Pendidikan Anak (4)

Kajian 4 Pendidikan anak

KELUARGA DAN MAKANAN HALAL

Titik awal memulakan pendidikan adalah dari sebuah keluarga, ayah dan ibu dalam mendidik anaknya harus melengkapi diri mereka dengan beberapa sifat dan menjadikan suasana rumah bersih dan baik hingga dengan mudah dapat mendidik dan membina keperibadian anak.

Ketika Islam menyebutkan tentang pernikahan, maka akan selalu bersama dengan galakan kepada ibubapa supaya sedia dan mempersiapkan diri mereka dalam mendidik anak-anaknya. Salah satunya ialah kedua orang tua hendaklah menyiapkan diri mereka dengan menjaga pemakanannya.

Ibubapa yang baik dalam mendidik anak-anaknya akan menyediakan makanan daripada cara yang halal kerana rezeki halal akan membuatkan anak dengan mudah melepasi masa pendidikannya dengan baik dan makanan halal memiliki pengaruh dalam membina keperibadian seorang anak.

Makanan ibubapa mempunyai pengaruh dalam mendidik anak-anaknya sehingga banyak ayat al-Quran yang memerintahkan kita untuk memakan makanan halal dan baik. memang makanan halal dan haram daripada segi zahirnya sama tapi keduanya memiliki kesan dan pengaruh yang berbeza. Makanan halal menjadikan seseorang lebih dekat kepada kebaikan dan makanan haram menyebabkan jiwa pemakanannyarkotor dan condong kepada keburukan bahkan jika makanan dari cara haram masuk dalam kehidupan keluarga kita maka dia akan menghancurkan keluarga kita.

Dalam sejarah karbala dari perkataan imam Husain as kita dapat menemukan akibat dari makanan haram, beliau berkata kepada musuh-musuhnya, kalian tidak mendengarkan ucapan cucu Rasulullah saw karena perut kalian sudah dipenuhi makanan haram. Daripada ucapan imam Husain as kita tahu, sebab mereka tidak mahu mendengarkan kebaikan dan kebenaran adalah berpunca daripada makanan yang haram. Jadi jika kita sebagai ibubapa tidak menjaga makanan kita dari makanan haram maka didikan dan nasihat kita tidak akan pernah didengari oleh anak kita malah akan melanggar perintah atau larangan kita.

Jadi makanan haram akan merosak jiwa anak kita walaupun pendidiknya adalah seorang Nabi dan al-Quran mengatakan banyak umat manusia dimasukkan ke dalam neraka jahannam kerana mereka tidak mendengar peringatan para Nabi Allah as.

Amirul mukminin Ali as berkata dalam suratnya kepada gabenor kota Basrah Utsman bin Hunaif: jika kamu memasukkan makanan haram ke dalam mulutmu maka keluarkanlah ia dari mulutmu. Akibat makanan haram dalam Kitab Nahjul balaghah imam Ali as mengatakan: janganlah memakan makanan haram kerana ia memiliki kesan yang merosak.

Banyaknya larangan ini menunjukkan akan besarnya kesan dan akibat makanan haram bagi keluarga kita terutama anak kita yang mana jika kita tidak menghiraukan larangan ini maka kita akan kesulitan dalam mendidik anak-anak kita.

Diceritakan pada masa sebelum terjadi revolusi Iran, hidup seorang ulama besar bernama Ayatullah Syeikh Fadhlullah Nuri, beliau dihukum Mati di kota Tehran oleh pemerintah waktu itu. Pada suatu hari isterinya syeikh ada urusan diluar rumah kemudian dia menitipkan anak kecilnya kepada tetangganya kepada seorang perempuan yahudi. pada saat dititipkan, perempuan yahudi itu memberikan susunya kepada anak itu. Ketika Syeikh pulang ke rumah, isterinya menceritakan kejadian hari itu. Kemudian syeikh berkata kepada isterinya bahawa anak ini tidak akan menjadi anak yang soleh. Dan apa yang di katakan Syeikh menjadi kenyataan walaupun hanya sekejep anak itu minum susu dari perempuan yahudi. Ketika anak ini sudah besar, dia menjadi pemimpin parti komunis Iran dan dia salah seorang yang tertawa dan senang melihat Syeikh (ayah kandungnya) digantung.

Dalam Islam makanan yang dihasilkan dari cara yang halal adalah awal permulaan dalam mendidik anak dan sebaiknya ibubapa selalu memperhatikan hal ini kerana memiliki pengaruh yang sangat baik pada jiwa anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *