperhatikan hal tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *