Pendidikan Anak (7)

AMALAN IBU HAMIL

Anjuran selanjutnya yang perlu diperhatikan oleh ibu yang hamil seperti berikut:

1. Makan Makanan Halal

Salah satu perkara yang sangat berpengaruh terhadap perkembangan jiwa janin adalah makanan halal. Oleh kerana itu seorang ibu harus selalu memperhatikan sesuatu yang dimakannya. Allah swt berfirman:

“Wahai para Rasul, makanlah dari makanan yang baik, dan kerjakanlah amal yang soleh.”
(surah Al Mukminun ayat 51)

Allah swt memerintahkan kepada para Nabi supaya makan makanan yang baik dan halal kerana makanan haram akan menyebabkan anak susah diurus dan tidak mendengar kata-kata orang tua. Makanan halal dan makanan haram sama-sama membuat badan janin tumbuh dan berkembang dengan baik namun makanan haram membuatkan cacat jiwa janin.
Dalam agama Islam beberapa makanan memiliki pengaruh yang baik seperti dalam surah Maryam, Allah memerintahkan kepada sayyidah Maryam setelah melahirkan Nabi Isa as untuk memakan buah kurma.
Imam Ali as berkenaan dengan manfaat buah kurma mengatakan: jika ingin mempunyai anak sabar maka setelah melahirkannya hendaklah seorang ibu memakan buah kurma.

Makanan lain yang dianjurkan bagi ibu dan manfaatnya:

a. susu untuk perkembangan tulang
b. buah quince dan Delima manis manfaatnya adalah membuat wajah bayi cantik
c. kundur. Diriwayat bahawa manfaatnya menguatkan hafalan dan akal dan menjadikannya seorang pemberani.
d. Memberikan susu ibu. Hendaknya seorang ibu memberikan susu dalam kedaan berwudhu kerana bayi masih suci dan ketika ibu ingin menyentuh dan menyusuinya maka hendaknya dalam keadaan suci.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *