Safiyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa'ya bin Tha'laba bin 'Ubaid (Bahasa Arab: صَفیَّه دختر حُيَيّ بن اخطب بن سعیة بن ثعلبة بن عبید) adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad Saww. Sebelum masa Islam, dia pernah bernikah dua kali. Pada perang Khaibar suaminya terbunuh. Setelah itu dia masuk Islam, yang kemudiannya dinikahi oleh Rasulullah Saww. Catatan sejarah menyebutkan bahawa dia adalah seorang wanita yang mengagumkan dan berbudi pekerti luhur. Kecantikannya membuatkan sebahagian daripada isteri Nabi cemburu padanya.

Safiyah binti Huyay

 

Safiyah binti Huyay bin Akhtab bin Sa’ya bin Tha’laba bin ‘Ubaid (Bahasa Arab: صَفیَّه دختر حُيَيّ بن اخطب بن سعیة بن ثعلبة بن عبید) adalah salah seorang isteri Nabi Muhammad Saww. Sebelum masa Islam, dia pernah bernikah dua kali. Pada perang Khaibar suaminya terbunuh. Setelah itu dia masuk Islam, yang kemudiannya dinikahi oleh Rasulullah Saww. Catatan sejarah menyebutkan bahawa dia adalah seorang wanita yang mengagumkan dan berbudi pekerti luhur. Kecantikannya membuatkan sebahagian daripada isteri Nabi cemburu padanya.

Pada masa kekhalifahan ketiga, dia memberikan pembelaan dan membantu khalifah Utsman ketika mendapatkan penyerangan dari kelompok demonstran. Dia adalah isteri terakhir Nabi Saww yang meninggal di Madinah dan dimakamkan di Pemakaman Baqi.

Shafiyah telah meriwayatkan sejumlah hadis daripada Nabi Muhammad Saww, dan Imam Sajjad as meriwayatkan pula sejumlah hadis daripadanya.

 

Nasab

Safiyah adalah satu-satunya isteri Nabi Muhammad Saww yang berasal daripada garis keturunan Yahudi dari Bani Nadhir. Salasilahnya bersambung kepada Lawi bin Ya’qub dan Nadhir bin Naham bin Yanhum daripada keturunan Nabi Harun as, saudara Nabi Musa as. [1]

Ketika masih kecil, dia mendapatkan perawatan dan pengasuhan yang penuh perhatian daripada ayahnya dan pak ciknya Abu Yasir bin Akhtab yang merupakan pemimpin kabilah Bani Nadhir dan terhitung sebagai pembesar Madinah. [2] Ketika Nabi Muhammad Saww berhijrah ke Madinah, ayah dan pak ciknya termasuk kelompok yang memusuhi Islam dan Nabi Muhammad Saww. Ibunya bernama Barra, adalah puteri Samu’il [3]dan adik Rifa’a bin Samu’il seorang pembesar Bani Quraidza Yahudi. [4]

 

Sebelum Islam

Shafiyah lahir di kota Madinah. Diaa pertama kali bernikah dengan Sallam bin Mishkam al-Quraidzi, tetapi pernikahan tersebut tidak lama dan berakhir dengan perceraian. Untuk kedua kalinya,dia bernikah dengan Kinana bin al-Rabi bin Abi al-Huqayq. [5]

 

Menjadi Tawanan

Setelah perjanjian damai Hudaibiyah tahun ke 7 H, Nabi Muhammad Saww memimpin perang di Khaibar menghadapi kelompok Yahudi yang melanggar perjanjian. Dalam peperangan tersebut, kaum Muslimin meraih kemenangan dan berhasil merebut tanah Khaibar. Suami Safiyah, Kinana bin al-Rabi tewas dalam pertempuran tersebut. [6] Dengan kemenangan yang diraihnya di Khaibar, kaum Muslimin banyak mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang), termasuk menaklukkan benteng Qumus, yang merupakan salah satu daripada tujuh benteng Khaibar. Dari perang tersebut, anak keturunan Abu al-Huyay termasuk Shafiyah menjadi tawanan perang. [7]

 

Pernikahan dengan Rasulullah Saww

Nabi Muhammad Saww mengajak dan mendakwahkan Islam kepada para tawanan, Safiyah di antara yang menerimanya. Dengan masuknya Safiyah ke dalam Islam, diapun dibebaskan dan dinikahi oleh Rasulullah Saww. [8]

Ibnu Hajar (w. 852 H) menyebutkan berdasarkan riwayat Safiyah berusia 17 tahun ketika bernikah dengan Nabi Muhammad Saww. [9] Pernikahan tersebut terjadi dalam perjalanan dari Khaibar ke Madinah. [10] Setibanya di Madinah, Nabi Saww menempatkan Safiyah di rumah Haritsa bin Nu’man. Wanita-wanita Ansar mendatangi rumah Haritsa untuk melihat Safiyah, begitupun Aisyah mendatangi Safiyah untuk menyambutnya. [11]

Menurut beberapa sumber sejarah menyebutkan, ketika Safiyah tidak lagi menjadi tawanan, Nabi Muhammad Saww melihat luka di wajahnya. Dia bertanya,”Apa ini?”. Safiyah menjawab, “Ya Rasulullah, aku melihat dalam mimpi bulan dari langit Yastrib mendatangiku dan jatuh ke pangkuanku. Mimpi ini aku ceritakan kepada suamiku Kinanah. Diapun berkata kepadaku, “Sukakah engkau menjadi isteri seorang raja yang datang dari Yastrib?” Setelah itu dia kemudian menampar keras di wajahku.” [12]

 

Keperibadian

Disebutkan dalam riwayat, Safiyah adalah wanita cantik, berbudi luhur, cerdas, bijaksana dan sabar. [13] Riwayat menyebutkan sewaktu hendak meninggalkan Khaibar, Nabi Saww membantu Safiyah untuk naik ke atas unta dengan menjadikan pahanya sebagai pijakan kaki untuk Safiyah, namun sebagai bentuk kesopanan dan pemuliaan kepada Nabi Saww, Safiyah menggunakan lututnya di atas paha Nabi untuk naik menunggangi unta. [14]

Ketika sakit Nabi Muhammad Saww semakin parah, Safiyah mengatakan kepadanya, “Wahai Rasulullah, aku bersumpah demi Allah, aku lebih menyukai sakitmu dipindahkan kepada aku agar engkau tetap sihat.” [15]

 

Hubungannya dengan Isteri-isteri Nabi Saww yang lain

Ada riwayat yang menyebutkan adanya gangguan yang diterima Safiyah daripada isteri-isteri Nabi Saww yang lain. [16] Di antaranya disebutkan suatu hari Nabi Muhammad Saww mendapati Safiyah sedang menangis. Nabi Saww kemudian bertanya alasan disebalik tangisannya. Safiyah berkata, “Dua isteri anda membuatku tersinggung dengan perbicaraan mereka. Mereka mengatakan, “Kita lebih unggul daripada Safiyah kerana kita adalah puteri dari pak cik-pak cik Nabi dan kita adalah isteri-isteri Nabi.”

Nabi Muhammad Saww berkata kepada Shafiyah, “Mengapa engkau tidak berkata, ayahmu adalah Harun, pak cikmu adalah Musa dan suamimu adalah Muhammad?”.[17]

 

Pasca Wafatnya Nabi Saww

Pasca wafatnya Nabi Muhammad Saww, Umar bin Khattab memberikan untuknya 6.000 dirham setiap tahunnya. [18] [19]Pada tahun 35 H, ketika Khalifah Utsman bin Affan mendapatkan pemboikotan oleh para pemprotes, Safiyahlah yang mengirimkan makanan dan air ke rumah Khalifah Utsman. [20]

 

Wafat

Menurut riwayat yang masyhur, Safiyah wafat di Madinah [21]pada tahun 50 H [22]. Riwayat lain menyebutkan dia wafat pada tahun 36 H [23] dan 52 H. [24] Diriwayatkan, solat jenazahnya diimami oleh Sa’id bin ‘Ash [25] dan dimakamkan di Pemakaman Baqi. [26] Sebahagian menyebutkan bahawa dia adalah isteri Nabi Saww yang terakhir wafat. [27]

 

Periwayatan

Dalam kitab-kitab hadis, ada 10 hadis yang diriwayatkan Safiyah daripada Rasulullah. [28] [29] Berikut ini di antara nama-nama yang meriwayatkan hadis darinya:

 

Imam Sajjad As [30]

Pelayan Kinanah[31]

Pelayannya, Yazid bin Mu’tab

Ishaq bin Abdullah bin al-Harits[32]

 

Catatan Kaki

1.Al-Isti’āb, jld. 4, hlm. 1871; Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 169; al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 8, hlm. 64.

2.Al-Sirah al-Nabawiyah, jld. 1, hlm. 518-519.

3.Istiy’ab, jld. 4, hlm. 1871; Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 169.

4.Usud al-Ghabah, jld. 2, hlm. 76.

5.Istiy’ab, jld. 4, hlm. 1871; Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 169.

5.Al-Isti’āb, jld. 4, hlm. 1871.

6.Tarikh Islam, jld. 2, hlm. 421.

7.Al-Isti’āb, jld. 4, hlm. 1872.

8.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212.

9.Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 444; al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 4, hlm. 196; al-Sirah al-Nabawiyah, jld. 2, hlm. 464; al-Thabaqat al-Kubra, jld. 8, hlm. 99.

10.Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 444; al-Thabaqat al-Kubra, jld. 8, hlm. 100.

11.Al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 8, hlm. 46, jld. 4, hlm. 196; lih. juga: Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 170, riwayat versi ini menyebut ayah Shafiyah bukan suaminya.

12.Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 169; Al-Isti’āb, jld. 4, hlm. 1872; al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 8, hlm. 64.

13.Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 443.

14.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212; Thabaqat al-Kubra, jld. 2, hlm. 239, jld. 8, hlm. 101.

15.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212; Thabaqat al-Kubra, jld. 2, hlm. 239, jld. 8, hlm. 101; Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 171.

16.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 211; Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 170.

17.Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 444.

18.Dalail al-Nubuwah, jld. 7, hlm. 286.

19.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212.

20.A’lam, jld. 3, hlm. 206.

21.Istiy’ab, jld. 4, hlm. 1872; Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 444; Ya’qubi, jld. 2, hlm. 238.

22.Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 171; al-Kamil, jld. 2, hlm. 309.

23.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212.

24.Ansab al-Asyraf, jld. 1, hlm. 444.

25.Ya’qubi, jld. 2, hlm. 238.

26.Al-Anba, hlm. 46.

27.Al-A’lam, jld. 3, hlm. 206.

28.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212.

29.Usud al-Ghabah, jld. 6, hlm. 171.

30.Ansab al-Asyraf, jld. 5.

31.Al-Ashabah, jld. 8, hlm. 212.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *