Hal Hal Yang Mensucikan (Mutahhirat 1)

HAL-HAL YANG MENSUCIKAN
(Muthahhirat 1)

1. Muthahhirat
Terdiri daripada:
1. Air.
2. Tanah.
3. Pancaran matahari.
4. Istihalah (perubahan)
5. Intiqal (perpindahan)
6. Islam.
7. Taba’iyyat (mengikuti)
8. Hilangnya zat najis.
9. Istibra’nya haiwan-haiwan pemakan najis.
10. Hilangnya Muslim.

Perhatian:
Segala sesuatu yang mensucikan najis disebut juga dengan muthahhirat.

Penjelasan:
1) Air
1. Cara mensucikan bekas makanan:
a. Bekas makanan yang najis apabila hendak disucikan dengan air yang sedikit, maka harus dibasuh sebanyak tiga kali, akan tetapi jika dilakukan dengan air kurrr dan air mengalir, cukup dibasuh sekali sahaja. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 23).
b. Bekas makanan yang dijilat atau diminum airnya atau cairannya oleh anjing, untuk mensucikannya harus dilakukan dengan cara: pertama, bekas makanan tersebut harus bersihkan dengan tanah, setelah itu dibasuh dengan air. Dan jika dibasuh dengan air yang sedikit, maka setelah dibersihkan dengan tanah harus dibasuh sebanyak dua kali dengan air. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 24).
c. Bekas makanan yang diminum airnya atau cairannya oleh Babi, harus dibasuh sebanyak tujuh kali, akan tetapi tidak perlu dibersihkan dengan tanah. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 25).

2. Cara mensucikan selain bekas makanan:
a. Sesuatu yang telah najis, setelah hilang zat najisnya (‘ainun najasah), apabila dimasukkan sekali ke dalam air kurr, atau air mengalir atau diletakkan di bawah aliran air paip yang bersambung dengan air kurr, setelah air telah mencapai ke tempat-tempat yang terkena najis itu, ia akan menjadi suci. Sedangkan untuk permadani, karpet, pakaian dan sejenisnya, berdasarkan ihtiyath (wajib) setelah dimasukkan ke dalam air, harus diperah atau digoyang-goyangkan. Dan dalam pemerahan serta penggoyangan ini, tidak wajib dilakukan setelah dikeluarkan dari air, bahkan cukup diperah semasa ia di dalam air. (Ajwibah al-Istifta’at, no 71, 72, dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 23).
b. Sesuatu yang menjadi najis kerana bersentuhan dengan air kencing, setelah zat najisnya hilang, jika dibasuh dua kali dengan air sedikit, maka ia akan menjadi suci, sedangkan untuk sesuatu yang menjadi najis kerana bersentuhan dengan najis selain air kencing, setelah zat najisnya hilang, hanya dibasuh sekali sudah cukup untuk membuatkannya menjadi suci. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 21).
c. Sesuatu yang dibasuh dengan air yang sedikit, maka air yang dituangkan ke permukaannya (air bekas cucian) harus dibuang. Dan pada benda-benda yang boleh diperah, seperti pakaian dan karpet, harus diperah, supaya air bekas cucian itu dapat dipisahkan darinya. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 22).

Perhatian:
1. Dalam pensucikan karpet yang najis dan benda yang sama dengannya, dengan menggunakan air paip, terpisahnya air bekas cucian bukan merupakan syarat, bahkan setelah zat najisnya hilang, jika air telah mengenai tempat yang terkena najis dan air bekas cucian bergerak dari tempatnya kerana gosokan pada permukaan karpet ketika masih bersambung dengan air paip, maka kesucian telah terhasil. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 83).
2. Bahagian permukaan tanur yang dibuat daripada lumpur yang bercampur dengan air najis boleh menjadi suci dengan membasuhnya dan kesucian bahagian permukaan tanur – tempat meletakkan adunan untuk proses pembakaran roti- telah mencukupi untuk membakar roti. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 85).
3. Pakaian-pakaian najis yang merubah warna air ketika dibasuh, jika perubahan warna ini melalui pakaian tersebut tidak menjadikan air menjadi mudhaf, maka pakaian-pakaian yang najis tersebut akan menjadi suci dengan menuangkan air di atasnya. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 83)
4. Pakaian-pakaian najis yang diletakkan di dalam baldi untuk dicuci, dengan dituangkan air paip ke atasnya sehingga merata ke seluruh permukaannya, akan menyeBabkan keseluruhan pakaian, baldi, air dan benang-benang halus yang terlepas daripada baju yang terlepas dari baju dan terlihat terapung di permukaan air lalu tumpah keluar bersama air, menjadi suci. (Sudah tentu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelumnya, berdasarkan ihtiyath, untuk pakaian dan semisalnya, setelah dimasukkan ke dalam air, harus diparah atau digoyang-goyangkan). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 289).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *