HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (Muthahhirat 1)    Muthahhirat            Terdiri daripada:             1. Air.            2. Tanah.            3. Pancaran Matahari.            4. Istihalah (perubahan)            5. Intiqal (perpindahan)            6. Islam.            7. Taba'iyyat (mengikut)            8. Hilangnya zat najis.            9. Istibra'nya haiwan haiwan pemakan najis.          10. Hilangnya muslim.      Perhatian: Segala sesuatu yang mensucikan najis disebut juga dengan muthahhirat.

Hal Hal Yang Mensucikan bahagian 2 (Mutahhirat 2)

HAL-HAL YANG MENSUCIKAN (2)
(MUTAHHIRAT 2)

2) Tanah
Seseorang yang tapak kaki atau kasutnya terkena najis kerana berjalan di permukaan tanah yang najis, akan menjadi suci dengan berjalan di atas tanah yang kering dan suci kira-kira sebanyak 10 langkah, dengan syarat sebelum itu najisnya telah hilang. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 80 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 26).

Perhatian:
Permukaan tar atau tanah yang dilapisi tar, tidak boleh menyucikan bahagian tapak kaki atau tapak kasut (Ajwibah al-Istifta’at, No. 81).

3) Pancaran Matahari

  1. Pancaran matahari akan menyucikan bumi dan segala sesuatu yang tidak boleh dipindahkan, seperti bangunan          dan segala sesuatu yang berhubungan dengan bangunan, seperti pintu, jendela, dinding, tiang dan sebagainya.            Demikian juga pancaran matahari akan menyucikan pohon dan tumbuh-tumbuhan. (Ajwibah al-Istifta’at, No.            80 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 26).

      a) Pancaran matahari boleh menyucikan sesuatu yang najis dengan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Sesuatu yang najis berada dalam keadaan basah.
  2. Benda najisnya (‘ainun najis) tidak terdapat pada sesuatu yang najis (jika ada, ianya hendaklah dihilangkan sebelum didedahkan kepada sinaran matahari).
  3. Sinar matahari memancar kepadanya secara langsung (tidak ada sesuatu yang menghalangi pancaran sinarnya, seperti tirai atau awan).
  4. Kering dengan sebab pancaran sinaran matahari[1] (jika masih lembab, bererti ia belum suci). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 82 dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 28).

 

4) Istihalah (perubahan)
Sesuatu yang najis, apabila berubah menjadi jenis yang lainnya, seperti kayu yang berubah menjadi abu kerana proses pembakaran, atau minuman keras yang berubah menjadi cuka, atau anjing yang mati di tempat yang bergaram dan berubah menjadi garam, akan menjadi suci. Akan tetapi apabila jenisnya tidak berubah, bahkan hanya bentuknya sahaja yang berubah, seperti gandum yang berubah menjadi tepung, atau gula yang larut di dalam air, maka hal ini tidak dapat menjadikannya suci. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 29).

Perhatian:

  1. Untuk menyucikan bahan yang najis, seperti minyak yang najis, dengan hanya melakukan proses-proses kimia sehingga menghasilkan khasiat baru untuk bahan itu, adalah tidak mencukupi. (Kerana dengan perbuatan ini, istihalah tidak akan terjadi). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 86).
  2. Hanya dengan memisahkan bahan-bahan mineral yang tercemar, bakteria-bakteria dan sebagainya dari loji kumbahan air, tidak akan terjadinya proses istihalah, kecuali pada proses penyaringan yang dilakukan dengan cara penguapan yang dilanjutkan dengan proses pengubahan wap menjadi air kembali. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 88)

5) Intiqal (perpindahan)
Darah yang dihisap oleh nyamuk dan serangga lainnya dari tubuh manusia, selama masih dianggap sebagai darah manusia, hukumnya tetap najis (seperti darah yang dihisap oleh lintah dari tubuh manusia). Akan tetapi setelah berlalunya waktu dan darah tersebut telah dianggap sebagai darah serangga, maka hukumnya suci. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 30).

6) Hilangnya Benda (‘ainun) Najis.
Apab-ila tubuh haiwan terkena sesuatu yang najis, setelah sesuatu yang najis itu hilang, maka tubuh haiwan tersebut akan menjadi suci dan tidak memerlukan kepada basuhan air. Demikian juga, bahagian dalaman tubuh manusia, seperti dalam mulut atau hidung, dengan syarat, najis dari luar tidak mengenainya. Oleh itu, darah yang keluar dari gigi, jika ia larut dalam air liur, maka mulut dianggap tetap suci. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 31).

7) Hilangnya Muslim.
Apabila seseorang yakin bahawa tubuh, atau pakaian atau salah satu daripada benda-benda yang dimiliki oleh seorang Muslim telah menjadi najis, kemudian dia tidak melihat si Muslim tersebut untuk beberapa lama. Dan kemudian dia melihatnya kembali di mana si Muslim itu memperlakukan benda yang tadinya najis seolah benda suci[2], maka benda tersebut dihukumi suci, dengan syarat, si pemilik benda-benda tersebut mengetahui kenajisan benda itu dan juga mengetahui hukum-hukum yang berkenaan dengan thaharah dan najasah. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 32).

 

[1] Bukan dengan sebab-sebab yang lain

[2] Seperti dia solat dengan pakaian yang sebelum ini telah terkena najis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *