Ziarah Aminullah (Bahasa Arab: زيارة أمين الله) adalah bacaan ziarah yang dibaca oleh Imam Sajjad as disaat menziarahi makam datuknya Imam Ali bin Abi Thalib as. Ziarah Aminullah dari segi sanad, teks dan maknanya diakui oleh para ulama kerana memiliki darjat yang sah dan valid dan juga diriwayatkan dalam kitab-kitab masyhur Syiah. Ziarah Aminullah adalah bacaan ziarah khusus untuk Imam Ali as yang dibaca pada hari Eidul Ghadir, namun juga boleh berlaku secara umum yang dibaca ketika menziarahi makam salah seorang Aimmah as.

Ziarah Aminullah

 

Ziarah Aminullah (Bahasa Arab: زيارة أمين الله) adalah bacaan ziarah yang dibaca oleh Imam Sajjad as disaat menziarahi makam datuknya Imam Ali bin Abi Thalib as. Ziarah Aminullah dari segi sanad, teks dan maknanya diakui oleh para ulama kerana memiliki darjat yang sah dan valid dan juga diriwayatkan dalam kitab-kitab masyhur Syiah. Ziarah Aminullah adalah bacaan ziarah khusus untuk Imam Ali as yang dibaca pada hari Eidul Ghadir, namun juga boleh berlaku secara umum yang dibaca ketika menziarahi makam salah seorang Aimmah as.

 

Sanad dan Kesahihan

Menurut riwayat yang dinukilkan daripada Ibnu Masyhadi dalam kitab al-Mazarul Kabir [1], Ibnu Qulawaih dalam kitab Kamiluz Ziyarah [2] disebutkan sanad bacaan ziarah ini daripada Ahmad bin Ali daripada ayahnya yang menukilkan daripada Imam Ridha as dan beliau daripada para ayahnya dan mereka menukilkannya daripada Imam Sajjad as. Allamah Majlisi dalam kitab Biharul Anwar juga meriwayatkan bacaan ziarah ini dengan sanad yang sama.

Syaikh Thusi [3], Sayid Ibnu Thawus [4], Syahid Awal [5] dan Kaf’ami [6] meriwayatkan bacaan ziarah ini dari Jabir bin Yazid al-Ju’fi yang menukilkannya daripada Imam Baqir as. Sayid Abdul Karim bin Thawus dalam kitab Farhatul Gharra menukil teks ziarah ini dengan dua sanad. Sanad yang pertama daripada ‘Umairah bin Saif daripada ayahnya dan ia menukilkannya daripada Jabir yang menukil daripada Imam Baqir as [7] dan sanad yang kedua sebagaimana sanad yang terdapat dalam kitab Kamiluz Ziyarah. [8]

 

Kesahihan Ziarah Aminullah

Syaikh Abbas al-Qumi dalam kitab Mafatih al-Jinan menyebutkan ziarah Aminullah sebagai ziarah kedua untuk Imam Ali as. Dia menulis:

“Ziarah kedua adalah ziarah yang dikenali dengan nama Aminullah yang memiliki sanad yang terpercaya dan diriwayatkan dalam semua kitab-kitab ziarah dan Mashabih [9]. Diriwayatkan Allamah Majlisi berkata, “Ini adalah sebaik-baik bacaan ziarah. Daripada sisi teks dan sanad muktabar dan harus ikut terjaga dalam kumpulan Raudah Muqaddash.”[10]

Allamah Majlisi juga menulis dalam Biharul Anwar:, “Kami menukilkan ziarah ini daripada beberapa jalur dan kami ulang-ulang: 1. Daripada sisi perbezaan bacaan. 2. Daripada sisi sanad, bacaan ziarah ini adalah bacaan ziarah yang paling sahih darjatnya. 3. Daripada sisi waktu dan tempat membaca, bacaan ziarah ini berlaku umum dan boleh dibaca bila-bila sahaja. [11]

 

Fadhilat Ziarah Aminullah

Imam Baqir as mengenai keutamaan atau fadilah membaca ziarah ini berkata, “Setiap muslim Syiah yang membaca doa ziarah ini di sisi makam Amirul Mukminin as atau makam salah seorang dari aimmah as maka Allah swt bacaan ziarah dan doanya akan dicatat dalam catatan amalnya dan akan dicop oleh Nabi Muhammad saww dan akan terjaga dalam keadaan tersebut sampai diserahkan kepada al-Qaim (Imam Mahdi afs) yang menyerahkan kepada pemiliknya dengan penghormatan, pemuliaan dan bermartabat.” [12]

Bacaan ziarah ini juga khusus dibacakan untuk Imam Ali as pada hari Eidul Ghadir. Juga boleh dibaca di sisi makam salah satu Imam Maksum as. [13]

 

Tatacara Membaca Ziarah Aminullah

Ziarah Aminullah diriwayatkan dengan pelbagai jalur yang berbeza, yang hampir kesemuanya memiliki lafaz ziarah yang sama, meski ada sedikit perbezaan pada sebahagian kecil lafaznya. Riwayat yang paling masyhur adalah yang terdapat dalam kitab Mafatihul Jinan yang diriwayatkan daripada Jabir, daripada Imam Muhammad Baqir as yang berkata: “Imam Zainal Abidin as menziarahi makam Imam Ali as, dia berdiri dan menangis di sisi makam sambil membaca ziarah ini.”[14]

Berdasarkan riwayat tersebut, Imam as menyebutkan bahagian awal daripada ziarah tersebut dibaca sambil berdiri dan dalam keadaan menangis. Bahagian kedua iaitu yang dimulai dari اللهم اِنَّقلوبَ المخبتین الیك و الهِةٌ… dibaca sambil meletakkan wajah di atas tanah kuburan Imam Ali as dan melanjutkan sisa bacaan ziarah sampai habis. [15]

 

Kandungan Bacaan Ziarah

Pada permulaan bacaan ziarah, terdapat beberapa kalimat singkat yang berisi salam kepada Imam Maksum as yang dilanjutkan dengan penyaksian mengenai keutamaan dan kekhususan Imam. Bahagian terpenting daripada bacaan ziarah adalah doa yang berisi permintaan atau keinginan untuk mendapatkan kebahagiaan, kesempurnaan dan keagungan insani. Setelah itu juga bacaan sejumlah permintaan lainnya kepada Allah swt. Bacaan ziarah ini juga mengandungi pengajaran dan pendidikan. [16]

 

Matan Ziarah Aminullah

اَلسَّلامُ عَلَیكَ یا امینَ اللهِ فی اَرْضِهِ وَحُجَّتَهُ عَلی عِبادِهِ اَلسَّلامُ عَلَیكَ یا اَمیرَالْمُؤْمِنینَ اَشْهَدُ اَنَّكَ جاهَدْتَ فِی اللهِ حَقَّ جِهادِهِ وَعَمِلْتَ بِكِتابِهِ وَاتَّبَعْتَ سُنَنَ نَبِیهِ صَلَّی اللهُ عَلَیهِ وَآلِهِ حَتّی دَعاكَ الله اِلی جِوارِهِ فَقَبَضَكَ اِلَیهِ بِاخْتِیارِهِ وَاَلْزَمَ اَعْدائَكَ الْحُجَّةَ مَعَ مالَكَ مِنَ الْحُجَجِ الْبالِغَةِ عَلی جَمیعِ خَلْقِهِ اَللّهُمَّ فَاجْعَلْ نَفْسی مُطْمَئِنَّةً بِقَدَرِكَ راضِیةً بِقَضاَئِكَ مُولَعَةً بِذِكْرِكَ وَدُعاَئِكَ مُحِبَّةً لِصَفْوَةِ اَوْلِیاَئِكَ مَحْبُوبَةً فی اَرْضِكَ وَسَماَئِكَ صابِرَةً عَلی نُزُولِ بَلاَّئِكَ شاكِرَةً لِفَواضِلِ نَعْماَئِكَ ذاكِرَةً لِسَوابِغِ آلا ئِكَ مُشْتاقَةً اِلی فَرْحَةِ لِقاَئِكَ مُتَزَوِّدَةً التَّقْوی لِیوْمِ جَزاَئِكَ مُسْتَنَّةً بِسُنَنِ اَوْلِیاَئِكَ مُفارِقَةً لِاَخْلاقِ اَعْدائِكَ مَشْغُولَةً عَنِ الدُّنْیا بِحَمْدِكَ وَثَناَئِكَ سپس امام سجاد گونه خود را بر قبر گذاشت و گفت: اللّهُمَّ اِنَّ قُلُوبَ الْمُخْبِتینَ اِلَیكَ والِهَةٌ وَسُبُلَ الرّاغِبینَ اِلَیكَ شارِعَةٌوَاَعْلامَ الْقاصِدینَ اِلَیكَ واضِحَةٌ وَاَفْئِدَةَ الْعارِفینَ مِنْكَ فازِعَةٌ وَاَصْواتَ الدّاعینَ اِلَیكَ صاعِدَةٌ وَاَبْوابَ الاِجابَةِ لَهُمْ مُفَتَّحَةٌ وَدَعْوَةَ مَنْ ناجاكَ مُسْتَجابَةٌ وَتَوْبَةَ مَنْ اَنابَ اِلَیكَ مَقْبُولَةٌ وَعَبْرَةَ مَنْ بَكی مِنْ خَوْفِكَ مَرْحُومَةٌ وَالاِغاثَةَ لِمَنِ اسْتَغاثَ بِكَ مَوْجُودَةٌ وَالاِعانَةَ لِمَنِ اسْتَعانَ بِكَ مَبْذُولَةٌوَعِداتِكَ لِعِبادِكَ مُنْجَزَةٌوَزَلَلَ مَنِ اسْتَقالَكَ مُقالَةٌ وَاَعْمالَ الْعامِلینَ لَدَیكَ مَحْفُوظَةٌ وَاَرْزاقَكَ اِلَی الْخَلائِقِ مِنْ لَدُنْكَ نازِلَةٌ وَعَواَّئِدَ الْمَزیدِ اِلَیهِمْ واصِلَةٌ وَذُنُوبَ الْمُسْتَغْفِرینَ مَغْفُورَةٌ وَحَواَئِجَ خَلْقِكَ عِنْدَكَ مَقْضِیةٌ وَجَواَئِزَ السّآئِلینَ عِنْدَكَ مُوَفَّرَةٌ وَ عَواَّئِدَ الْمَزیدِ مُتَواتِرَةٌ وَمَواَّئِدَ الْمُسْتَطْعِمینَ مُعَدَّةٌ وَمَناهِلَ الظِّماَءِ مُتْرَعَةٌ اَللّهُمَّ فَاسْتَجِبْ دُعاَئی وَاقْبَلْ ثَناَئیوَاجْمَعْ بَینی وَبَینَ اَوْلِیاَئی بِحَقِّ مُحَمَّدٍ وَعَلِی وَفاطِمَةَ وَالْحَسَنِ وَالْحُسَینِ اِنَّكَ وَلِی نَعْماَئی وَمُنْتَهی مُنای وَغایةُ رَجائی فی مُنْقَلَبی وَمَثْوای در كامل الزیارات بعد از این زیارت، عبارت ذیل نیز آمده است: اَنْتَ اِلهی وَسَیدی وَمَوْلای اِغْفِرْ لاَوْلِیاَئِنا وَكُفَّ عَنّا اَعْداَئَنا وَاشْغَلْهُمْ عَنْ اَذانا وَاَظْهِرْ كَلِمَةَ الْحَقِّ وَاجْعَلْهَا الْعُلْیا وَاَدْحِضْ كَلِمَةَ الْباطِلِ وَاجْعَلْهَا السُّفْلی اِنَّكَ عَلی كُلِّ شَیءِ قَدیرٌ

 

Catatan Kaki

1.Ibnu Masyhadi, al-Mazarul Kabir, hlm. 285.

2.Ibnu Qulawaih, Kamiluz Ziyarah, hlm. 39.

3.Syaikh Thusi, Mishbahul Muhtajid, hlm. 682.

4.Sayid Ibnu Thawus, Mishbahuz Zair, hlm. 583.

5.Syahid Awal, al-Mazar, hlm. 114.

6.Kaf’ami, al-Mishbah, hlm. 480; Kaf’ami, al-Baladul Amin, hlm. 495.

7.Sayid Abdul Karim bin Thawus, Farhatu al-Gharra, hlm. 40.

8.Sayid Abdul Karim bin Thawus, Farhatul-Gharra, hlm. 43.

9.Sebagian dari kitab-kitab yang menulis ziarah ini telah dijelaskan sebelumnya.

10.Qomi, Syaikh Abbas, Mafatihul Jinan, hlm. 595; Rasuli Mahallati, Sayid Hasyim, Syarh Ziyarat Aminullah, hlm. 10.

11.Majlisi, Biharul Anwar, jld. 100, hlm. 269.

12.Ibnu Thawus, Mishbahuz Zair, hlm. 245-246; Rasuli Mahallati, Sayid Hasyim, Syarhe Ziyarate Aminullah, hlm. 11; Qomi, Syaikh Abbas, Mafatihul Jinan, hlm. 597.

13.Qomi, Syaikh Abbas, Mafatihul Jinan, hlm. 597.

14.Anwar al-Qulub, Muntakhab Ad’iyah wa Ziyarat, hlm. 162; Qomi, Syaikh Abbas, Mafatihul Jinan, hlm. 595.

15.Qomi, Syaikh Abbas, Mafatihul Jinan, bagian Ziarah Aminullah, hlm. 595.

16.Rasuli Mahallati, Sayid Hasyim, Syarhe Ziyarate Aminullah, hlm. 15.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *