WUDUK (1)   Noktah-noktah Perbahasan: Makna Wuduk Tatacara Wuduk   Penjelasan: Makna Wuduk Yang dimaksud dengan wuduk adalah membasuh wajah dan kedua tangan, menyapu bahagian depan kepala dan permukaan kedua kaki dengan syarat dan tatacara yang telah ditentukan. Amalan ini adalah sebuah perantara untuk mendapatkan kesucian rohani dalam agama Islam, ia juga merupakan pendahuluan untuk sebahagian amalan-amalan wajib dan mustahab, di antaranya solat, tawaf, membaca Al-Quran, memasuki masjid dan sebagainya. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43). Tatacara Wuduk Terdiri daripada dua tahap: Membasuh:      a) Membasuh wajah dari atas dahi hingga hujung dagu.      b) Membasuh kedua tangan dari siku hingga ke hujung jari.  Menyapu:      a) Menyapu bahagian depan kepala.      b) Menyapu permukaan kedua kaki dari hujung jari kaki hingga pergelangan kaki.   Perhatian: Urutan yang harus dilakukan dalam wuduk adalah seperti berikut: pertama, membasuh wajah dari atas dahi, iaitu dari tempat tumbuhnya rambut hingga hujung dagu. Kemudian membasuh tangan kanan yang dimulai dari siku hingga hujung jari, dilanjutkan dengan membasuh tangan kiri yang dimulai dari siku hingga hujung jari. Setelah itu menyapu tangan yang masih basah (bekas air basuhan wajah dan kedua tangan) ke atas permukaan bahagian depan kepala. Dan terakhir menyapukan tangan yang masih basah di atas permukaan kaki dari hujung jari hingga pergelangan kaki. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43).             Membasuh wajah dan kedua tangan      a) Dalam membasuh wajah, wajib membasuhnya seukuran dengan jari tengah dan ibu jari ketika                               dibentangkan. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 44).      b) Berkenaan dengan membasuh wajah yang ditutupi oleh rambut (janggut), membasuh permukaan                        rambut saja sudah mencukupi dan tidak wajib untuk menyampaikan air wuduk hingga ke kulit wajah,                  kecuali pada tempat di mana rambut (janggut) hanya tumbuh sedikit dan kulit wajah kelihatan dari luar.            (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 45).       c) Kesahihan membasuh bergantung kepada sampainya air ke seluruh anggota wuduk, meskipun dengan                 cara mengusap tangan pada bahagian tersebut. Dan menyapu anggota wuduk (tempat-tempat yang                     wajib  dibasuh) dengan tangan yang basah, tidaklah mencukupi. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 124).       d) Ketika melakukan wuduk, wajah dan kedua tangan wajib dibasuh dari atas ke bawah. Dengan demikian,             bila dibasuh dari bawah ke atas, wuduk akan menjadi batal. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah,             masalah 45).       e) Hukum membasuh wajah dan kedua tangan:                         1) Basuhan pertama, wajib.                         2) Basuhan kedua, mustahab.                         3) Basuhan ketiga, ghairi masyru’ (tidak dibenarkan).                     (Ajwibah al-Istifta'at, No. 102 dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 49). Menyapu kepala dan kedua kaki      a) Ketika melakukan wuduk, tidak

WUDUK (1)

WUDUK (1)

 

Noktah-noktah Perbahasan:

  • Makna Wuduk
  • Tatacara Wuduk

 

Penjelasan:

  • Makna Wuduk

Yang dimaksud dengan wuduk adalah membasuh wajah dan kedua tangan, menyapu bahagian depan kepala dan permukaan kedua kaki dengan syarat dan tatacara yang telah ditentukan. Amalan ini adalah sebuah perantara untuk mendapatkan kesucian rohani dalam agama Islam, ia juga merupakan pendahuluan untuk sebahagian amalan-amalan wajib dan mustahab, di antaranya solat, tawaf, membaca Al-Quran, memasuki masjid dan sebagainya. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43).

 

  • Tatacara Wuduk

Terdiri daripada dua tahap:

  1. Membasuh:
    a) Membasuh wajah dari atas dahi hingga hujung dagu.
    b) Membasuh kedua tangan dari siku hingga ke hujung jari.
  2. Menyapu:
    a) Menyapu bahagian depan kepala.
    b) Menyapu permukaan kedua kaki dari hujung jari kaki hingga pergelangan kaki.

 

Perhatian:

Urutan yang harus dilakukan dalam wuduk adalah seperti berikut: pertama, membasuh wajah dari atas dahi, iaitu dari tempat tumbuhnya rambut hingga hujung dagu. Kemudian membasuh tangan kanan yang dimulai dari siku hingga hujung jari, dilanjutkan dengan membasuh tangan kiri yang dimulai dari siku hingga hujung jari. Setelah itu menyapu tangan yang masih basah (bekas air basuhan wajah dan kedua tangan) ke atas permukaan bahagian depan kepala. Dan terakhir menyapukan tangan yang masih basah di atas permukaan kaki dari hujung jari hingga pergelangan kaki. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 43).

 

Membasuh wajah dan kedua tangan
    a) Dalam membasuh wajah, wajib membasuhnya seukuran dengan jari tengah dan ibu jari ketika                               dibentangkan. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 44).
b) Berkenaan dengan membasuh wajah yang ditutupi oleh rambut (janggut), membasuh permukaan                        rambut saja sudah mencukupi dan tidak wajib untuk menyampaikan air wuduk hingga ke kulit wajah,                  kecuali pada tempat di mana rambut (janggut) hanya tumbuh sedikit dan kulit wajah kelihatan dari luar.            (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 45).
c) Kesahihan membasuh bergantung kepada sampainya air ke seluruh anggota wuduk, meskipun dengan                 cara mengusap tangan pada bahagian tersebut. Dan menyapu anggota wuduk (tempat-tempat yang                     wajib  dibasuh) dengan tangan yang basah, tidaklah mencukupi. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 124).
d) Ketika melakukan wuduk, wajah dan kedua tangan wajib dibasuh dari atas ke bawah. Dengan demikian,             bila dibasuh dari bawah ke atas, wuduk akan menjadi batal. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah,             masalah 45).
e) Hukum membasuh wajah dan kedua tangan:

1) Basuhan pertama, wajib.

2) Basuhan kedua, mustahab.

3) Basuhan ketiga, ghairi masyru’ (tidak dibenarkan).

(Ajwibah al-Istifta’at, No. 102 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 49).

 

Menyapu kepala dan kedua kaki
     a) Ketika melakukan wuduk, tidak wajib untuk menyapu kepala hingga ke kulit kepala. Maksudnya, hanya                   dengan menyapu pada permukaan bahagian depan kepala sudah mencukupi. Akan tetapi jika rambut dari                   bahagian lain berkumpul di bahagian depan kepala atau rambut bahagian depan begitu panjang hingga terurai           ke wajah atau di kedua bahu, maka menyapu pada bahagian ini tidaklah mencukupi, bahkan diwajibkan untuk           membuka belahan rambut dan disapu di bahagian kulit kepala atau akar   rambut. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 125         dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 49).

 

Perhatian:

Seseorang yang memakai rambut palsu pada bahagian depan kepalanya, jika rambut palsu tersebut dipasang seperti topi, maka wajib baginya untuk membukanya lalu menyapu kepalanya. Akan tetapi, jika rambut palsu tersebut ditanam atas kulit kepala dan tidak mungkin untuk mencabutnya, atau jika dibuka akan menimbulkan bahaya atau kesulitan, dan dengan adanya rambut ini tidak mungkin dapat menyampaikan basahan air ke kulit kepala, maka menyapu rambut ini sudah mencukupi. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 101 dan 126).

b) Bahagian kaki yang disapu dalam wuduk adalah dari hujung salah satu jari kaki hingga pergelangan kaki.                      Adapun kemustahaban(sunnat) menyapu dari bahagian bawah jari kaki (iaitu bahagian yang menyentuh                      tanah ketika berjalan) belum dapat dibuktikan secara syar’i. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 111).

 

Perhatian:

Jika menyapu di atas permukaan kaki tidak sampai ke hujung jari kaki, bahkan yang disapu hanyalah atas permukaan kaki dan sedikit (sebahagian dan tidak sampai hujung jari) dari jari kaki, maka wuduk dianggap batal. Akan tetapi jika ragu samaada dia telah menyapu hujung jari kaki atau belum, maka wuduknya dihukumi sah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 111).

c) Wajib menyapu kepala dan kedua kaki dengan menggunakan basahan telapak tangan dari sisa-sisa air                           wuduk. Jika tidak ada basahan yang tersisa, maka tidak dibenarkan untuk membasahi telapak tangan                             dengan air baru, bahkan diwajibkan untuk mengambil basahan yang ada di jambang atau kening, kemudian                 menyapunya di atas permukaan kaki. Dan secara ihtiyath  wajib, kepala harus disapu dengan menggunakan                 tangan kanan, akan tetapi tidak wajib menyapunya dari atas ke bawah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 113 dan                       Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 48 dan 52).

Perhatian:

Dibolehkan seseorang yang sedang berwuduk menutup dan membuka paip air pada ketika membasuh wajah dan kedua tangannya. Dan perkara ini tidak akan mempengaruhi kesahihan wuduknya. Akan tetapi, jika dia melakukannya setelah selesai membasuh tangan kiri dan sebelum menyapu kepala, dia meletakkan tangannya pada paip yang basah sehingga air wuduk yang ada di tangannya tadi bercampur dengan air di luar wuduk, maka kesahihan penyapuan dengan basahan yang merupakan campuran dari air wuduk dan air di luar wuduk, menjadi bermasalah (tidak sah). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 112).

Oleh kerana penyapuan kedua kaki harus dilakukan dengan sisa basahan air wuduk yang tinggal di tapak tangan, maka ketika menyapu kepala, tangan tidak boleh tersentuh bahagian atas dahi dan juga tidak menyentuh basahan yang ada di wajah, supaya basahan tangan yang diperlukan untuk menyapu kaki tidak bercampur dengan basahan wajah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 142).

   d) Pada saat melakukan penyapuan, tangan yang harus ditarik digerakkan untuk menyapu atas kepala atau                        atas permukaan kedua kaki. Dengan itu, apabila tangan tidak bergerak, sementara kepala atau kedua kaki                   yang bergerak ketika menyapu, maka penyapuan tersebut adalah batal. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab                       Thaharah, masalah 50).

   e) Bahagian yang hendak disapu mestilah kering atau tidak terlalu basah supaya basahan dari tapak tangan                      boleh memberikan kesan kepadanya. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 51).

 

Perhatian:

Jika terdapat beberapa titisan air di permukaan kaki, maka tempat yang hendak disapu wajib dikeringkan daripada titisan air tersebut supaya ketika menyapu, basahan yang ada di tangan dapat memberikan kesan pada kaki, bukan sebaliknya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 133).

f) Jika permukaan kaki seseorang berada dalam keadaan najis dan dia tidak mampu membasuhnya dengan                     air sebelum melakukan penyapuan, maka dia harus bertayammum. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab                             Thaharah, masalah 53).
g) Seseorang yang lumpuh sehingga kedua kakinya dibantu dengan kasut perubatan dan tongkat ketika                             berjalan, dan adalah susah untuk membukanya untuk menyapu kaki dalam wuduk, menyapu permukaan                     kasut sudah mencukupi. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 120).

 

Dua Noktah Berkenaan Tatacara Berwuduk:

  1. Seseorang yang keluar angin (kentut) secara terus menerus, jika dia tidak mampu mempertahankan wuduknya hingga akhir solat, sementara memperbaharui wuduk pada pertengahan solat adalah sangat sulit untuknya, maka dia dapat melakukan satu solat dengan satu wuduk yang dimilikinya, iaitu mencukupkan diri dengan satu wuduk untuk setiap solat, meskipun wuduknya batal pada pertengahan solat. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 124).
  2. Tidak ada perbezaan antara lelaki dan wanita dalam tatacara berwuduk, kecuali berkaitan dengan masalah membasuh tangan, di mana untuk lelaki adalah mustahab (sunnat) memulakannya dari bahagian luar siku, sedangkan untuk wanita dari bahagian dalam siku. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 146).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *