Pendidikan Anak (13)

AMALAN-AMALAN IBU HAMIL (2)

Rasulullah saw menganjurkan kepada setiap ibu yang hamil agar secara teratur mengamalkan beberapa amalan ini sehingga rohani janin berkembang dengan baik. Kita sudah sebutkan amalan membaca dan mendengarkan al-Quran dan membaca Jausyan Kabir, adapun selanjutnya sebagai berikut:

1. Membawa Turbah Karbala

Amalan berikutnya yang dianjurkan bagi ibu hamil adalah seorang ibu hendaklah selalu membawa turbah al-Imam Husain as kerana turbah Karbala memberikan penjagaan dari bencana dan musibah bagi pembawanya sehingga ibu hamil dengan membawanya terjaga dari musibah seperti keguguran, bahkan bukan hanya terjaga dari segi jismani tetapi juga dari segi rohani.

2. Membaca doa-doa

Ada sebuah doa yang sangat dianjurkan bagi seorang ibu hamil atau setelah kehamilan untuk membacanya setiap pagi dan petang (mendekati magrib) sebanyak 3 kali.
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِی فِی دِرْعِکَ الْحَصِینَةِ الَّتِی تَجْعَلُ فِیهَا مَنْ تُرِیدُ

Ertinya: Ya Allah jadikanlah aku di dalam benteng kuatmu.
Begitu juga dianjurkan membaca doa Rasulullah saw ini:
اللّهمَّ إنيّ أعوذبك من سوء القضاء وسوء القدر، وسوء المنظر في الأهل والمال والولد

Dengan doa ini Rasul berlindung kepada Allah dan memohon agar keluarga, harta dan anak beliau dijauhkan dari semua keburukan.

3. Menjaga setiap perbuatan

Seorang ibu hamil hendaklah selalu memperhatikan segala perbuatannya kerana setiap perbuatannya mempunyai pengaruh dan kesan secara langsung kepada jiwa janin yang dikandungnya.

Dikisahkan bahawa pada suatu hari seorang ulama mengajarkan ilmunya namun tiba-tiba ada orang melaporkan kepadanya bahwa puteranya melubangi dan merosak qirbah (tempat air terbuat dari kulit) orang-orang, kemudian ulama itu pulang ke rumah dan berkata kepada isterinya: isteriku, saya mengamalkan semua anjuran yang dianjurkan di dalam hadis dan saya yakin sudah mengamalkannya dengan benar. Isteriku apakah ada perbuatan yang kamu lakukan sehingga menyebabkan anak kita suka melubangi dan merosak qirbah orang-orang. Si isteri berkata: suamiku kamu benar, itu kerana perbuatanku pada masa kehamilanku, aku bertamu ke rumah tetangga dan melihat pohon delima, karena ingin tahu rasa buahnya aku melubanginya dengan jarum kerudungku dan merasainyanya.

Oleh kerana itu seorang ibu perlulah memperhatikan dan menjaga semua perbuatannya pada saat hamil kerana seorang ibu mempunyai peranan penting dalam perkembangan jiwa janin dan takdir yang akan dijalaninya sehingga janin dijauhkan dari keburukan syaitan.

4. Membaca doa pada saat terbit dan tenggelamnya matahari

Anjuran selanjutnya adalah seorang ibu hamil hendaklah membaca doa dari imam Jaafar as yang dikenal dengan zikir pada saat terbit dan tenggelamnya matahari, dimana doa ini dibaca sebelum terbit dan tenggelamnya matahari sebanyak 10 kali ( kitab mafatihul jinan).
اَعُوذُ بِاللَّهِ السَّميعِ الْعَليمِ مِنْ هَمَزاتِ الشَّياطينِ وَ اَعُوذُ باللَّهِ اَنْ‏ يَحْضُرُونِ اِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّميعُ الْعَليمُ

Doa yang lain dari imam Jaafar as juga dibaca 10 kali.
لا اِلهَ اِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَريكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَ لَهُ الْحَمْدُ يُحيى‏ وَ يُميتُ وَ يُميتُ‏ وَ يُحْيى‏ وَ هُوَ حَىٌّ لا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَ هُوَ عَلى‏ كُلِّ شَى‏ءٍ قَديرٌ

Banyak sekali hadis yang menganjurkan pada setiap muslim untuk membaca doa ini, ini menunjukkan akan pentingnya anjuran ini, imam Jaafar as berkenaan dengan faedah doa ini mengatakan: iblis mengirim pasukannya pada saat tenggelamnya matahari oleh kerana itu perbanyakkanlah membaca zikir ini sehingga terjaga dari keburukan mereka dan mintalah perlindungan kepada Allah untuk anak kalian pada waktu tersebut kerana pada saat terbit dan tenggelamnya matahari adalah waktu lalai (al-kafi, jil: 6, hal:169).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *