Mengenal Zaman العالم بزمانه لا تهجم عليه اللوابس Orang yang mengenal zamannya, pasti tidak akan ditimpa kesalahan (Imam As Sodiq, Al Kafi, J 1, ms 27)   Apa yang dimaksudkan dengan zaman?  Secara mudahnya kita dapat memahami bahawa yang dimaksudkan dengan zaman adalah sesuatu yang melibatkan waktu.  Ia termasuk waktu yang lepas, sekarang dan masa akan datang.  Dengan izin Allah kita akan mula membahas hadis di atas yang telah diriwayatkan daripada Imam Jaafar As Sodiq As. Sebagaimana dengan perbahasan-perbahasan sebelum ini, hal yang pertama yang akan dilakukan adalah menganalisis hadis tersebut.  Sudah tentu analisis ini akan lebih tertumpu kepada matan hadis dan bukan sanad.  Setelah itu kita akan mula menilai hadis tersebut dengan ayat-ayat Al Quran dan riwayat-riwayat yang lain yang membahaskan tentang hal yang sama.  Sudah tentu tujuan utama daripada perbahasan ini adalah untuk mengetahui taklif yang perlu kita laksanakan pada hari ini.  Dan lebih penting dari itu adalah bagaimana untuk menerapkan perbahasan dalam bentuk amali. Daripada apa yang disampaikan oleh beliau menunjukkan bahawa kefahaman kepada zaman adalah satu daripada jalan untuk menyelamatkan diri daripada melakukan kesalahan.  Dan dapat difahami bahawa mengenal zaman adalah sesuatu yang amat penting.  Dengan ini kita fahami bahawa makna zaman bukan hanya sekadar konteks waktu sahaja.  Sebahagian ulamak ketika membahaskan tentang zaman, mereka membahagikan zaman kepada dua perbahasan.  Pertama, zaman berbentuk tabie (alami). Zaman ini adalah bentuk alami peredaran waktu dari semasa ke semasa.  Termasuk di dalamnya setiap peristiwa alam yang telah berlaku atau yang akan berlaku.  Seperti gempa bumi, taufan, letusan gunung berapi, gerhana, perubahan cuaca dan sebagainya.  Terdapat banyak riwayat yang mengisyaratkan agar orang-orang mukmin sentiasa mengambil tahu tentang peristiwa alam yang berlaku.  Sudah tentu maksud mengambil tahu di sini bukan hanya sekadar tahu bila akan berlaku.  Seorang mukmin perlu memahami Sunnah Allah SWT yang berjalan di alam ini dan memahami hukum sebab dan akibat yang menyebabkan sesuatu peristiwa alam berlaku. عن ابى عبدالله (عليه السلام) قال ثلثه اشياء لا ينبغى للعاقل ان ينساهن على كل حال فناء الدنيا و تصرف الاحوال و الافات التى لا امان لها Imam Jaafar As Sodiq As mengatakan : Dalam apa juga keadaan, seorang yang berakal tidak akan melupakan tiga perkara : Dunia itu fana, berlaku perubahan keadaan dan bala yang tidak ada keamanan padanya. Yang kedua, zaman yang berbentuk ikhtiari. Hal ini merujuk kembali kepada kehidupan manusia dan sejarah kemanusiaan.  Imam Ali As dalam salah satu nasihatnya kepada puteranya Imam Hassan As

Mengenal Zaman (Pelajaran 1)

Mengenal Zaman

Penulis: Ust Syed Hassan Al-Attas

العالم بزمانه لا تهجم عليه اللوابس

Orang yang mengenal zamannya, pasti tidak akan ditimpa kesalahan

(Imam As Sodiq, Al Kafi, J 1, ms 27)

 

Apa yang dimaksudkan dengan zaman?  Secara mudahnya kita dapat memahami bahawa yang dimaksudkan dengan zaman adalah sesuatu yang melibatkan waktu.  Ia termasuk waktu yang lepas, sekarang dan masa akan datang.  Dengan izin Allah kita akan mula membahas hadis di atas yang telah diriwayatkan daripada Imam Jaafar As Sodiq As. Sebagaimana dengan perbahasan-perbahasan sebelum ini, hal yang pertama yang akan dilakukan adalah menganalisis hadis tersebut.  Sudah tentu analisis ini akan lebih tertumpu kepada matan hadis dan bukan sanad.  Setelah itu kita akan mula menilai hadis tersebut dengan ayat-ayat Al Quran dan riwayat-riwayat yang lain yang membahaskan tentang hal yang sama.  Sudah tentu tujuan utama daripada perbahasan ini adalah untuk mengetahui taklif yang perlu kita laksanakan pada hari ini.  Dan lebih penting dari itu adalah bagaimana untuk menerapkan perbahasan dalam bentuk amali.

 

Daripada apa yang disampaikan oleh beliau menunjukkan bahawa kefahaman kepada zaman adalah satu daripada jalan untuk menyelamatkan diri daripada melakukan kesalahan.  Dan dapat difahami bahawa mengenal zaman adalah sesuatu yang amat penting.  Dengan ini kita fahami bahawa makna zaman bukan hanya sekadar konteks waktu sahaja.  Sebahagian ulamak ketika membahaskan tentang zaman, mereka membahagikan zaman kepada dua perbahasan.

 

Pertama, zaman berbentuk tabie (alami). Zaman ini adalah bentuk alami peredaran waktu dari semasa ke semasa.  Termasuk di dalamnya setiap peristiwa alam yang telah berlaku atau yang akan berlaku.  Seperti gempa bumi, taufan, letusan gunung berapi, gerhana, perubahan cuaca dan sebagainya.  Terdapat banyak riwayat yang mengisyaratkan agar orang-orang mukmin sentiasa mengambil tahu tentang peristiwa alam yang berlaku.  Sudah tentu maksud mengambil tahu di sini bukan hanya sekadar tahu bila akan berlaku.  Seorang mukmin perlu memahami Sunnah Allah SWT yang berjalan di alam ini dan memahami hukum sebab dan akibat yang menyebabkan sesuatu peristiwa alam berlaku.

عن ابى عبدالله (عليه السلام) قال ثلثه اشياء لا ينبغى للعاقل ان ينساهن على كل حال فناء الدنيا و تصرف الاحوال و الافات التى لا امان لها

Imam Jaafar As Sodiq As mengatakan : Dalam apa juga keadaan, seorang yang berakal tidak akan melupakan tiga perkara : Dunia itu fana, berlaku perubahan keadaan dan bala yang tidak ada keamanan padanya.

 

Yang kedua, zaman yang berbentuk ikhtiari. Hal ini merujuk kembali kepada kehidupan manusia dan sejarah kemanusiaan.  Imam Ali As dalam salah satu nasihatnya kepada puteranya Imam Hassan As, mengatakan :

أي بُنيّ إنّي وإن لم أكن عمّرت عمر من كان قبلي فقد نظرت في أعمالهم، وفكّرت في أخبارهم، وسرت في آثارهم حتّى عدت كأحدهم. بل كأنّي بما انتهى إليّ من أمورهم قد عمّرت مع أوّلهم إلى آخرهم، فعرفت صفو ذلك من كدره، ونفعه من ضرره، فاستخلصت لك من كلّ أمر نخيله وتوخّيت لك جميله، وصرفت عنك مجهوله، ورأيت حيث عناني من أمرك ما يعني الوالد الشفيق وأجمعت عليه من أدبك أن يكون ذلك وأنت مقبل العمر ومقتبل الدهر

 

Puteraku, walau umurku tidak panjang untuk merasai mereka yang telah datang sebelumku.  Namun aku mengamati perlakuan mereka. Aku berfikir khabar tentang mereka.  Aku merasai kesan-kesan mereka hingga seakan aku salah seorang daripada mereka.  Ketika aku mempelajari sejarah mereka, seakan aku bersama mereka sedari awal hingga akhir umur mereka.  Aku mengetahui hal-hal yang indah hingga hal-hal yang pahit dalam kehidupan mereka.  Aku menganalisa daripada kehidupan yang menguntungkan mereka hingga perkara yang menghancurkan mereka.  Aku ringkaskan kepadamu setiap peristiwa yang indah dan manis daripada kehidupan mereka.  Aku menjauhkan darimu daripada perkara-perkara yang tidak diketahui.  Sebagaimana seorang ayah yang baik akan menginginkan kebaikan untuk puteranya, aku mentarbiahmu dengan perkara-perkara yang baik.  Kau sekarang pada awal umurmu dan kau akan melalui kehidupan….(Nahjul Balagh, surat 31)

 

Melalui nasihat ini, walaupun membicarakan tentang sejarah orang yang telah lepas namun kita mampu mengambil beberapa pelajaran yang sangat berguna.  Pelajaran ini memiliki nilai berterusan dan tidak hanya merujuk pada zaman yang lepas. Hal ini juga mengisyaratkan bahawa apa yang dimaksudkan dengan zaman tidak hanya sekadar peredaran waktu dan zaman yang bersifat tabie.   Zaman di sini termasuk mengenal kehidupan manusia dan apa sahaja yang bersangkutan dengan manusia pada setiap zaman.

 

Imam Ali As mengamati, menilai, mempelajari apa yang berlaku dalam kehidupan manusia yang lepas. Hal ini juga perlu dilakukan pada setiap zaman.  Seseorang yang hidup pada zaman tertentu perlu melakukan pengamatan, penilaian dan mempelajari apa yang ada pada zamannya.  Seorang yang cergas dan memiliki kesedaran apa yang berlaku pada zamannya adalah seorang yang tidak akan ditimpa kesalahan.

 

 

 Bersambung…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *