Pendidikan Anak (2)

Kajian 2 Pendidikan anak

Pertemuan ke 2

Perbahasan kali ini masih meneruskan perbahasan tentang pernikahan, salah satu
perbahasan penting dalam pernikahan adalah perlu kepada pengetahuan. Dalam ajaran
Islam, perkara yang menjadi syarat pernikahan, dan dianggap sebagai rukun atau fondasi
pernikahan itu ada tiga perkara:

Pertama, pasangan suami isteri haruslah sekufu, kedua beragama, dan ketiga mereka
mempunyai akhlak yang baik. Pernah seseorang menulis surat kepada Imam Ridha as:

“Wahai putra Rasulullah, seorang lelaki datang melamar puteri saya, setelah saya teliti
ternyata dia adalah orang yang sangat buruk akhlaknya. Apakah saya harus memberikan
anak saya kepada orang yang seperti ini atau tidak ?Imam as menjawab: “Jangan kamu
menerima lamaran orang yang buruk akhlaknya”., akan tetapi permasalahan ini kadang kala
diremehkan dan hanya memperhatikan daripada sudut hata benda si lelaki saja.

Dalam pernikahan, perkara yang penting adalah satu unsur yang bernama ibu kerana
peranan seorang ibu hadir dalam seluruh dimensi pendidikan seorang anak, akan tetapi
peranan bapa tidak nampak pada sebahagian besar kehidupan si anak. kalau ada peranan
daripada bapa maka kesan pengaruh si bapa tidaklah sebesar si ibu. Perhatikanlah ketika
seorang perempuan sedang mengandung, maka selama 9 bulan bayi ini bersama ibunya,
sementara sang bapa tidak bersamanya. Setelah ibu tesebut melahirkannya, jika kalian
perhatikan selama masa penyusuan selama dua tahun maka peranan si ibu lebih banyak
daripada bapa. Kesan dan pengaruh si ibu pada masa ini lebih banyak daripada bapa.

Setelah masa penyusuan selama dua tahun, jika kalian perhatikan si anak selalu bersama
ibunya di rumah sedangkan bapanya tidak demikian kerana dia pergi ke tempat kerja. Oleh
kerana itu, peranan seorang ibu dan disebabkan kehadirannya yang sangat banyak maka
secara alami pengaruhnya juga sangat besar. Bahkan setelah anak-anaknya menikah pun
ibu banyak membantu anaknya berbanding bapa kerana bentuk kesibukan dan tanggung
jawab dari bapa maka secara automatik kehadiran bapa menjadi berkurang. Oleh karena itu
kalau kita mahu menggunakan hukum rasional maka ketika mahu memilih pasangan
haruslah benar-benar teliti kerana peranan ibu pada hal-hal yang telah disebutkan tadi
sangatlah berpengaruh. Seorang ibu yang tidak sihat daripada sudut jiwa dan akhlak maka
ketika dia bersama dengan anaknya secara langsung akan turut mempengaruhi jiwa
anaknya.

Oleh karena itu permasalahan memilih pasangan perlu perhatian yang serius dan teliti. Ada
seseorang yang mengatakan “Saya berpuasa selama dua bulan penuh supaya Allah Swt memberikan kepada saya pasangan yang baik, dan ini pun terjadi”. Pernikahan kalau mahu diterjemahkan dalam bahasa sekarang adalah hidup bersama selama 50 tahun, 40 tahun atau 30 tahun kurang lebih. Seseorang yang akan kita pilih untuk kita kalungkan di leher kita mungkin akan menjadi perhiasan keindahan bagi kita, mungkin akan menjadik ketenangan dan kebahagiaan bagi kita, dan mungin juga menjadi medan peperangan, kemarahan, kepahitan dan kesengsaraan kita. Oleh kerana itu harus teliti dalam memilih pasangan hidup.

Islam mengatakan: Lelaki dan perempuan harus terikat dengan agama, dan kalau memilih perempuan atau lelaki yang baik agamanya maka mereka tidak akan melampaui batas-batas yang dilarang oleh agama. Dia (lelaki) percaya pada Allah dan mengikuti para Imam as. Jika dia menginginkan sesuatu darimu (perempuan) atau dia melakukan kesalahan dan dia diingatkan maka dia akan sedar. Oleh kerana itu kalau kita meneliti kadar talak bahawa kebanyakan kes talak disebabkan oleh mereka yang tidak beragama dengan baik.

Dalam pernikahan yang harus diperhatikan adalah keperibadian perempuan. Dalam sejarah kehidupan Imam Ali as waktu beliau dalam perang memerintahkan puteranya Muhammad Hanafiyah untuk maju menyerang musuh maka puteranya sesaat pergi kemudian kembali. Imam Ali as berkata: “Kamu serupa dengan ibumu”, ibu sangat berperanan dalam menentukan kepribadian anak. Dalam hal ini Imam hendak menjelaskan tentang perpindahan sifat genetik. Yang serupa dengan kisah ini pun bahwa Imam Jawad as memiliki putera bernama Imam Hadi as dan yang seorang lagi Musa Mubarqah. Pernah Imam Jawad as mendudukkan keduanya di pangkuannya, dan bertanya kepada Imam Hadi as: “Puteraku apa yang kamu minta dariku yang akan aku berikan ?”,Imam Hadi as berkata kepada ayahnya: “Ayahku, aku ingin memiliki pedang yang serupa api”.Waktu pertanyaan ini pula ditanyakan kepada puteranya Musa Mubarqah, dia menjawab: “Ayahku, aku lebih senang dengan karpet”. Imam Jawad as berkata: “Kamu serupa dengan ibumu”.Yang senang dengan karpet.

Oleh kerana itu hal terpenting dalam pernikahan adalah memilih isteri atau pasangan hidup, kerana peranan ibu sangat berpengaruh dalam menurunkan sifat-sifat genetik dan spritual si anak. Perkara yang harus diperhatikan pula bahawa ibu bagaikan tanah untuk menabur benih. kalau tanah itu tidak baik maka sebaik manapun benih yang akan kalian tanam maka tanah itu pun tidak akan mampu menumbuhkan benih tersebut. Oleh kerana itu mengenai masalah pernikahan, Amirul Mukminin Ali as memerintahkan kepada kita bahawa para lelaki yang ingin mencari pasangan hidup supaya Allah Swt memberikan kepadanya isteri yang baik maka dia harus mendirikan solat dua rakaat. Pada rakaat pertama setelah membaca surah Al-Fatihah kemudian membaca surah Yasin dan pada rakaat kedua pun demikian, setelah membaca surah Al-fatihah kemudian membaca surah Yasin. Dan setelah selesai mengerjakan solat, doa ini yang dibaca, saya terjemahkan saja:

“Ya Allah, aku berikanlah aku isteri yang solehah, yang taat, yang bertakwa dan baik agamanya, yang jika aku bersalah dia akan memaafkan aku, yang pandangannya jauh ke depan, yang mampu memberikan aku keturunan yang baik, yang mampu mendidik anak-anakku.. ”

Salah satu amalan yang sering dilakukan oleh Rasulullah Saw, dalam sirah beliau dikatakan waktu Amirul Mukminin Ali as melamar Sayidah Fatimah Zahra sa, setelah membaca akad Rasulullah Saw membaca doa, dan pada umumnya dalam pembacaan akad kita sangat jarang membacanya. Doa tersebut dalam keadaan seperti ini sangatlah berpengaruh.
Rasulullah Saw berdoa:

“ Ya Allah, lindungilah kedua pengantin ini, lelaki dan perempuan ini dari godaan syaitan, lindungilah anak-anak keturunan mereka dari gangguan dan tipu daya syaitan dan berikanlah mereka keturunan yang baik dan suci”.
Di sini Rasulullah Saw menggunakan potensi doa mencuba memberikan imunisasi berbentuk doa sehingga aman daripada kehidupan yang tidak baik. Oleh kerana itu ketika kita mengamalkan perintah Imam as maka akan dijauhkan dari segala kesulitan. Sebahagian orang menyangka bahawa berdoa hanyalah perbuatan nenek-nenek yang sudah tua, padahal kenyataannya tidaklah sedemikian. doa merupakan salah satu alat yang sayang sekali pada tahap pendidikan sangat jarang digunakan. Dalam kitab Sahifah Sajjadiyah Imam Sajjad as ada sebuah doa buat pendidikan anak. Yakni inilah sirah para Imam as. Bahawa dengan perantaraan doa mereka membentuk kualiti dalam pendidikan anak. Doa yakni kita menggunakan kekuatan Tuhan untuk memperbaiki jalur kehidupan kita. Oleh kerana itu peranan doa pada tahap perkahwinan, pada tahap yang sudah disebutkan bahawa Rasulullah Saw berdoa, maka secara alamiah dalam penyempurnaan kehidupan sepasang pengantin tertentu akan memberikan pengaruh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *