Pendidikan Anak (6)

Kajian 6 Pendidikan anak

Masa Kehamilan

Dalam pertemuan kali ini kita akan menjelaskan tahapan-tahapan fasa kehamilan menurut ajaran Islam. Sebagai pendahuluan kami akan memaparkan tentang peranan yang mulia seorang ibu dalam ajaran Islam. Berbagai hadis dari para Imam Maksum as menjelaskan tentang kemuliaan seorang ibu. Apakah sebab kemuliaan seorang ibu kerana fasa kehamilannya, yakni ia merasakan susah payah mengandung selama sembilan bulan serta menjaga kandungannya, atau kemuliaannya dikeranakan perananya dalam mendidik anak?.

Islam memandang penting peranan seorang ibu dalam mendidik anak berbanding peranannya pada fasa kehamilan, kalau kita melihat peranan mulia seorang ibu disebabkan masa kehamilannya, hal itu juga dirasakan oleh makhluk lainnya kerana sebahagian binatang juga merasakan kesusahan pada fasa kehamilan, tapi makhluk hidup yang lain seperti binatang tidak mempunyai potensi untuk mendidik anak-anaknya. Oleh sebab itu kepentingan mendidik anak berada pada tanggungjawab ibu dan hal inilah yang meninggikan darjat seorang ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam Al Quran dan hadis para Imam as.

Ada pendapat lain mengatakan seorang ibu menjadi mulia kerana fasa kehamilannya
selama 9 bulan, oleh sebab itu ia patut dimuliakan. Tentunya hal tersebut patut dihargai
sebagaimana yang tertera pada ayat-ayat Al-Qur’an, tetapi fasa pendidikan anak adalah fasa yang sangat penting sebagai kewajiban seorang ibu, dan Islam sangat menitikberatkan pada fasa ini.

Pembahasan dalam fasa kehamilan, iaitu situasi dan keadaan tertentu sangat berpengaruh dalam pendidikan anak,contohnya seorang perempuan tidak diperbolehkan hamil pada waktu tertentu, dalam psikologi barat tidak dijelaskan masalah tersebut. Dalam ajaran Islam terdapat satu malam iaitu malam Lailatul qadar yang mana lebih baik daripda seribu bulan.

“Malam Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan”

Pada malam lailatul Qadr Ramadhan kita dapat bergerak selama 90 tahun kerana seribu bulan hampir sama dengan 90 tahun. Oleh sebab itu peranan waktu dan situasi dalam ajaran Islam sangat jelas khususnya dalam pemikiran Syiah. Kadang kala ada tempat tertentu ketika kita mahu melaksanakan solat dua rakaat kerana keadaan musafir tetapi solat harus dikerjakan dengan sempurna, kerana tempat khusus, seperti di Masjidil Haram di Mekah, di Masjid Kufah Najaf, di makam Imam Husein, tentunya boleh memilih antara empat rakaat atau dua rakaat. Hal tersebut menunjukkan bahawa waktu dan tempat turut mempengaruhi perilaku manusia.

Berdasarkan pendahuluan ini, kita akan memulakan perbahasan. Ajaran Islam mengajarkan kepada suami isteri untuk hati-hati ketika ingin melakukan hubungan suami isteri, kerana akan menimbulkan kesan negatif untuk si anak. Salah satu sebab negatif dijelaskan dalam hadis diantaranya : malam-malam tertentu dilarang untuk melakukan hubungan intim, contohnya malam Nisfu Sya’ban . Rasulullah Saw bersabda “Jika seseorang melakukan hubungan suami-isteri pada malam Nisfu Sya’ban dan daripada hubungan itu, maka akan melahirkan anak yang derhaka maka ibubapalah yang harus disalahkan”. Kemudian Malam Aidul Adha, malam pertama dan malam terakhir bulan Hijriyah, malam pertengahan bulan Hijriyah dan ketika tiba masa haid. Pada waktu tersebut kita diperintahkan untuk menghindari hubungan suami isteri yang boleh menyebabkan kehamilan. Oleh kerana itu, berdasarkan pendahuluan tadi byang mana waktu dan tempat juga memberi kesan dalam menentukan baik dan buruknya seseorang, dan hal ini perlu kepada perhatian yang serius.

Adapun anjuran Imam Ali as berkaitan dengan fasa kehamilan, beliau mengatakan “Jika kalian hendak melakukan hubungan intim maka hendaklah kalian berdoa, dan mengucapkan “ Ya Allah, atas perintah mu perempuan ini jadi halal bagiku dan aku menerimanya sebagai amanah dari-Mu”. Di sini menunjukkan bahawa perempuan dalam ajaran Syiah adalah amanah Tuhan. Kemudian Imam Ali as berkata “teruslah berdoa dan katakan Jika dari perempuan ini ditakdirkan melahirkan anak, jadikanlah anak lelaki yang sihat dan tidak ada pengaruh syaitan dalam pembentukannya”.

Ada sebuah analogi, jika di atas meja ada bunga yang wangi lalu kita mendekatinya dan mencium aroma bunga itu maka kita akan menikmati aroma wangi harum bunga itu. Dan ada seorang di samping kita yang tidak menciumnya maka dia tidak akan menikmati aromanya. Perumpamaan ini untuk menjelaskan bahawa berdoa seperti menikmati aroma wangi bunga, kita harus mendekatinya lalu menikmati aroma wanginya. Doa adalah vaksin anak kita. Nabi Yahya as dalam Al-Qur’an, ibu Sayidah Maryam berdoa sebelum lahir maryam. Dia berkata ”Ya Allah, semoga syaitan tidak mempunyai pengaruh pada pembentukannya”. Ini merupakan hal yang patut dicatat ketika ingin melakukan hubungan suami-Isteri Amirul Mukminin Ali as memerintahkan kepada kita untuk mengamalkan hal itu. Dalam perbahasan tema doa insyaallah akan dijelaskan secara rinci mengenai kesan-kesan doa dalam pendidikan anak berdasarkan hadis-hadis dari para Imam as.

Perkara selanjutnya yang menjadi perbahasan penting pada fasa kehamilan adalah sebagaimana Amirul mukminin Ali as dalam kitab ‘Ilal As-Syaraye yang ditulis oleh Syeikh Saduq ra bahawa dalam 40 hari pertama fasa kehamilan ada beberapa pertanyaan kepada Allah Swt mengenai takdir si janin. Malaikat bertanya kepada Allah: “Ya Allah, janin ini yang terbungkus dan bergantung sepenuhnya pada ibu ini, apakah janin ini akan Saqī (Celaka) ataukah Sa’īd (bahagia)?. Saqī (celaka) adalah manusia yang sangat rendah secara fitrah, hina dan pendosa.

Adapun Sa’īd (bahagia) adalah manusia yang taat beragama, sihat dan soleh. Malaikat bertanya :‘Ya Allah, apa yang Kau tetapkan bagi janin ini, Apakah dia celaka ataukah bahagia? Allah menjawab: “perhatikan bagaimana orang tuanya berdoa untuk anak ini”. Pertanyaan kedua, Ya Allah, apakah umur janin ini pendek ataukah panjang? Allah menjawab ”Dengarlah bagaimana doa orang tuanya”. Pertanyaan ketiga, Ya Allah, apakah anak ini nanti miskin ataukah kaya? begitu pula Allah Swt menjawab: “dengarlah bagaimana doa orang tuanya”.

Berdasarkan hadis tersebut pada masa 40 hari fasa kehamilan merupakan kebaikan bagi orang tua untuk mendoakan anaknya. Kemudian lanjutan hadis dari Imam Ali as adalah ketika orang tua tidak mendoakannya, maka malaikat menuliskan sesuatu dan diletakkan di dahinya bahawa inilah takdir anak ini. Oleh kerana itu kesempatan inilah bagi orang tua untuk berdoakan anaknya supaya bahagia dunia dan akhirat, mungkin sebahagian orang berkata, “Sekarang kami sudah mempunyai anak dan pada waktu itu kami tidak sempat mendoakannya”. Tidak apa-apa, sekarang dirikanlah solat 2 rakaat lalu berdo’alah.

Dalam Al Quran orang-orang Yahudi mengatakan “Tangan Tuhan terbelenggu” yakni Tuhan tidak mampu. Tapi dalam ajaran Islam berdasarkan Surah Al-Fath, Allah swt berfirman :“Tangan Allah diatas tangan kita” artinya tangan Allah swt tidak terbelenggu akan tetapi memiliki kekuatan. Oleh kerana itu bagi mereka yang baru mendengarkan hadis di atas, dan berkata kita sudah mempunyai anak dan tidak mengamalkan apa yang ditanyakan malaikat kepada Tuhan, maka belumlah terlambat dan dapat menggantinya dengan solat 2 rakaat dan mendoakan berkaitan 3 perkara penting tadi.

Salah satu amalan yang sangat penting lagi pada masa kehamilan adalah seorang ibu perlu sentiasa mendengar Al-Qur’an dan tidak mendengar musik, kerana untaian kata mempunyai pengaruh. Pada perbahasan selanjutnya tentang pengaruh Zikir dalam pendidikan anak, sesungguhnya zikir dan ucapan kata-kata juga memiliki pengaruh. Contohnya seseorang mencaci orang lain dan orang yang dicaci tadi akan memukul mulut yang mencaci, kalau ditanya kenapa kamu memukulnya, ia akan menjawab kerana ia mencaciku. Apa itu cacian, yakni ucapan kata-kata. Oleh sebab itu ketika membaca Al-Qur’an kata-kata yang keluar tersebut mempunyai pengaruh pada janin.

Ayatullah Bahjat salah seorang daripada ulama besar Syi’ah mengatakan ibunya sentiasa membaca Surah Yasin. Sebahagian ulama lain juga mengatakan hal yang sama, Syahid Murtadha Muthahhari Arkitek Revolusi Islam Iran, mengatakan ketika ibunya sedang mengandung dan Syahid Muthahhari masih di dalam kandungan ibunya, dia bermimpi bertemu Fatimah AzZahra sa dan menganjurkan untuk selalu berwudhu.

Kesimpulan pada masa ini, seorang ibu dengan mendengarkan lantunan Al-Qur’an baik dengan mendengarkan audio atau dia sendiri yang membaca, maka si anak terlindung dari gangguan virus iblis. Ibu jangan hanya menjaga anaknya dengan vaksin supaya tidak terkena polio atau penyakit lain. Ini adalah langkah penjagaan ibu dari segi jismani si anak tapi selain itu dari segi ruhani juga harus di vaksin. Para ulama dan pembesar Syi’ah serta hadis-hadis Ahlu Bait as menganjurkan kepada kaum ibu pada fasa kehamilan harus memperhatikan hal tersebut, usahakan sedikit berinteraksi dengan yang bukan mahram, mendengarkan lantunan Al-Qur’an atau dia sendiri yang membacanya.

Dan untuk pertemuan selanjutnya tentang apa saja yang perlu diperhatikan pada fasa kehamilan yang dapat membantu dalam pembentukan keperibadian anak. Ini merupakan catatan penting sebagai pendahuluan dalam mendidik anak, kalau kita tidak memperhatikan hal tersebut, maka kita tidak mempersiapkannya pada masa yang akan datang dalam proses mendidik anak. Ibu yang melakukan pendahuluan ini serta mengamalkannya, maka terbukalah jalan kebahagiaan dan keselamatan agama, rohani dan jismani anak. Ibu yang tidak memperhatikan masalah jismani anaknya, maka anaknya akan cacat secara jismani, sebahagian anak dari segi jismani tidak cacat tetapi cacat dari segi rohani dan spiritual, kerana tidak adanya usaha dan ketidaktahuan orang tua maka anak akan menjadi cacat secara rohani. Oleh kerana itu catatan ini untuk anak-anak kita supaya tidak menjadi cacat spiritual. Semoga Allah Swt memberkati kalian dan sentiasa menjaga kalian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *