WUDUK (1)   Noktah-noktah Perbahasan: Makna Wuduk Tatacara Wuduk   Penjelasan: Makna Wuduk Yang dimaksud dengan wuduk adalah membasuh wajah dan kedua tangan, menyapu bahagian depan kepala dan permukaan kedua kaki dengan syarat dan tatacara yang telah ditentukan. Amalan ini adalah sebuah perantara untuk mendapatkan kesucian rohani dalam agama Islam, ia juga merupakan pendahuluan untuk sebahagian amalan-amalan wajib dan mustahab, di antaranya solat, tawaf, membaca Al-Quran, memasuki masjid dan sebagainya. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43). Tatacara Wuduk Terdiri daripada dua tahap: Membasuh:      a) Membasuh wajah dari atas dahi hingga hujung dagu.      b) Membasuh kedua tangan dari siku hingga ke hujung jari.  Menyapu:      a) Menyapu bahagian depan kepala.      b) Menyapu permukaan kedua kaki dari hujung jari kaki hingga pergelangan kaki.   Perhatian: Urutan yang harus dilakukan dalam wuduk adalah seperti berikut: pertama, membasuh wajah dari atas dahi, iaitu dari tempat tumbuhnya rambut hingga hujung dagu. Kemudian membasuh tangan kanan yang dimulai dari siku hingga hujung jari, dilanjutkan dengan membasuh tangan kiri yang dimulai dari siku hingga hujung jari. Setelah itu menyapu tangan yang masih basah (bekas air basuhan wajah dan kedua tangan) ke atas permukaan bahagian depan kepala. Dan terakhir menyapukan tangan yang masih basah di atas permukaan kaki dari hujung jari hingga pergelangan kaki. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43).             Membasuh wajah dan kedua tangan      a) Dalam membasuh wajah, wajib membasuhnya seukuran dengan jari tengah dan ibu jari ketika                               dibentangkan. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 44).      b) Berkenaan dengan membasuh wajah yang ditutupi oleh rambut (janggut), membasuh permukaan                        rambut saja sudah mencukupi dan tidak wajib untuk menyampaikan air wuduk hingga ke kulit wajah,                  kecuali pada tempat di mana rambut (janggut) hanya tumbuh sedikit dan kulit wajah kelihatan dari luar.            (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 45).       c) Kesahihan membasuh bergantung kepada sampainya air ke seluruh anggota wuduk, meskipun dengan                 cara mengusap tangan pada bahagian tersebut. Dan menyapu anggota wuduk (tempat-tempat yang                     wajib  dibasuh) dengan tangan yang basah, tidaklah mencukupi. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 124).       d) Ketika melakukan wuduk, wajah dan kedua tangan wajib dibasuh dari atas ke bawah. Dengan demikian,             bila dibasuh dari bawah ke atas, wuduk akan menjadi batal. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah,             masalah 45).       e) Hukum membasuh wajah dan kedua tangan:                         1) Basuhan pertama, wajib.                         2) Basuhan kedua, mustahab.                         3) Basuhan ketiga, ghairi masyru’ (tidak dibenarkan).                     (Ajwibah al-Istifta'at, No. 102 dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 49). Menyapu kepala dan kedua kaki      a) Ketika melakukan wuduk, tidak

WUDUK (2)

WUDUK (2)

(Syarat-syarat Wuduk 1)

  •  Syarat-syarat Wuduk

      1. Yang berhubungan dengan orang yang berwuduk:

a) Melakukan wuduk dengan niat qurbatan (kerana Allah).
b) Tidak ada larangan baginya untuk menggunakan air (seperti sakit dan sebagainya).

  2. Yang berhubungan dengan air wuduk:

a) Air wuduk harus mutlak.
b) Air wuduk harus suci.
c) Air wuduk harus mubah halal (bukan ghashb, atau penggunaan tanpa izin pemilik)
   3. Yang berhubungan dengan bekas untuk berwuduk:

a) Bekas makanan yang digunakan untuk berwuduk harus mubah (halal).

 4. Yang berhubungan dengan anggota wuduk:

a) Anggota wuduk harus suci.
b) Tidak ada halangan untuk air sampai.

5. Yang berhubungan dengan tatacara berwuduk:

a) Memperhatikan ketertiban dalam membasuh dan menyapu (tertib).
b) Melakukan amalan-amalan berwuduk dengan berturut-turut (berkesinambungan).
c) Mengambil wuduk secara sendiri dan dalam keadaan tanpa ada paksaan (mubashirat).

6. Yang berhubungan dengan waktu wuduk:

a) Terdapat waktu yang cukup untuk berwuduk dan solat.

 

Penjelasan:

  1. Niat

Wuduk harus dilakukan dengan niat qurbatan iaitu dengan niat bahawa amalan ini dilakukan hanya kerana melaksanakan perintah Allah swt. Oleh kerana itu, jika seluruh amalan wuduk dilakukan secara menunjuk-nunjuk atau dilakukan untuk menikmati kesejukan, maka wuduk menjadi batal. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 61).

 

  1. Tidak ada larangan baginya untuk menggunakan air

Seseorang yang takut akan menjadi sakit ketika berwuduk, atau bila menggunakan air untuk berwuduk dia akan menjadi kehausan, maka dia tidak boleh berwuduk. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 66).

 

  1. Air wuduk harus mutlak

Air wuduk harus mutlak. Oleh kerana itu melakukan wuduk dengan air mudhaf adalah batal. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 56).

 

  1. Air wuduk harus suci

Air Wuduk juga harus suci. Oleh kerana itu, berwuduk dengan air najis dihukumi batal. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 56).

 

Perhatian:

Seseorang yang telah pergi mencari air dan hanya berjaya menemukan air yang kotor dan tercemar sahaja, jika air tersebut suci dan mutlak, dan tidak berbahaya apabila dia menggunakannya dan juga tidak ada kebimbangan akan menimbulkan bahaya (untuk dirinya), maka dia wajib berwuduk, dan dengan keberadaan air tersebut dia tidak ada kebenaran untuk beralih kepada tayammum. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 141).

 

 

  1. Air wuduk harus mubah

Air yang digunakan untuk berwuduk harus air mubah. Oleh kerana itu, tidak boleh berwuduk dengan menggunakan air ghashb. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 57).

 

Perhatian:

  1. Menggunakan air di tempat yang secara umumnya digunakan oleh para jemaah solat untuk berwuduk adalah tidak bermasalah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 117).
  2. Berwuduk di masjid-masjid, markaz-markaz dan pejabat-pejabat kerajaan yang dibangunkan oleh Negara-negara Islam adalah dibolehkan dan tidak ada halangan syar’i. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 107).
  3. Jika Lembaga Air melarang pemasangan dan penggunaan pam air, maka pemasangan dan penggunaannya adalah tidak dibolehkan, dan melakukan wuduk dengan menggunakan air yang diperolehi daripada pam tersebut adalah dilarang (mahallul isykal), sekalipun untuk para penghuni di tingkat atas bangunan yang terpaksa menggunakan pam air kerana tekanan air yang rendah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 109).
  4. Setiap penghuni yang tinggal bersama di kawasan-kawasan perumahan ataupun yang bukan perumahan, di sisi pandangan syar’i mereka berhutang mengikut kadar khidmat servis yang dimanfaatkan (termasuk biaya air sejuk, air panas, penghawa dingin, pengawalan dan seumpamanya), dan jika mereka menghindari daripada pembayaran belanja-belanja tersebut, maka wuduknya dipermasalahkan[1], dan bahkan batal. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 129)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *