1. Makna Wilayatul Faqih Wilayatul Faqih ialah pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang faqih yang adil dan pandai dalam masalah agama. (Ajwibah al-Istifta'at, soalan 56).

Bab Taqlid – Wilayatul Faqih Dan Kepimpinan Umat

 

  1. Makna Wilayatul Faqih

Wilayatul Faqih ialah pemerintahan yang dikendalikan oleh seorang faqih yang adil dan pandai dalam masalah agama.  (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 56).

 

Perhatian:

  • Wilayatul Faqih dalam kepimpinan masyarakat Islam dan mengatur pelbagai urusan negara Islam dalam setiap zaman dan masa, adalah merupakan salah satu dasar dan rukun mazhab haq Syi’ah Imamiyah yang berakar dari masalah Imamah. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 61).
  • Seseorang yang tidak meyakini Wilayatul Faqih, baik berdasarkan hasil ijtihad ataupun taqlid pada masa ghaibnya Imam Zaman ajf, tidak menyebabkan dia murtad dan terkeluar daripada agama Islam. Oleh itu, barangsiapa yang berpendapat bahawa tidak perlu meyakini Wilayatul Faqih berdasarkan dalil dan hujjah, maka dia dimaafkan. Tetapi dia tidak boleh menyebarkan ikhtilaf dan perpecahan di kalangan umat Islam. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 59 dan 61).

 

  1. Pentingnya Wilayatul Faqih

Agama Islam merupakan agama samawi terakhir sehingga ke hari kiamat dan agama yang mengatur seluruh urusan masyarakat. Oleh itu, seluruh lapisan masyarakat Muslim dituntut untuk mempunyai seorang pemimpin dan Wali Faqih yang mampu menjaga umat Islam daripada kejahatan musuh-musuh mereka, mampu mempertahankan undang-undang Islam, menegakkan keadilan sosial, membanteras kezaliman, menjauhkan kaum penindas agar tidak menguasai kaum yang lemah dan dapat menjamin wujudnya kemajuan teknologi, budaya, politik dan sosial. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 63).

 

Perhatian:

Wilayatul Faqih merupakan hukum syar’i ta’abbudi (berdasarkan perintah Syar’i -Tuhan-) yang disokong oleh hukum akal. Dan dalam menentukan misdak nya (contoh/perkara) mempunyai cara uqala’i (orang-orang yang berakal) sebagaimana yang dijelaskan dalam undang-undang dasar Republik Islam Iran. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 56).

 

  1. Batas-batas Wilayatul Faqih

1)        Perintah-perintah Wila’iyah Wali Faqih

Seluruh kaum Muslimin diwajibkan untuk tunduk dan mentaati perintah-perintah wila’iyah dan arahan-arahan pemerintahan Wali Faqih. Hukum ini mencakupi para ulama dan faqih terutama para muqallid beliau. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 62 dan 65).

 

Perhatian:

Tidak dibenarkan bagi seseorang menentang individu yang telah menduduki Wilayatul Faqih dengan alasan bahawa dia lebih layak daripadanya. Hal ini ketika Maqam Wilayatul Faqih tersebut diperolehinya dengan cara yang rasmi, sesuai dengan undang-undang yang telah berlaku. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 65).

 

2)        Hukum-hukum Wila’iyah (wilayah kekuasaan) Wali Faqih

Hukum-hukum wila’iyah dan pelbagai ketentuan yang keluar daripada Wali Faqih, jika ketika dikeluarkan tidak bersifat sementara, maka hal itu tetap berpanjangan. Kecuali jika Wali Faqih baru melihat adanya maslahat untuk menghapuskan ketentuan tersebut. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 64).

 

3)        Menerapkan Hudud

Hudud atas pencuri, penzina dan lain-lain pada masa ghaibnya Imam Zaman ajf, harus tetap diterapkan. Dan kuasa tersebut khusus berada di bawah Wali Faqih. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 66).

 

4)        Mendahulukan Kepentingan Wali Faqih atas Kepentingan Masyarakat Umum

Jika terjadi percanggahan antara kehendak dan kepentingan Wali Faqih -dalam hal-hal yang berkaitan dengan maslahat Islam dan kaum Muslimin- dengan keinginan dan kepentingan masyarakat umum, maka kehendak dan kepentingan Wali Faqih harus didahulukan dan diutamakan. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 63).

 

5)        Pengaturan Media Massa

Pengaturan media massa harus dibawah kuasa dan pengawasan Wali Faqih. Dan media tersebut harus digunakan untuk kepentingan dakwah Islam dan kaum Muslimin serta menyebarkan ajaran Ilahi yang bernilai tinggi. Di samping itu, ia juga harus digunakan untuk memajukan pemikiran masyarakat Islam, mengatasi pelbagai masalah umum dan menyatukan mereka serta menebarkan ukhuwwah Islamiyah di antara kaum Muslimin. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 58).

 

Tiga perkara yang berkaitan dengan batas-batas Wilayatul Faqih

1)        Mentaati perintah-perintah Wakil Wali Faqih.

Seseorang tidak dibenarkan menentang ketetapan wakil Wali Faqih jika perintah yang dikeluarkannya itu masih berada dalam batas-batas maslahat dan kebijaksanaan yang diberikan oleh Wali Faqih. (Ajwibah al-istifta’at, soalan 69).

2)        Wilayah pentadbiran

Dalam konsep-konsep Islam tidak ada istilah wilayah mentadbir (yang ertinya kewajipan mentaati perintah penguasa tertinggi tanpa ada hak untuk menentangnya), akan tetapi menentang perintah pentadbiran yang telah ditetapkan berdasarkan peraturan-peraturan dan ketentuan-ketentuan pentadbiran adalah dilarang sama sekali. (Ajwibah al-Istifta’t, soalan 68).

3)        Wilayah Takwiniyah  

Wali Faqih tidak memiliki wilayah takwiniyah. Dan masalah ini khusus dimiliki oleh para Imam Maksum a.s yang suci. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 60).

 

4.Perbezaan pandangan antara Wali Faqih dengan Marja’ Taqlid

Jika terdapat perbezaan pandangan antara Wali Faqih dengan marja’ taqlid dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan urusan negara dan urusan masyarakat Islam secara umum, seperti mempertahankan Islam dan kaum Muslimin daripada serangan orang-orang kafir dan para penguasa yang zalim, maka dalam perkara ini, pandangan Wali Faqih harus didahulukan dan ditaati. Adapun dalam masalah-masalah yang hanya berkaitan dengan individu sahaja, maka setiap mukallaf harus mengikuti fatwa marja’ taqlidnya masing-masing. (Ajwibah al-Istifta’at, soalan 52 dan 54).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *