Pendidikan Anak (12)

AMALAN IBU HAMIL (1)

Dalam agama Islam, Setiap perbuatan seorang ibu yang hamil mempunyai pengaruh dan kesan terhadap perkembangan bayi yang dikandungnya, baik jismani dan rohani. Oleh karena itu selayaknya seorang ibu memperhatikan setiap perbuatannya ketika hamil terutama perkembangan rohani si buah hati. Rasulullah saw menganjurkan kepada setiap ibu hamil agar secara teratur mengamalkan beberapa amalan ini sehingga rohani janin berkembang dengan baik. adapun amalannya sebagai berikut:

1. Membaca dan mendengarkan al-Quran

Salah satu amalan yang dianjurkan bagi ibu hamil adalah sering membaca al-Quran. Jika tidak mampu membaca al-Quran dengan duduk maka boleh bagi seorang ibu hamil membaca surat-surat pendek al-Quran dengan keadaan terbaring atau mendengarkan al-Quran dari handphone, tv, radio dan lain-lain.

Perbuatan dan amalan ini tujuannya adalah untuk mencipta sebuah suasana yang sesuai antara ibu, jiwa janin dengan al-Quran sehingga cahaya al-Quran menyinari jiwanya dan menjauhkan syaitan darinya dan jiwa si janin selaras dengan al-Quran. Oleh kerana itu pengaruh dari ibu hamil yang membaca dan mendengarkan al-Quran dengan ibu hamil yang mendengarkan lagu non-islam sangat jauh berbeza.

Kata dan kalimah mempunyai kesan dan pengaruh tersendiri, seperti kata jenaka yang menyebabkan orang tertawa, kata cacian yang membuat orang bermusuhan, kata sopan yang menjadikan orang bersahabat, begitu juga bacaan al-Quran mempunyai pengaruh bagi pendengarnya. Kerana itu perkembangan rohani janin bergantung kepada usaha dan perhatian seorang ibu.

Banyak riwayat yang menganjurkan ibu hamil membaca al-Quran, seperti surah al-Haqqah, yasin dan lain-lain. Oleh kerana itu sebaiknya seorang ibu lebih sering membaca dan akrab dengan al-Quran dari sekarang dan jika membaca al-Quran diniatkan sebagai bacaan si janin dan dihadiahkan untuk para manusia suci Ahlul Bait as, maka pengaruhnya lebih besar kerana si janin dianggap membaca al-Quran meski itu diwakili oleh ibunya dan si janin akan mendapat balasan hadiah lebih besar dari Ahlul Bait as sesuai ayat tahiyyat (86) di surat an-Nisa; barangsiapa yang berbuat baik kepadamu maka balaslah dengan yang lebih baik.

Rasulullah saw bersabda: membaca al-Quran adalah sebuah perisai dari setan. Dalam hadis yang lain beliau bersabda: berpegang teguhlah kalian kepada al-Quran kerana ia adalah ubat yang penuh berkah.

2. Membaca Jausyan Kabir

Anjuran yang lain ialah sangat dianjurkan seorang ibu hamil membaca doa jausyan kabir, agar janin lahir dengan selamat dan terjaga dari syaitan kerana doa ini turun kepada Rasulullah sebagai perisai untuk Rasul saw dan umatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *