Hak-hak Allah dan hak-hak manusia (Bahasa Arab: حق‌اللّه و حق‌الناس) adalah dua istilah yang tidak asing dalam perbahasan fekah dan hukum. Erti haqqullah adalah hak Allah atas hamba-hamba-Nya, sedangkan haqqunnas adalah hak yang dimiliki manusia terhadap sesamanya. Contoh, jaminan keselamatan nyawa, harta dan harga diri. Seluruh kewajipan agama itu bersangkut dengan haqqullah (hak Allah). Di samping sebagai haqqullah, sebahagian kewajiban juga bersangkutan dengan haqqunas (hak manusia).

Hak-hak Allah dan Hak-hak Manusia

 

Hak-hak Allah dan hak-hak manusia (Bahasa Arab: حق‌اللّه و حق‌الناس) adalah dua istilah yang tidak asing dalam perbahasan fekah dan hukum. Erti haqqullah adalah hak Allah atas hamba-hamba-Nya, sedangkan haqqunnas adalah hak yang dimiliki manusia terhadap sesamanya. Contoh, jaminan keselamatan nyawa, harta dan harga diri. Seluruh kewajipan agama itu bersangkut dengan haqqullah (hak Allah). Di samping sebagai haqqullah, sebahagian kewajiban juga bersangkutan dengan haqqunas (hak manusia).

Sebahagian hak memiliki hukum wajib, sebahagian lainnya adalah sunnah. Bila ada kewajipan yang dilanggar, maka pelakunya harus segera bertaubat. Bahkan pada banyak keadaan, selain bertaubat, pelaku juga harus mengganti kewajipan yang ditinggalkannya. Seperti, solat wajib atau mengembalikan harta orang lain. Haqqunnas yang dilanggar tidak cukup ditebus hanya dengan bertaubat, pelakunya juga harus membayar atau menggantinya, kecuali jika orang yang bersangkutan telah merelakannya.

Banyak ayat al-Quran yang membahaskan berkenaan dengan haqqunnas. Begitu juga dengan hadis, banyak yang menekankan supaya setiap hamba menjalankan kewajipannya, baik ianya bersangkutan dengan hak Allah Swt atau sesama hamba. Disebutkan, salah satu sebab yang menghalang terkabulnya doa adalah adanya tanggungan haqqunnas.

 

Etimologi

Haqqullah dan haqqunnas adalah dua istilah yang tidak asing dalam perbahasan fikih dan hukum. Arti haqqullah adalah hak Allah atas hamba-hamba-Nya dan haqqunnas adalah hak yang dimiliki manusia terhadap sesamanya. Seluruh hukum yang bersifat wajib atau haram itu menyangkut hak Allah Swt.[1] Sedangkan hukum yang menyangkut orang lain, baik berupa harta atau selainnya itu masuk pada kategori haqqunnas. Dalam masyarakat, penggunaan kedua-dua istilah tersebut memiliki erti yang lebih dalam: Haqqullah adalah hukum yang menyangkut ibadah yang dilakukan hamba dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt, ini tidak ada kaitannya dengan selain Allah. Sedangkan haqqunnas adalah hak tiap manusia sebagai jaminan bagi kepentingan peribadi masing-masing.[2]

Sebahagian fukaha` membahagikan hak kepada tiga bahagian:

pertama, haqqunnas semata. Seperti, jaminan keselamatan nyawa dan harta. Kedua, haqqullah semata. Seperti, solat dan puasa. Ketiga, gabungan antara haqqullah dan haqqunnas, seperti khumus dan zakat.[3]

Terkadang, dalam hadis dan referensi fekah penggunaan istilah haqqunnas diganti dengan istilah lain. Di antaranya: haqul ‘abd (hak hamba), huququl muslimin (hak-hak orang muslim), dan hak masyarakat.[4]

 

Nilai Hak dalam al-Quran dan Riwayat

Menurut al-Quran, haqqullah dan haqqunnas memiliki nilai yang sangat penting. Dalam al-Quran, solat yang merupakan simbol haqqullah seringkali disandingkan dengan zakat yang menjadi simbol haqqunnas.[5] Di antara surah al-Quran yang membahaskan tentang haqqunnas adalah Surah al-Muthaffifin, al-Hujurat, dan al-Humazah. Allamah Thabathabai menjelaskan, haqqullah dapat terpenuhi dengan dua langkah: mempelajari agama dan mempraktikkannya.[6]Jelas bahawa dua langkah tersebut telah mencakupi segala hal yang wajib dan yang haram.

 

Nilai Haqqunnas

Sebahagian riwayat menjelaskan bahawa haqqunnas lebih penting berbanding haqqullah. Sebab setiap haqqunnas itu mengandungi haqqullah, tidak pulasebaliknya. Bila seseorang melanggar hak Allah Swt maka tanggungjawabnya hanya pada-Nya. Namun bila dia melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, maka dia harus bertangungjawab pada orang yang bersangkutan dan Allah Swt.

Menurut para imam Ahlul bayt as, tidak ada ibadah yang lebih utama berbanding memberikan hak orang mukmin.[ Ibadah paling utama adalah memberikan hak orang mukmin.” Mizanul Hikmah, jld. 2, hlm. 481.]

Disebutkan, sengaja tidak membayar hutang dan berkhianat bukanlah ciri orang mukmin. Pada malam Asyura Imam Husein as menyampaikan kepada para pengikutnya, siapapun yang masih memiliki tanggungan pada orang lain maka dia harus meninggalkan kemnya.Taubat seseorang dapat diterima bila dia telah menunaikan hak Allah dan memberikan hak orang lain.

Dalam Hadis Manahi yang diriwayatkan daripada Rasulullah saww disebutkan, barang siapa yang menunda-nunda memberikan hak orang lain padahal dia mampu memberikannya, setiap harinya dia berdosa seperti dosa pemimpin zalim.

Dalam agama Islam, perihal haqqunnas tidak terbatas pada urusan harta sahaja, namun juga menyangkut nyawa dan harga diri orang lain. ¬Perbuatan seperti menakut-nakutkan atau membuat sakit hati orang lain itu termasuk melanggar haqqunnas. Allah swt mengancamnya dengan azab yang pedih di hari kiamat.[ Rasulullah saw bersabda, “Seluruh yang dimiliki orang mukmin itu mulia, yaitu harga diri, harta dan darahnya.” Biharul Anwar, jld. 74, hlm. 160.

Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa membuat sedih seorang mukmin, meski kemudian dia memberikan seluruh dunia padanya itu tidak akan bisa menebus dosanya.” Al-Kafi, jld. 5, hlm. 125.] Agama melarang kita mengejek, mempermalukan dan membongkar rahsia orang lain. Berbuat zalim dan melanggar haqqunas dapat menghalangi termaqbulnya doa hamba di dunia.

 

Risalah al-Huquq Imam Sajjad As

Risalah al-Huquq Imam Sajjad as adalah satu riwayat terlengkap yang membahaskqn tentang hak-hak ilahi dan masyarakat. Di dalamnya dijelaskan tentang hak-hak Allah, para imam, penguasa, imam jamaah, ayah, ibu, suami, isteri, anak, jiran tetangga, guru, murid dan lainnya.

 

Dasar Penentuan

Terdapat kriteria tertentu untuk membezakan antara haqqullah dan haqqunnas. Salah satu kriteria yang terpenting adalah, haqqullah itu mencakupi kepentingan umum, sedangkan haqqunnas mencakupi kepentingan peribadi. Haqqullah yang dilanggar tidak dapat ditebus dengan meminta kerelaan daripada manusia (kecuali pada keadaan tertentu). Hukuman bagi pelanggar haqqullah (misalnya zina) tidak boleh gugur begitu sahaja meski pon seandainya korban zina telah memaafkan pelakunya. Sedangkan dalam sebahagian keadaan yang bersngkutan dengan haqqunnas, apabila korban telah memaafkan maka pelakunya tidak mesti mendapat hukuman.

 

Hukum Yang Berbeza

Ada perbezaan hukum bersangkut dengan haqqullah semata dan haqqunnas semata, khususnya dalam bab keputusan hukum dan kesaksian. Perbezaan tersebut lebih banyak muncul kerana adanya keringanan hukum pada kes pelanggaran haqqullah. Sedangkan dalam kes pelanggaran haqqunnas itu kerana tindakannya berbeza.[9]Dalam pelaksanaannya, sebelum ada kepastian maka hukum tidak dapat dijatuhkan.[10]

 

Berikut sebahagian daripada perbezaan tersebut:

Bagi hakim, memutuskan perkara bersangkutan haqqullah itu lebih sukar. Sebab keadaan ini tidak boleh dibuktikan hanya dengan kesaksian daripada seorang lelaki dan dua perempuan, atau lelaki yang bersumpah, atau kesaksian dari beberapa perempuan. Namun bila bersangkutan dengan haqqunnas kesaksian tersebut boleh gunakan.[11]

Pelaksanaan hukum haqqullah tidak bergantung kepada klaim dari siapapun. Adapun pada kes haqqunnas hanya boleh dilaksanakan bila ada permohonan dari pihak berkaitan.[12]

Dalam kes haqullah, kesaksian tabarrui (kesaksian tanpa pengajuan dari hakim) dapat diterima. Namun menurut pendapat sebahagian fukaha`, dalam kes haqqunnas kesaksian hanya dapat diterima bila ada pengajuan dari pihak yang merasa rugi melalui putusan hakim.[13]

Dalam kes haqqullah hakim dapat memutuskan pengakuan pelanggar hukum, berbeza pada kes haqqunnas.[14]

Dalam kes haqqullah hakim tidak boleh menghakimi dan memutuskan hukuman terhadap pihak yang tidak hadir.[15]

Dalam persengketaan kes haqqullah bila pihak pengklaim tidak memiliki saksi sedangkan pihak tertuduh juga tidak mengakui, maka tidak perlu diambil sumpah dari pihak manapun.[16]

 

Haqqullah

Sebahagian dosa dapat diampuni dengan cara bertaubat. Seperti, berbohong atau berzina. Namun sebahagian lainnya, selain bertaubat, dosa baru diampuni bila pelakunya menunaikan kewajiban yang ditinggalkan, misalnya meninggalkan solat.

 

Haqqunnas

Dosa-dosa haqqunnas seperti, mencuri, riba, ghibah, menuduh tanpa bukti, mempermalukan orang lain, selain istighfar dan taubat, untuk mendapat ampunan Allah swt pelaku juga dituntut untuk mendapatkan maaf daripada orang yang ditindas serta memenuhi haknya. Bila tidak dipenuhi, dengan mati syahid sekalipun dosa demikian tidak akan diampuni.

 

Haqqunnas Sebelum Baligh

Jika seseorang di masa kecilnya pernah melakukan hal yang merugikan orang lain, maka dia tetap harus bertanggungjawab. Contoh, bila dia pernah mencuri sesuatu dan barangnya masih ada maka harus segera mengembalikannya kepada pemiliknya. Namun bila sudah tidak ada, maka harus menggantikannya atau meminta kerelaan pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal maka harus dikembalikan kepada ahli warisnya.[17]

Tentunya ibubapa seorang anak dapat menanggung kerugian yang ditimbulkan oleh anaknya sehingga anaknya terlepas dari tanggungjawab. Hal demikian boleh digunakan oleh ibubapa untuk mendidik anaknya sejak dari kecil tentang erti pentingnya menjaga hak orang lain.

 

Catatan Kaki

1.”Hak terbesar yang Allah swt wajibkan bagi kalian untuk-Nya adalah hak Allah”, Risalah al-Huquq Imam Sajjad As.

2.Kitab Mushthalahat al-Fiqh, hlm. 215.

3.Lih. Al-Mabsuth fi Fiqh al-Imamiah, jld. 8, hlm. 163. Al-Qawai’id wa al-Fawaid: fi al-Fiqh wa al-Ushul, bag. 2, hlm. 42-43.

4.Lih. Kafi, jld. 7, hlm. 220, 413. Wasail al-Syiah, jld. 28, hlm. 57, 229, jld. 29, hlm. 147.

5.Al-Mizan, jld. 20, hlm. 97.

6.Ibid, jld. 2, hlm. 444.

7.Ain-e Dadresi Keifari, jld. 1, hlm. 162.

8.Suqut-e Majazat dar Huquq-e Keifari Islam wa Iran, hlm. 114.

9.Syara’I al-Islam, bag. 4, hlm. 875.

10.Masalik al-Afham, jld. 13, hlm. 469.

11.Al-Mabsuth fi Fiqh al-Imamiah, jld. 7, hlm. 248-249.

12.Dirasat fi Wilayah al-Faqih, jld. 2, hlm. 201.

13.Mabani Takmilah al-Minhaj, jld. 1, hlm. 107.

14.Muqaddas Ardabili, jld. 12, hlm. 91.

5.Lih. Ibnu Qudamah, jld. 11, hlm. 486.

16.Al-Mabsuth fi Fiqh al-Imamiah, jld. 8, hlm. 215-216. Ibnu Qudamah, jld. 12, hlm. 127-128.

17. Jami’ al-Masail Fadhil, jld. 1, hlm. 38

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *