Kepentingan Mengenal Tuntutan Zaman

Mengenal Zaman العالم بزمانه لا تهجم عليه اللوابس Orang yang mengenal zamannya, pasti tidak akan ditimpa kesalahan (Imam As Sodiq, Al Kafi, J 1, ms 27)   Apa yang dimaksudkan dengan zaman?  Secara mudahnya kita dapat memahami bahawa yang dimaksudkan dengan zaman adalah sesuatu yang melibatkan waktu.  Ia termasuk waktu yang lepas, sekarang dan masa akan datang.  Dengan izin Allah kita akan mula membahas hadis di atas yang telah diriwayatkan daripada Imam Jaafar As Sodiq As. Sebagaimana dengan perbahasan-perbahasan sebelum ini, hal yang pertama yang akan dilakukan adalah menganalisis hadis tersebut.  Sudah tentu analisis ini akan lebih tertumpu kepada matan hadis dan bukan sanad.  Setelah itu kita akan mula menilai hadis tersebut dengan ayat-ayat Al Quran dan riwayat-riwayat yang lain yang membahaskan tentang hal yang sama.  Sudah tentu tujuan utama daripada perbahasan ini adalah untuk mengetahui taklif yang perlu kita laksanakan pada hari ini.  Dan lebih penting dari itu adalah bagaimana untuk menerapkan perbahasan dalam bentuk amali. Daripada apa yang disampaikan oleh beliau menunjukkan bahawa kefahaman kepada zaman adalah satu daripada jalan untuk menyelamatkan diri daripada melakukan kesalahan.  Dan dapat difahami bahawa mengenal zaman adalah sesuatu yang amat penting.  Dengan ini kita fahami bahawa makna zaman bukan hanya sekadar konteks waktu sahaja.  Sebahagian ulamak ketika membahaskan tentang zaman, mereka membahagikan zaman kepada dua perbahasan.  Pertama, zaman berbentuk tabie (alami). Zaman ini adalah bentuk alami peredaran waktu dari semasa ke semasa.  Termasuk di dalamnya setiap peristiwa alam yang telah berlaku atau yang akan berlaku.  Seperti gempa bumi, taufan, letusan gunung berapi, gerhana, perubahan cuaca dan sebagainya.  Terdapat banyak riwayat yang mengisyaratkan agar orang-orang mukmin sentiasa mengambil tahu tentang peristiwa alam yang berlaku.  Sudah tentu maksud mengambil tahu di sini bukan hanya sekadar tahu bila akan berlaku.  Seorang mukmin perlu memahami Sunnah Allah SWT yang berjalan di alam ini dan memahami hukum sebab dan akibat yang menyebabkan sesuatu peristiwa alam berlaku. عن ابى عبدالله (عليه السلام) قال ثلثه اشياء لا ينبغى للعاقل ان ينساهن على كل حال فناء الدنيا و تصرف الاحوال و الافات التى لا امان لها Imam Jaafar As Sodiq As mengatakan : Dalam apa juga keadaan, seorang yang berakal tidak akan melupakan tiga perkara : Dunia itu fana, berlaku perubahan keadaan dan bala yang tidak ada keamanan padanya. Yang kedua, zaman yang berbentuk ikhtiari. Hal ini merujuk kembali kepada kehidupan manusia dan sejarah kemanusiaan.  Imam Ali As dalam salah satu nasihatnya kepada puteranya Imam Hassan As

Mengenal tuntutan zaman Apa yang dimaksudkan dengan mengenal tuntutan zaman.   Terdapat definisi yang pelbagai untuk dijelaskan .  Antara definisi yang boleh diterima pakai adalah ‘mengenal keperluan yang hakiki pada setiap zaman’.  Ada antara keperluan hakiki yang berubah dari satu zaman ke  zaman yang lain.  Dengan ini, keperluan manusia terhadap tuntutan ini akan sentiasa berubah- ubah. […]

Continue reading


Hal Hal Yang Mensucikan Bahagian 3 (Mutahhirat 3)

HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (Muthahhirat 1)    Muthahhirat            Terdiri daripada:             1. Air.            2. Tanah.            3. Pancaran Matahari.            4. Istihalah (perubahan)            5. Intiqal (perpindahan)            6. Islam.            7. Taba'iyyat (mengikut)            8. Hilangnya zat najis.            9. Istibra'nya haiwan haiwan pemakan najis.          10. Hilangnya muslim.      Perhatian: Segala sesuatu yang mensucikan najis disebut juga dengan muthahhirat.

HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (3)   Noktah-noktah Perbahasan: Cara-cara membuktikan kesucian sesuatu Asal sesuatu Itu adalah suci Hukum-hukum bekas makanan   Penjelasan: Cara-cara membuktikan kesucian sesuatu Kesucian sesuatu dapat dibuktikan dengan tiga cara: 1) Orang itu sendiri yakin bahawa sesuatu yang tadinya najis telah menjadi suci.  2) Zulyad iaitu seseorang yang mempunyai kekuasaan terhadap sesuatu benda […]

Continue reading