NAJIS-NAJIS (2)   Minuman Yang Memabukkan Minuman yang memabukkan berdasarkan ihtiyath wajib adalah haram. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 301, dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9).     Perhatian: Setiap jenis alkohol yang memabukkan yang bentuk awalnya adalah cecair, berdasarkan ihtiyath wajib adalah najis. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 307, dan Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9). Bahan yang memabukkan yang bukan berbentuk cairan, seperti ganja dan narkotik, apabila dicampur dengan air atau dengan cairan yang lain dan berubah bentuknya menjadi cairan, maka ia tidak dianggap najis. (Istifta' dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 15). Air anggur yang telah dididihkan dengan api dan tidak berkurang dua pertiga daripada ukurannya serta tidak memabukkan, ianya tidaklah dianggap najis, namun meminumnya adalah haram. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 302). Apabila sejumlah anggur muda dididihkan bersama anggur yang sudah matang di dalam air secara serentak, sementara kadar anggur yang sudah matang itu terlalu sedikit, sehingga airnya yang bercampur dengan air anggur muda tadi menjadi hilang dan tidak dapat dikatakan sebagai air anggur yang sudah matang, maka dengan mendidih air tersebut hukumnya adalah halal. Akan tetapi sekiranya buah anggur yang sudah matang itu dididihkan secara terpisah (tanpa dicampur dengan buah anggur yang masih muda), maka hukum meminumnya adalah haram (Ajwibah al-Istifta'at, No. 303). Kafir Orang yang mengingkari tauhid, nubuwwat (kenabian), atau mengingkari salah satu daripada prinsip-prinsip agama Islam, seperti solat, puasa, atau meyakini adanya ketidaksempurnaan dalam risalah Rasulullah s.a.w., maka dia adalah kafir dan najis, kecuali ahli kitab[1]. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 313, 316, dan 336).     Perhatian: Mengingkari prinsip-prinsip agama, boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir jika perkara tersebut mengakibatkan kepada penolakan terhadap risalah, pendustaan terhadap kerasulan Rasul s.a.w., atau berpendapat terdapat sebarang kekurangan di dalam syari’at. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 336). Orang kafir ahli kitab dihukum suci. (Ajwibah al-Istifta'at, No. 336).

Najasat (Najis-najis Bahagian 2)

NAJIS-NAJIS (2)

 

  • Minuman Yang Memabukkan

Minuman yang memabukkan berdasarkan ihtiyath wajib adalah haram. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 301, dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9).

 

    Perhatian:

  1. Setiap jenis alkohol yang memabukkan yang bentuk awalnya adalah cecair, berdasarkan ihtiyath wajib adalah najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 307, dan Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 9).
  2. Bahan yang memabukkan yang bukan berbentuk cairan, seperti ganja dan narkotik, apabila dicampur dengan air atau dengan cairan yang lain dan berubah bentuknya menjadi cairan, maka ia tidak dianggap najis. (Istifta’ dari Pejabat Rahbar, Bab Thaharah, masalah 15).
  3. Air anggur yang telah dididihkan dengan api dan tidak berkurang dua pertiga daripada ukurannya serta tidak memabukkan, ianya tidaklah dianggap najis, namun meminumnya adalah haram. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 302).
  4. Apabila sejumlah anggur muda dididihkan bersama anggur yang sudah matang di dalam air secara serentak, sementara kadar anggur yang sudah matang itu terlalu sedikit, sehingga airnya yang bercampur dengan air anggur muda tadi menjadi hilang dan tidak dapat dikatakan sebagai air anggur yang sudah matang, maka dengan mendidih air tersebut hukumnya adalah halal. Akan tetapi sekiranya buah anggur yang sudah matang itu dididihkan secara terpisah (tanpa dicampur dengan buah anggur yang masih muda), maka hukum meminumnya adalah haram (Ajwibah al-Istifta’at, No. 303).

 

  • Kafir
  1. Orang yang mengingkari tauhid, nubuwwat (kenabian), atau mengingkari salah satu daripada prinsip-prinsip agama Islam, seperti solat, puasa, atau meyakini adanya ketidaksempurnaan dalam risalah Rasulullah s.a.w., maka dia adalah kafir dan najis, kecuali ahli kitab[1]. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 313, 316, dan 336).

 

    Perhatian:

Mengingkari prinsip-prinsip agama, boleh menyebabkan seseorang menjadi kafir jika perkara tersebut mengakibatkan kepada penolakan terhadap risalah, pendustaan terhadap kerasulan Rasul s.a.w., atau berpendapat terdapat sebarang kekurangan di dalam syari’at. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 336).

 

  1. Orang kafir ahli kitab dihukum suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 336).

 

    Perhatian:

Yang dimaksud dengan ahli kitab adalah setiap orang yang menganut salah satu daripada agama-agama Ilahi dan menganggap dirinya sebagai pengikut daripada salah seorang utusan Allah swt serta memiliki salah satu dari kitab-kitab samawi yang diturunkan kepada para Nabi as, seperti Yahudi, Nasrani, Zoroastrian(majusi), demikian juga dengan ash-Shabi’un (yang mengaku sebagai pengikut Nabi Yahya as dan mengatakan bahawa mereka memiliki kitab Yahya as). (Ajwibah al-Istifta’at, No. 316 dan 322).

 

  1. Dengan hanya memiliki keyakinan terhadap risalah Nabi terakhir s.a.w. adalah tidak mencukupi untuk melaksanakan hukum Islam. Oleh kerana itu, jika sekelompok daripada ahli kitab yang dari sudut kepercayaan mereka beriman kepada risalah Rasul s.a.w., akan tetapi secara praktikal mereka beramal mengikut cara dan adat-istiadat para nenek moyang dan leluhur mereka, tidak boleh dianggap sebagai Muslim. Namun, jika mereka tergolong sebagai ahli kitab, maka mereka dihukum suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 314).
  2. Para Muslim yang murtad, dihukum sebagai orang kafir, dan apabila mereka berubah menjadi kafir yang bukan daripada ahli kitab, maka mereka pun akan menjadi najis. Akan tetapi jika dengan sekadar meninggalkan solat, puasa dan seluruh kewajipan-kewajipan syar’i yang lain tidak akan menjadikan seseorang itu murtad atau kafir atau menjadikannya najis. Dan selagi kemurtadannya belum terbukti, dia tetap memiliki hukum sebagaimana yang dimiliki oleh seluruh Muslimin yang lain. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 315).
  3. Aliran “’Aliyullahi” yang memiliki keyakinan bahawa Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib a.s. adalah Allah swt atau menganggapnya sebagai sekutu Allah swt, mereka dihukum sebagai kafir dan najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 317 dan 318).
  4. Seseorang yang mengutuk dan melakukan penghinaan terhadap salah satu daripada para Imam Maksum as, dihukum kafir dan najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 320).
  5. Seluruh pengikut aliran sesat Bahaiyyah dihukum najis. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 328).

 

    Beberapa Perkara Berkenaan Najis:

  1. Peluh yang keluar kerana junub yang diharamkan (seperti berzina) adalah suci, akan tetapi secara ihtiyath wajib jangan melakukan solat dengan peluh ini. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 270).
  2. Peluh tubuh dan air ludah daripada seseorang yang telah memakan daging haram dan najis (seperti daging babi) adalah suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 273).
  3. Kesan darah yang telah pudar warnanya pada pakaian yang telah dibasuh, jika zat darahnya telah tiada dan yang tinggal hanya warnanya sahaja dan ia tidak akan hilang walaupun dengan membasuhnya, dihukum suci. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 268).
  4. Muntah adalah suci, baik yang keluar daripada seorang bayi yang masih menyusu, atau bayi yang menyusu dan telah mengambil makanan tambahan, ataupun muntah yang dikeluarkan oleh orang dewasa. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 297).

 

[1] Yang dimaksudkan dengan Ahli Kitab adalah orang-orang yang menisbatkan agama mereka kepada agama Ilahi dan mengira diri mereka daripada umat nabi daripada para nabi Allah Ta’ala (salam dan selawat ke atas para nabi-nabi kita) dan mereka memiliki kitab daripada kitab-kitab langit yang telah diturunkan ke atas para nabi a.s. seperti Yahudi (Taurat), Nasrani (Injil) dan Zaroaster atau Zoroastrian dan begitu juga ash-Shabi’un (mereka bukan kaum Majusi, Yahudi, Nasrani dan bukan juga dikalangan umat Islam, bahkan mereka adalah kaum yang menyembah bintang-bintang. Al-hadis –Tafsir al-Mizan, J:1, Hal: 194-) –mengikut kajian kami (Imam Khamanei)- yang mana mereka juga dikalangan Ahli Kitab, maka hukum Ahli Kitab mengalir ke atas mereka, dan bermasyarakat dengan mereka dengan menjaga dasar-dasar (Islam) dan akhlak-akhlak Islamiah tidaklah bermasalah. (Ajwibah al-Istifta’at, No. 315).

One thought on “Najasat (Najis-najis Bahagian 2)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *