Pendidikan Anak (5)

Kajian 5 Pendidikan anak

Dalam pertemuan yang lalu telah dibahaskan tentang masalah pernikahan dan yang berkaitan dengannya, contohmya tentang makanan haram, adapun syubhah dan kritikan yang ada berhubungan dengan tema ini. Jika datang seorang bapa atau ibu memakan makanan haram, apakah ada jalan keluar untuk menyelamatkan dia dari makanan haram ini? Dalam pandangan Fikih Syiah, orang yang menderita seperti ini mempunyai jalan keluar yang diambil dari hadis-hadis para Imam as. Pada zaman para Imam as pernah ada orang yang rezekinya atau hartanya didapatkan dari pekerjaan yang haram dan para Imam as memberikan anjuran-anjuran untuk menyelamatkan dia dari lingkaran hitam tersebut. oleh kerana itu jika seseorang memiliki harta yang haram, berdasarkan fatwa marja yang ditaklid olehnya maka dia harus mensucikan hartanya. Jika makanan haram yang pernah di makan maka mampu memberikan pengaruh dalam pendidikan si anak. Penjelasan ini ada dalam kitab-kitab risalah amaliyah marja’ taklid bahawa harta yang bercampur dengan barang haram bagaimana dapat suci kembali, contohnya jika seseorang membawa harta seseorang bagaimana caranya dia dapat mengembalikan barang tersebut, atau barang yang sudah dipakai dan sudah dimakan bagaimana caranya agar harta haram itu dapat dipisahkan.

Kalau ada seorang bapa dan ibu yang baik, tidak selaras antara keduanya dalam mendidik anak maka akan saling melemparkan tanggungjawab sesamanya, contohnya seorang bapa yang beragama mahu anaknya dididik dengan baik berdasarkan agama akan tetapi isterinya tidak menyokongnya. Jika suami dan isteri keduanya menganggap penting pendidikan agama maka ini adalah sesuatu yang baik, dan ini adalah nikmat Allah yang besar, jika ada seorang diantara kita menghadapi persoalan seperti ini, samada suami atau isteri, atau salah satu diantara keduanya tidak saling menyokong dalam hal pendidikan agama, bahkan mengambil alih tugas pihak yang lain dan permasalah pendidikan anak dikerjakan sendirian. Tidak menyokong salah satu dari pasangan samada ibu atau bapa dalam persoalan pendidikan maka unsur-unsur yang mendidik tidak akan terbentuk bahkan akan mengakibatkan unsur saling melemparkan tanggungjawab.

Ada satu perkara penting yang harus kita sama-sama perhatikan bahawa dalam rumah tangga yang sedemikian, yang ibu atau bapa ada yang tidak menyokong, atau bahkan menolak maka di sini akan menjadi sulit. Misalnya jika bapa bersikap berkeras dalam masalah pendidikan anak maka hal ini akan menjadi menyulitkan. Akan tetapi ketika sesuatu itu sulit maka pahalanya pula di sisi Allah Swt besar.

Salah satu tokoh di Iran yang bernama Prof. Dr Hesabi, dalam bukunya memaparkan bahawa bapa Prof. Hesabi tidak menyokong ibunya dalam permasalahan pendidikan malah menentang dan berkeras. Akan tetapi ibunya, yang menderita penyakit polio di akhir hidupnya dan hanya duduk saja dia atas kerusi roda. Ibu ini dijaga oleh Prof Dr Hesabi dan saudaranya. dan Prof Hesabi termasuk salah seorang tokoh ilmuwan terkenal dunia. dia adalah seorang Ahli fizik yang terkenal di dunia dan murid kepada Einstein. Ibunya kerana tidak disokong oleh bapanya telah mengambil tanggungjawab itu dan mendidik anaknya itu untuk sampai kepada apa yang dicita-citakan sehingga mampu menciptaan perubahan yang besar di bidang ilmu pengetahuan dan agama.

Prof. Dr. Hesabi adalah seorang yang beragama malah anaknya dalam kitab yang tadi telah disebutkan mengatakan bahawa bapak setiap hari kebiasaannya membaca satu juz dari Al-Qur’an dan kadang sampai tiga juz sehari disamping kegiatan ilmiahnya di makmal.

Adapun tema yang akan dibahaskan pada pertemuan ini pertama adalah tentang pernikahan. Pernikahan dalam Islam merupakan sesuatu yang sangat prinsip dan dianjurkan oleh Rasulullah. Dalam Al-Qur’an beberapa ayat berkenaan dengan pernikahan, yang sebahagian orang bimbang dengan keadaan harta benda disebabkan pernikahan. Berapa kali Allah Swt dalam Al-Qur’an memerintahkan untuk menikah dan Dia sendiri yang akan mencukupi keperluab kalian: یغنیکم الله من فضله

Ketakutan akan pernikahan disebabkan harta bend merupakan salah satu bisikan syaitan yang dihembuskan supaya orang-orang tidak melakukan pernikahan. Pernikahan adalah suatu lingkungan kehidupan masyarakat sosial yang sihat dari kerosakan. Menurut ajaran Islam banyak memberikan bimbingan dalam memilih pasangan suami isteri.

Adapun rukun atau fondasi yang dapat memberikan dimensi kehidupan dalam permasalahan pernikahan adalah keindahan akhlak.

Pernah seseorang menulis surat kepada Imam Ridha as: “Wahai putera Rasulullah, ada seorang lelaki datang melamar puteriku, dan saya tahu bahawa orang ini berperangai buruk, apakah saya harus menerima lamarannya atau tidak ?”. Imam Ridha as menjawab surat itu dan menuliskan: “Janganlah kamu menerima lamaran orang yang buruk akhlaknya”. Oleh kerana itu salah satu hal yang menjadi rukun atau fondasi dalam pernikahan adalah akhak.

Pernikahan ertinya seorang laki-laki atau perempuan menjalankan hidup bersama-sama contohnya 20, 30 atau 50 tahun. Jika 50 tahun dia berakhlak buruk, 50 tahun selalu bersangka buruk maka jadilah kehidupan ini suatu azab yang pedih. Hafiz dalam syairnya mengatakan: Ucapan yang buruk juga adalah azab yang pedih.

Tahap memilih dalam pernikahan adalah baik dengan teliti dalam memperhatikan masalah ini, banyak mencari tahu, tentang tempat pekerjaan calon isteri atau calon suami, bertanya mengenai tempat kerjanya atau pendidikannya dan akhlaknya yang benar-benar perlu diteliti.

Masalah kedua dalam masalah pernikahan adalah janganlah menikahi seseorang kerana ketampanan atau kecantikannya, harta atau kerana apa yang dimilikinya. Dengan tegas para Imam as menjelaskan bahawa baransiapa yang menikah dengan seseorang disebabkan kecantikan dan hartanya maka para Imam as tidak menjanjikan apa-apa padanya, dan dikatakan bahawa pasti engkau tidak mendapatkan apa yang kamu inginkan.

Kecantikan yang disertai akhlak yang baik lah yang menjadikannya penjaga kesucian. Akan tetapi jika dia cantik paras rupa tapi tidak baik agamanya, maka pasti perempuan itu akan terjerumus ke dalam kerosakan. Kebanggaan perempuan kepada kecantikannya, yang menarik lelaki kerana kecantikannya maka akan menjerumuskannya dalam kerosakan.

Faktor ketiga yang sangat dianjurkan para Imam as kepada kita mengenai pernikahan adalah kerana keimanannya. Jika seseorang tidak ada keterikatannya pada agama, bagaimana kamu mahu mencegahnya jika satu masa dia berbuat kesalahan supaya dia berhenti dari berbuat kesalahan. Oleh kerana itu orang yang tidak memiliki keyakinan pada agama bagaikan kereta yang tidak punya brek. Meskipun dia berjalan perlaha-lahan akan tetapi jika dia berada pada suatu belokan maka dia akan jatuh ke jurang.

Anjuran-anjuran mengenai pernikahan yang tertulis dalam hadis-hadis para Imam as sangatlah banyak. Dalam hadis dari Ali as mengatakan bahwa jika seorang lelaki mahu menikah maka hendaknya dia melakukan solat dua rakaat. Di setiap rakaat, setelah membaca surah al Fatihah membaca surah Yasin. Setelah selesai mengucapkan salam kemudian membaca doa ini:“Ya Allah, berikanlah padaku seorang pasangan yang soleh/ solehah, yang bertakwa, dan yang baik agamanya”. Maka Allah Swt akan mengabulkan doanya. Oleh itu Islam memberikan bimbingan yang sedemikian pada tahap pernikahan kerana kalian akan memilih pasangan yang menemani kalian selama puluhan tahun dan bertahun-tahun. Pada tahapan memilih ini jika salah dalam memilih maka selama bertahun-tahun akan hidup laksana di neraka kerana buruknya akhlak pasangan hidup tersebut. tidak ada bezanya samada lelaki atau perempuan.

Dan hal ini berhubungan dengan masalah pendidikan anak dan perkembangan psikologi anak tidak akan berjaya kerana ibubapa dapat membantu perkembangan spiritual dan membentuk psikologi jiwa si anak. Dan keduanya harus saling membantu dalam pendidikan anak. Dan pada tahap ini pasangan yang salah dalam memilih tadi tidak akan sukses, kerana seluruh tenaga dan fikiran baik bapa atau ibu dikerahkan untuk menggagalkan program ini. Perempuan yang mendapat lelaki yang berakhlak buruk maka seluruh tenaganya akan fokus mengurus lelaki ini, bagaimana caranya menghindari keburukan perangainya atau sebaliknya.

Orang-orang yang berpengaruh dalam sejarah dunia dapat dilihat bahawa mereka memiliki isteri yang menyokong mereka, yang penuh cinta daalam menyertai mereka. Mereka dengan bantuan isteri mereka sehingga mampu mendapatkan penghargaan dialam bidang ilmiah. Tahap pernikahan memiliki posisi kunci dalam berumah tangga, dan dianjurkan mencari serta membaca kitab-kitab yang membahas tentang ini sehingga dapat menyingkap dimensi-dimensi mengenai tahap ini kemudian diamalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *