Rabab binti Imra al-Qais bin Adi (Bahasa Arab:الرباب بنت امرئ القيس بن عدي) adalah isteri Imam Husein as, ibunda Sukainah dan Ali al-Asghar (Abdullah Radhi'). Dia adalah seorang wanita yang alim dan fasih. Rabab hadir dalam peristiwa Karbala dan bersama dengan para tawanan yang lain diiring ke Syria. Dia wafat setelah peristiwa Asyura kerana kesedihan yang sangat mendalam atas syahidnya Imam Husein as.

Rabab binti Imra’ al-Qais

 

Rabab binti Imra al-Qais bin Adi (Bahasa Arab:الرباب بنت امرئ القيس بن عدي) adalah isteri Imam Husein as, ibunda Sukainah dan Ali al-Asghar (Abdullah Radhi’). Dia adalah seorang wanita yang alim dan fasih. Rabab hadir dalam peristiwa Karbala dan bersama dengan para tawanan yang lain diiring ke Syria. Dia wafat setelah peristiwa Asyura kerana kesedihan yang sangat mendalam atas syahidnya Imam Husein as.

 

Nasab

Rabab binti Imra al-Qais bin Adi. Ayahnya berasal daripada kaum Arab Syria dan seorang Nasrani yang telah masuk Islam pada zaman kekhalifahan Umar. Ibu Rabab adalah Hindun al Hanud Rabi bin Mas’ud bin Mushad bin Husn bin Ka’ab. [1]

 

Karakter dan Akhlak

Sayid Muhsin Amin berkata: Dalam kitab al-Aghani dari Hisyam Kalbi dinukilkan bahawa Rabab adalah perempuan terbaik dan tercantik beradab dan berakal di antara mereka. [2]

 

Pernikahan dengan Husein bin Ali

Syaikh al-Mufid dalam menukilkan tentang anak-anak Imam Husein as, menjelaskan bahawa Rabab adalah termasuk para isteri Imam. [3] Berdasarkan sebuah nukilan, Imra al-Qais kerana kecintaanya yang dalam kepada Imam Ali as, lalu menikahkan ketiga-tiga puterinya dengan Imam Ali as, Imam Hassan as dan Imam Husein as. [4]

 

Cinta Imam Husein as kepada Rabab

Imam Husein as sangat mencintai Rabab. [5] Beliau menggubah syair yang dipersembahkan kepada Rabab. Pada syair yang disandarkan kepada Imam Husein as, beliau menjelaskan bahawa aku menyukai rumah yang di dalamnya ada Rabab dan Sukainah. [6] Syair-syair lain yang berkaitan dengan Rabab juga disandarkan kepada Imam Husein as. [7]

 

Anak-anak

Dari Imam Husein as, dia memiliki dua anak: Sukainah dan Abdullah. Abdullah (Ali Asghar) yang masih bayi syahid pada hari Asyura dalam gendongan ayahnya. [8]

 

Hadir di Karbala

Berdasarkan bukti-bukti yang telah dinukilkan, Rabab hadir di Karbala dan bersama dengan para tawanan yang lain diiring menuju Syria. Dikatakan bahawa dia menyasikan kesyahidan Ali Asghar dalam gendongan ayahandanya. [9] Ibnu Katsir Dimasyqi berkata: Dia hadir di Karbala dan ketika Imam Husein as syahid, dia sangat terpukul. [10] Setelah Imam Husein as syahid, dia melantunkan syair:

Dia adalah cahaya terang

Sekarang telah terbunuh dan di kuburkan di Karbala Cucunda Nabi! Semoga Allah melimpahkan kebaikan atasmu Kau bagiku laksana gunung yang sangat kuat untuk bersandar Kau menjauhkan dari kerugian timbangan amal di hari kiamat Dan kau akan mengiringi kami dengan kasih sayang Setelah kematianmu, siapa lagi yang akan memperhatikan para yatim dan orang-orang yang memerlukan Dan siapa yang akan memenuhi keperluan orang-orang yang miskin, orang fakir akan berlindung kepada siapa? Aku bersumpah demi Tuhan, setelah bernikah denganmu, aku tidak akan lagi bernikah dengan orang lain sehingga terkubur di antara pasir dan tanah. [11]

 

Menurut sebuah riwayat, di majlis Ibnu Ziyad, dia memegang kepala Imam Husein as seraya bersyair:

Sungguh Husein, aku tidak akan melupakannya

badannya yang telah dicabik-cabik oleh tombak musuh Dia jatuh ke bumi di Karbala, kerana kelicikan musuh. [12]

 

Setelah Peristiwa Karbala

Berdasarkan sebahagian nukilan-nukilan yang ada, Rabab tinggal disekitar pemakaman Husein as di Karbala selama satu tahun dan kemudian baru kembali ke Madinah. Namun Syahid Qadhi Thabathabai berpendapat bahawa Rabab mengadakan majlis duka di Madinah bukan di Karbala. Dia berkata: Di samping itu, Imam Sajjad as tidak akan membiarkan isteri Imam Husein tinggal sendirian di padang pasir hingga satu tahun dan tindakan ini jauh dari keperibadiannya. Syahid Qadhi Thabathabai juga berkata: Tidak ada seorang pun yang berkata bahawa seorang wanita yang terhormat “Rabab” selama satu tahun tinggal di samping pemakaman suci itu. Bahkan Ibnu Atsir juga tidak menyatakan pendapat apa-apa tentang pendapat ini. Oleh itu, khabar pertama yang menyatakan bahawa Rabab tinggal disamping kuburan suci dan mengadakan majlis duka dan setelah masa itu Rabab meninggal dunia, maka nukilan ini merupakan nukilan yang lemah. [13]

 

Ibnu Katsir juga menulis syair:

Hingga satu tahun aku menangisimu

Seseorang yang telah pergi selama satu tahun, maka setelah itu dia bebas [14]

 

Di Madinah dia dilamar oleh orang-orang bangsawan dan pembesar Quraisy namun dia tidak menerima lamaran tersebut dan tidak bernikah dengan siapapun. Dia berkata: Setelah Nabi saww, aku tidak ingin memiliki mertua lagi. [15]

Mushqalah al-Thahan meriwayatkan daripada Imam Shadiq as bahawa dia mendengar Imam Shadiq bersabda: Ketika Imam Husein as syahid, isterinya, Kilabiyah mengadakan majlis duka dan dia menangis, dia pun mengumpulkan pelayannya, mereka menangis sangat banyak hingga air matanya kering. Ketika itu dia melihat salah seorang pelayannya menangis, dia mendekatinya dan bertanya, kenapa hanya kamu saja yang menangis? Dia berkata, “Saya telah minum sirap sawiq. Dia kemudian memerintahkan untuk membuat sirap kemudian meminumnya. Dia berkata: Aku meminum sirap sawiq (herba). Kemudian dia berkata: dengan meminum ini aku akan kuat untuk menangisi Imam Husein as. [16]

 

Wafat

Ibnu Atsir menulis: Rabab hanya hidup selama satu tahun setelah peristiwa Karbala dan dalam satu tahun dia duduk dibawah bayangan tanaman, dia meninggal kerana kesedihan yang sangat mendalam. [17] Sayid Muhsin Amin menulis bahawa tahun wafat Rabab adalah tahun 62 Hijriyah (iaitu satu tahun setelah Asyura). [18]

 

Catatan Kaki

1.A’yān al-Syiah, jld. 6, hlm. 449.

2.A’yān al-Syiah, jld. 6, hlm. 449.

3.Al-Irsyad, jld. 2, hlm. 135.

4.Baladzuri, Ansāb al-Asyrāf, jld. 2, hlm. 195; Ibnu Asakir, Tārikh Madinah Dimasyq, jld. 69, hlm. 119.

5.Ibnu Katsir, al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 8, hlm. 228.

6.Amin, A’yān al-Syiah, jld. 6, hlm. 449.

7.Zubaidi, Tāj al-Arus, jld. 2, hlm. 10, Baladzuri, Ansāb al-Asyrāf, jld. 2, hlm. 196.

8.Al-Mufid, Al-Irsyād, jld. 2, hlm. 135.

9.Amin, A’yān al-Syiah, jld. 6, hlm. 449.

10.Ibnu Katsir, al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 8, hlm. 229.

11.Reiy Syahri, Dānesy Nāmeh Imām Husein as, jld. 1, hlm. 292-293.

12.Dānesy Nāmeh Imām Husein, jld. 1, hlm. 292-293, Ibnu Jauzi, Tadzkirah al-Khawash, hlm. 234.

13.Qadhi, Tahqiq darboreye Arbain Hadhrat Sayidus Syuhada Alaihi Salam, hlm. 198-200.

14.Ibnu Katsir, al-Bidāyah wa al-Nihāyah, jld. 8, hlm. 229.

15.Ibnu Atsir, al-Kāmil fi al-Tārikh, jld. 4, hlm. 88.

16.Al-Kulaini, Kāfi, jld. 1, hlm. 466.

17.Ibnu Atsir, al-Kāmil fi al-Tārikh, jld. 4, hlm. 88.

18.Amin, A’yān al-Syiah, jld. 6, hlm. 449.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *