Pendidikan Anak (11)


Makanan yang dianjurkan bagi ibu yang sedang hamil

Di dalam Alqur’an makanan yang dianjurkan bagi kita adalah makanan yang “thayyib”(baik) maka tentu saja bagi ibu yang sedang hamil juga dianjurkan untuk makan makanan yang “thayyib”(baik).

Segala makanan yang dimakan oleh seorang ibu sewaktu mengandungkan anaknya sangat penting bagi pembentukan jismani , pembentukan rohani dan juga pembentukan watak dan sifat-sifat anak yang berada di dalam kandungan. Maka itu ditekankan bagi ibu yang hamil untuk makan makanan qur’ani atau makanan yang disebutkan di dalam al-qur’an seperti ‘adas, zaitun, buah tin, delima, kurma, anggur, taranjabin(alhagi), dan lain-lain. Di dalam alqur’an lebih dari 15 kali telah disebutkan tentang makanan “thayyib”.

Riwayat-riwayat tersebut sudah ada sekitar 1400 tahun yang lalu, dan sampai saat ini masih ada yang belum dapat ditemukan penyebabnya (bagaimana kurma dapat membuat anak menjadi penyabar, atau apa hubungannya kecerdasan anak dengan kundur (olibanum) yang dimakan ibu semenjak hamil? Dan lain- lain. Hal ini adalah salah satu tanda kebesaran mazhab ahlul bayt as.

Dalam riwayat juga telah disebutkan beberapa makanan yang dianjurkan seperti: Kurma, zaitun, delima, kundur(olibanum),

Contohnya:

Ibu hamil dianjurkan memakan kundur kerana menyebabkan kecerdasan anak bertambah dan juga meningkatkan akalnya.

Kurma sangat dianjurkan bagi ibu yang hamil dan juga ibu yang baru melahirkan anak kerana menyebabkan anak menjadi orang yang sabar. Tentang ibu yang baru melahirkan dianjurkan memakan kurma, kerana di dalam al qur’an surah Maryam telah disebutkan bahawa Siti Maryam setelah melahirkan Nabi Isa as maka Allah swt menyediakan kurma bagi Siti Maryam. Ada riwayat-riwayat yang menyatakan bagi ibu yang habis melahirkan , memakan kurma membuat anak menjadi penyabar. Atau riwayat yang menyatakan kurma bagi ibu hamil akan membuat anak menjadi “naqi”( orang yang suci). Tentu saja dalam hal memakan sebuah jenis makanan tidak boleh berlebih-lebihan, akan tetapi harus di makan secara seimbang (tidak ifrath dan tafrith).

Air kosni(nama latinnya cichorium intibus) juga ada di dalam riwayat dari imam Ridha as bahawa air kosni dapat menghilangkan seribu macam sakit(penyakit), dan juga disebutkan tidak ada penyakit yang tidak dapat dihilangkan dengan air kosni. Di dalam air kosni terdapat tetesan dari minuman syurgawi. Oleh kerana itu air kosni bagus diminum untuk ibu hamil dan juga selain ibu hamil (orang lelaki, anak-anak dan perempuan).

Buah safarjal juga merupakan salah satu buah yang disebutkan di dalam riwayat; bahawa buah safarjal dapat membersihkan hati dan menghilangkan kegelapan hati, membuka hati (melapangkan hati), menguatkan ingatan dan memberikan keberanian ;bagus diberikan untuk anak-anak yang mempunyai sifat takut. Memakan buah seperti beh(safarjal) bagi orang hamil akan dapat membuat rupa anak menjadi tampan dan cantik.

Dianjurkan juga di dalam riwayat untuk memakan buah delima dan Bergamot orange. Ada juga riwayat yang mengatakan barangsiapa dpada waktu pagi di hari jumaat memakan buah delima maka selama 40 hari hati dan jiwanya akan bercahaya dan juga terhindar dari syaitan. Tentu saja apabila dimakan oleh ibu hamil maka cahayanya juga akan bersama janin yang ada di dalam kandungan sang ibu. Di dalam riwayat yang lain juga menyebutkan bahawa makanlah delima dengan kulit putihnya, kerana akan membuat akal ibu dan anak bertambah, dan ketika telah lahir, berikan pada anak supaya anak dapat tumbuh dengan cepat dan menguatkan giginya. Buah delima di dalam riwayat juga dapat mengubati penyakit was-was (keraguan yang berlebihan).

Salah satu buah yang disebutkan di dalam al qur’an adalah Buah tin, di dalam riwayat disebutkan buah tin dapat menghilangkan bau mulut ,rasa sakit dan sembelit. Dan hal ini sangat membantu bagi ibu hamil yang memiliki masalah sembelit, kerana dapat memudahkan bab(buang air besar). Selain itu di dalam riwayat juga disebutkan bahawa buah tin juga dapat menguatkan tulang anak.

Salah satu buah yang dianjurkan adalah buah zaitun. Jika kita menggunakan minyaknya dan disapu pada badan maka akan jauh daripada syaitan selama 40 hari, menghilangkan 70 macam penyakit dari badan dan minyaknya telah diberkati.

Tentang sinjid(nama latinnya elaegnus angustifolia) di dalam riwayat disebutkan bahawa: apabila dimakan kulitnya akan menumbuhkan kulit , apabila dimakan isinya akan menumbuhkan daging dan biji sinjid apabila dimakan akan menumbuhkan tulang. Maka itu dianjurkan ibu hamil untuk menggunakan sinjid dalam makanannya kerana dapat menumbuhkan kulit, daging dan tulang janin yang dikandunginya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *