Sarah (bahasa Arab: ساره ) adalah isteri pertama Nabi Ibrahim as dan ibu Nabi Ishak as. Terdapat dua surah dalam al-Quran yang mengabadikan kisahnya. Sarah adalah salah seorang wanita Muhaddatsah. Setelah dia bernikah dengan Nabi Ibrahim as sampai diusia tua disebabkan kemandulan tidak memiliki anak, namun setelah malaikat menyampaikan berita bahawa dia akan memiliki anak, maka lahirlah Ishak dari rahimnya.

Sarah

 

Sarah (bahasa Arab: ساره ) adalah isteri pertama Nabi Ibrahim as dan ibu Nabi Ishak as. Terdapat dua surah dalam al-Quran yang mengabadikan kisahnya. Sarah adalah salah seorang wanita Muhaddatsah. Setelah dia bernikah dengan Nabi Ibrahim as sampai diusia tua disebabkan kemandulan tidak memiliki anak, namun setelah malaikat menyampaikan berita bahawa dia akan memiliki anak, maka lahirlah Ishak dari rahimnya.

Disebutkan dalam literatur sejarah, Sarah adalah wanita dengan wajah yang cantik. Dalam peristiwa hijrahnya Nabi Ibrahim as dan Sarah ke Mesir, Raja Mesir menghadiahkan kepada Sarah seorang hamba wanita cantik yang bernama Hajar sebagai permohonan maaf atas perlakukannya yang buruk. Sarah dan Ibrahim as setelah melakukan beberapa perjalanan seperti ke Syam (sekarang Syria) dan ke Mesir, dia memutuskan untuk menetap di Palestin. Setelah beberapa lama, dalam usia 128 tahun, Sarah meninggal dunia dan dimakamkan di Hebron (sekarang al-Khalil).

Menurut beberapa sumber, yang mendidik anak-anak Syiah di alam Barzakh adalah Nabi Ibrahim as dan Sarah. Mengenai perjalanan hidup Sarah dan peristiwa-peristiwa yang dialaminya juga tertulis dalam kitab Taurat.

 

Keturunan

Menurut sumber Islam, Sarah adalah sepupu Nabi Ibrahim as. [1] Ibu Sarah dengan ibu Nabi Ibrahim as adalah kedua adalah puteri Nabi Lahij as ( لاحج ). Salah satu daripada keduanya bernikah dengan Tarukh (ayah Ibrahim) dan yang satunya lagi bernikah dengan saudara Tarukh, Batuael. [2] Sarah adalah saudara tiri Nabi Luth as. [3] Diaa disebutkan lahir di wilayah Kutsa di pergunungan Babilon Irak. [4]

Sarah dan saudaranya Luth, menerima ajakan Nabi Ibrahim as untuk memeluk agama tauhid. [5]

 

Bernikah dengan Ibrahim

Sarah bernikah dengan putera pak ciknya sendiri, Ibrahim as. Nabi Ibrahim as bernikah ketika berusia 37 tahun. [6] Dalam sebahagian literatur disebutkan, Sarah adalah wanita tercantik dimasanya. [7] Dia memiliki banyak tanah pertanian dan penternakan yang kemudian kesemuanya itu diserahkan kepada Ibrahim as untuk mengurusnya. [8]

 

Hijrah ke Syam, Mesir dan Palestin

Setelah Nabi Ibrahim as mendakwahkan ajaran tauhid di Babilon dan hanya sedikit yang ikut mengimaninya, baginda terpaksa bersama Sarah dan Luth as pindah ke Syam dan menetap di Harran (sekarang di Turki). Disebabkan terjadi bencana kelaparan dan menyebaran wabak penyakit, Sarah bersama suaminya pergi ke Mesir. [9] Untuk menyembunyikan kecantikan Sarah daripada tatapan mata penduduk, baginda memasukkan Sarah ke dalam kotak. Ketika hendak memasuki Mesir, penjaga perbatasan meminta Ibrahim untuk membuka kotak yang baginda bawa. Ibrahim awalnya menolak, namun kerana penjaga perbatasan memaksa, akhirnya kotak itupun berhasil dibuka. Melihat kecantikan Sarah, penjaga perbatasan melaporkan yang dilihatnya tersebut kepada Raja Mesir. [10]

 

Perlakuan Raja Mesir kepada Sarah

Setelah laporan mengenai kecantikan Sarah sampai ke telinga Raja Mesir, ditanyakan kepada Ibrahim mengenai hubungannya dengan Sarah. Ibrahim tahu, jika baginda menjawab Sarah adalah isterinya, maka Raja Mesir akan memerintahkan untuk dia dibunuh, oleh itu Ibrahim menjawab bahawa baginda adalah saudara Sarah, yang baginda maksudkan adalah saudara seagama. Raja Mesir pun memerintahkan, agar Sarah didandani dan dibawa ke hadapannya. Menurut literatur sejarah, ketika Sarah dibawa menuju Raja Mesir, Nabi Ibrahim as menyibukkan diri dengan solat dan memohon pertolongan dari Allah swt.

Ketika Raja Mesir hendak menyentuh Sarah, tangannya tiba-tiba menjadi kaku dan hilang deria rasa. Diapun memohon kepada Sarah agar berdoa kepada Allah swt untuk tangannya disembuhkan, sebagai balasannya dia berjanji tidak akan menyentuh Sarah. Sarahpun berdoa, dan tangan Raja Mesir normal kembali. Namun, Raja Mesir mengingkari janjinya, dia kembali bermaksud menyentuh Sarah. Seperti sebelumnya, tangannya tiba-tiba hilang deria rasa dan tidak boleh digerakkan. Diaa kembali memohon kepada Sarah, agar tangannya didoakan untuk disembuhkan dan berjanji tidak akan menyentuh Sarah. Hal tersebut berulang sebanyak tiga kali. [11] Raja Mesir akhirnya sedar, Sarah bukan wanita biasa dan dia tidak akan mungkin memenuhi hajatnya. Oleh itu, sebagai permohonan maaf atas perlakuan buruknya, Raja Mesir menghadiahkan kepada Sarah seorang hamba sahaya yang bernama Hajar. [12]

 

Diserahkannya Hajar kepada Ibrahim

Disebabkan Sarah tidak juga mampu memberikan anak kepada suaminya, dan dia tidak menghendaki Nabi Ibrahim as tanpa keturunan dan generasi pelanjut, dia pun memberikan hambanya yang bernama Hajar kepada Ibrahim agar dengan menikahi Hajar, Ibrahim memiliki keturunan. Setelah pernikahan Ibrahim dengan Hajar, lahirlah Ismail. Menurut sebahagian riwayat,kerana tidak mampu memberikan keturunan untuk Ibrahim, Sarah diliputi kesedihan. [13]

 

Berita Baik dari Malaikat

Setelah beberapa tahun selepas kelahiran Ismail, malaikat mendatangi Sarah yang saat itu berusia 90 tahun untuk memberikan kabar gembira yang dia tidak lama lagi akan hamil dan melahirkan putera bernama Ishak. Mendengar informasi tersebut, Sarah hairan dan dengan tertawa berkata, “Bagaimana mungkin seorang wanita tua dan mandul boleh hamil?” [14] Namun yang disampaikan malaikat tersebut terbukti. Beberapa lama kemudian Sarah hamil dan melahirkan putera yang dinamakan Ishak. [15]

 

Sarah dalam Al-Quran

Peristiwa yang berkaitan langsung dengan Sarah disentuh al-Quran pada dua tempat. Iaitu pada surah Hud, peristiwa kedatangan malaikat di rumah Ibrahim yang memberikan khabar gembira untuk mereka mengenai akan hamil dan melahirkannya Sarah di usia tua.[16] Dan juga pada surah al-Dzariyat, mengenai percakapan malaikat dengan Sarah, yang membuat Sarah takjub dengan berita yang disampaikan malaikat mengenai akan lahirnya Ishak dari rahimnya. [17]

 

Penggambaran Buruk Sarah dalam Beberapa Riwayat

Dalam beberapa riwayat yang melaporkan mengenai kehidupan Sarah disebutkan Sarah memiliki akhlak dan perangai yang buruk. Pada riwayat-riwayat tersebut disebut Sarah adalah wanita yang penuh hasad dan memiliki akhlak yang buruk yang kerana itu dia mendapat ujian dari Allah swt. [18] Daripada riwayat tersebut disebutkan penyebab hasadnya Sarah adalah kerana dia mandul sementara Hajar mampu memberikan Nabi Ibrahim as puetra bernama Ismail. Sejumlah peneliti, menyebutkan hadis-hadis yang memberikan penggambaran buruk mengenai akhlak Sarah memiliki sanad periwayatan yang lemah sehingga tidak boleh diterima. [19]

 

Muhaddatsah

Sesuai dengan al-Quran dan sejumlah riwayat, Sarah melakukan dialog dan percakapan dengan malaikat, sehingga dia pun termasuk dalam kategori Muhaddatsah, iaitu manusia yang berdialog langsung dengan malaikat. [20] Muhaddats adalah merupakan keutamaan dan fadhilah yang hanya dimiliki oleh Anbiyah as, Aimmah Maksum as, Sayidah Zahra sa, Sayidah Maryam sa, Yokebed (ibu Nabi Musa as) dan Sarah. [21]

 

Pendidikan Anak-anak Syiah

Pada sebahagian riwayat disebutkan pendidikan dan pengasuhan anak-anak Syiah dan keturunan kaum Mukminin di alam barzakh dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan Sarah yang kemudian setelah tiba waktunya diserahkan kepada ayah dan ibunya. [22]

 

Sarah dalam Taurat

Dalam kitab Taurat disebutkan Sarah adalah saudari tiri Ibrahim yang kemudian melakukan pernikahan dan menjadi suami isteri. [23] Sarah yang disebabkan kerana mandul, dia menyerahkan hambanya Hajar untuk dinikahi oleh Ibrahim agar Ibrahim memiliki keturunan. Menurut Taurat, setelah beberapa lama Hajar hamil, yang dengan itu dia merasa sombong dan meremehkan Sarah yang mandul. Dengan sikapnya tersebut, Sarah memperlakukan Hajar dengan buruk dan bermaksud mengusirnya dari rumah. [24] Sarah kemudian meminta Nabi Ibrahim as agar Hajar dan Ismail dikeluarkan dari rumah. Atas sikap buruk Sarah tersebut, Nabi Ibrahim as menjadi kecewa, namun Allah swt menenangkan hatinya dan meminta Ibrahim memenuhi keinginan Sarah. [25] Janji Tuhan akan memberikan keturunan kepada Sarah yang akan memperbanyak kaumnya dan menjadikan raja-raja dari keturunan Sarah, adalah di antaranya janji Tuhan yang tertulis dalam kitab Taurat. [26]

Dalam beberapa bahagian daripada kitab Taurat, disebutkan keperibadian Hajar lebih baik berbanding Sarah. [27]

 

Kematian dan Lokasi Pemakaman

Sarah diriwayatkan meninggal dunia pada usia 127 tahun di kawasan yang bernama Hebron. Setelah Sarah meninggal dunia, Ibrahim as membeli sebuah tempat di Hebron daripada penduduk setempat dan menguburkan Sarah di tempat tersebut. [28] Selanjutnya di tempat itu pula dimakamkan Ibrahim as, Ishak as dan Ya’kub as. Di masa sekarang, tempat pemakaman tersebut dikenali dengan Masjid al-Ibrahimi, kawasan al-Khalil Palestin.

 

Catatan kaki

1.al-Hasani al-‘Amili, al-Anbiyah Hayatuhum-Qashashhum, hlm. 115

2.al-Hasani al-‘Amili, al-Anbiyah Hayatuhum-Qashashhum, hlm. 115

3.al-Hasani al-‘Amili, al-Anbiyah Hayatuhum-Qashashhum, hlm. 115

4.Mahallati, Rayahain al-Syari’ah, jld. 5, hlm. 116 dan 117

5.Thabari, Tarikh Thabari, jld. 1, hlm. 182-183

6.Thabari, Tarikh Thabari, jld. 1, hlm. 183

7.Ibnu Atsir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 1, hlm. 101; Maqdisi, al-Bada wa al-Tarikh, jld. 1, hlm. 441

8.Al-Kulaini, al-Kafi, jld. 8, hlm. 370

9.Daqas, Asynai ba Zanan-e Qur’ani (Mengenal Wanita-wanita dalam Alquran), hlm. 110-111

10.Ibnu Katsir, al-Bidayah wa al-Nihayah, jld. 1, hlm. 150; Fa’al ‘Iraqi, Dastanhai Qur’an wa Tarikh Anbiya dar Al-Mizan (Kisah-kisah Alquran dan Sejarah Anbiyah dalam Al-Mizan), hlm. 368

11.Ibnu Atsir, al-Kamil fi al-Tarikh, jld. 2, hlm. 22-23

12.Maqdisi, al-Bada wa al-Tarikh, jld. 1, hlm. 441

13.Maqdisi, al-Bada wa al-Tarikh, jld. 1, hlm. 441-442

14.Daqas, Asynai ba Zanan-e Qur’ani, hlm. 116-119

15.Thabari, Tarikh Thabari, jld. 1, hlm. 187

16.Qs. Hud: 71-73

17.Qs. Al-Dzariyat: 29-30

18.Shaduq, al-Khishal, hlm. 307; Shaduq, Ma’ani al-Akhbar, hlm. 128; Qumi, Tafsir al-Qumi, jld. 1, hlm. 60

19.Tahami/Farjami, Sarah Hamsar-e Ibrahim dar Qur’an wa Rewayat (Sarah Isteri Ibrahim dalam Alquran dan Riwayat), nmr. 43, hlm. 96-120

20.Murtadha, Sarah Hamsar-e Qahreman-e Tauhid (Sarah Isteri Pejuang Tauhid); Hajar, Muhajir Sar Samin-e Tauhid (Hajar, Pengembara di Tanah Tauhid)

21.Muhaddats Fadhilah ya Wizegih Khas (Muhaddats, Keutamaan atau Pemberian Khusus), Situs Internet al-Tibyan

22.Shaduq, Man Laa Yahdhuru al-Faqih, jld. 3, hlm. 490; Majlisi, Bihar al-Anwar, jld. 5, hlm. 293

23.Kitab Kejadian, bab 11, ayat 26-31

24.Kitab Kejadian, bab 16, ayat 1-6

25.Kitab Kejadian, bab 21, ayat 9-15

26.Kitab Kejadian, bab 17, ayat 15-16

27.Nuruni, Ali, Zanan-e Ibrahim dar Riwayat wa Tawarikh Yahudi-Masihi wa Islami, nmr. 36-37, hlm. 121

28.Ibnu Khaldun, Tarikh, jld. 1, hlm. 36-37

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *