HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (Muthahhirat 1)    Muthahhirat            Terdiri daripada:             1. Air.            2. Tanah.            3. Pancaran Matahari.            4. Istihalah (perubahan)            5. Intiqal (perpindahan)            6. Islam.            7. Taba'iyyat (mengikut)            8. Hilangnya zat najis.            9. Istibra'nya haiwan haiwan pemakan najis.          10. Hilangnya muslim.      Perhatian: Segala sesuatu yang mensucikan najis disebut juga dengan muthahhirat.

Hal Hal Yang Mensucikan Bahagian 3 (Mutahhirat 3)

HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (3)

 

Noktah-noktah Perbahasan:

  • Cara-cara membuktikan kesucian sesuatu
  • Asal sesuatu Itu adalah suci
  • Hukum-hukum bekas makanan

 

Penjelasan:

Cara-cara membuktikan kesucian sesuatu

Kesucian sesuatu dapat dibuktikan dengan tiga cara:
1) Orang itu sendiri yakin bahawa sesuatu yang tadinya najis telah menjadi suci.

 2) Zulyad iaitu seseorang yang mempunyai kekuasaan terhadap sesuatu benda (seperti tuan rumah,                                    penjual dan pembantu) mengatakan: telah suci.

3) Dua orang adil mengkhabarkan tentang kesucian sesuatu. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 277 dan 76).

 

Perhatian:

Apabila seseorang anak yang menjelang usia baligh mengkhabarkan tentang kesucian sesuatu yang berada dalam kekuasaannya, maka kata-katanya itu perlu diterima. Dengan kata lain bahawa apa yang dikatakannya di dalam masalah ini adalah muktabar. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 76).

 

  1. Asal Sesuatu Itu Suci
  • Maksud asal sesuatu itu suci

Secara keseluruhannya dalam masalah Thaharah dan najasah bahawa asal segala sesuatu itu dihukumi suci, ertinya segala sesuatu yang tidak diyakini kenajisannya dalam pandangan syar’i dihukumi suci dan tidak wajib untuk meneliti atau bertanya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 296, 309, dan 312).

 

  • Contoh-contoh keadaan asal sesuatu itu suci:
  1. Seorang anak yang selalu menajisi dirinya, maka tangannya yang basah, air liur dan sisa makanannya, selama tidak diyakini kenajisannya tetap dihukumi suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 285).
  2. Debu-debu yang tidak diketahui sama ada telah terpisah dari pakaian yang najis atau suci, dihukumi suci. Begitu juga, jika kita mengetahui bahawa debu-debu tersebut berasal dari pakaian yang najis, akan tetapi kita tidak mengetahui samada ia dari bahagian yang suci atau dari bahagian yang basah kerana najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 289).
  3. Pakaian-pakaian yang diserahkan ke dobi, jika sebelumnya tidak najis, maka dihukumi suci, walaupun kita mengetahui bahawa pemilik dobi ini menggunakan bahan-bahan kimia untuk menyuci pakaian. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 291).
  4. Titisan air yang menitik di suatu tempat yang kita tidak tahu sama ada tempat itu suci atau najis, dihukumi suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 293)
  5. Air-air yang menitik di atas jalanan dari lori-lori pengangkut sampah dan kita tidak tahu samada air itu suci atau najis, dihukumi suci. Begitu juga dengan air yang berada di dalam lubang-lubang jalanan dan tidak diketahui samada suci atau najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 294 dan 295).
  6. Kelengkapan kecantikan, seperti lipstik yang tidak diketahui sama ada dibuat dari bangkai atau bukan, selama mana kenajisan benda-benda tersebut tidak diketahui melalui jalan syar’i, maka ia tetap dihukumi suci dan tidak ada masalah untuk menggunakannya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 288).
  7. Ketika kita yakin bahawa kasut yang kita pakai itu diperbuat daripada kulit haiwan yang tidak disembelih secara syar’i dan juga kita yakin bahawa pada saat memakainya kaki kita berpeluh, maka kaki kita dihukumi najis dan perlu dibasuh ketika hendak menunaikan solat. Akan tetapi jika kita syak adakah kaki kita berpeluh atau tidak, atau kita syak mengenai kesucian kulit haiwan yang digunakan untuk membuat kasut tersebut, maka kaki kita dihukumi suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 284).
  8. Berus yang digunakan untuk melukis, membuat peta dan selainnya, yang tidak diketahui samada ianya diperbuat daripada bulu babi atau bukan, dihukumi suci dan tidak ada masalah untuk menggunakannya, bahkan pada perkara-perkara yang di syaratkan thaharah didalamnya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 274).
  9. Seseorang yang tidak diketahui sama ada dia seorang Muslim atau kafir, dihukumi suci dan tidak wajib untuk bertanya tentang agama yang dianutinya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 299).
  10. Dinding-dinding, pintu-pintu dan hotel-hotel milik orang-orang kafir yang bukan ahli kitab (seperti Buddha) dan segala sesuatu yang berada di dalamnya, jika kita tidak tahu samada suci atau najis, maka dihukumi suci (sudah tentu walaupun kita yakin akan kenajisannya, tidak wajib bagi kita untuk menyiram semuanya. Kewajipan kita hanyalah mensucikan benda-benda najis yang akan kita gunakan untuk makan, minum dan solat sahaja). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 321).
  11. Benda-benda yang digunakan secara bersama oleh orang-orang kafir dan Muslim seperti kerusi-kerusi yang ada di dalam teksi, kereta api dan lain-lainnya, jika kita tidak tahu sama ada suci atau najis, maka dihukumi suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 332).
  12. Alkohol-alkohol yang tidak diketahui berasal dari jenis cairan yang memabukkan atau bukan, dihukumi suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 304).

 

  1. Hukum-hukum Bekas Makanan

Memakan dan meminum sesuatu daripada bekas makanan yang diperbuat daripada emas dan perak, hukumnya haram. Akan tetapi menyimpan atau menggunakannya untuk selain makan dan minum, adalah tidak haram. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 40).

 

Perhatian:

Bekas-bekas makanan yang disadur dengan emas atau perak, atau diperbuat daripada logam yang bercampur sedikit dengan emas dan perak dan tidak dianggap sebagai bekas makanan emas atau perak, tidak memiliki hukum bekas-bekas makanan emas dan perak. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 41).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *