Al-Qaim

Siri Mahdawiyah

القائم

Al Qaim adalah antara nama dan panggilan khusus untuk Sahibuz Zaman AJF.

Selepas dunia dipenuhi dengan syirik dan kezaliman, manusia bergelimpangan dengan dosa dan kefasadan, muncul dari tanah Mekkah seorang lelaki membawa harapan kepada kemanusiaan. Baginda adalah Muhammad Rasulullah. Dia memancarkan cahaya keadilan dan menenggelamkan kegelapan kezaliman. Baginda berdiri menghancurkan kefasadan dan syirik serta kebodohan. Dengan syiar kalimah Tauhid yang ia laungkan memberi nafas baru kepada insan dan kemanusiaan. Gerakan dan kebangikatan yang dimulakan olehnya setiap hari bertambah cepat hingga meliputi setiap sudut dari tanah Arab. Setiap kabilah kuffar dan mereka yang ingkar, tunduk patuh kepadanya.

Namun setelah beliau mangkat, seakan tidak Nabi yang diutus dan tidak ada risalah Ilahiyah yang diturunkan. Manusia yang tadinya disiram dengan nur Ilahi, kini pelahan demi pelahan kembali kepada cara kehidupan penuh dengan kezaliman dan kegelapan. Seakan-akan kehidupan manusia telah kembali kepada era jahiliyah. Satu demi satu para Ausia Rasulullah datang dan menduduki kerusi hidayah. Namun Imamah mereka diingkari dan ditolak serta mereka dibunuh dan diracun.

Manusia semakin hari semakin lalai terhadap agama. Agama untuk mereka hanya sekadar ritual yang tidak memiliki maknawi dan sebagai pakaian zahir mereka sahaja. Lama kelamaan, manusia semakin lalai akan kedudukan Imamah. Bagi mereka Imam adalah suatu yang melibatkan masa lampau. Kini kehidupan mereka benar-benar menampakkan bentuk kehidupan jahiliyah.

Ketika kefasadan, kezaliman dan kejahilan sekali lagi mengusai umat manusia, maka akan datang seruan Malaikat dari langit. Kali ini bukan Baginda Rasulullah, tetapi puteranya yang bernama Al Mahdi AJF. Panggilan dari langit untuk menandakan waktu zuhur dan qiam – bangkit – telah tiba:

یا أَیهَا الْمُدَّثِّرُ، قُمْ فَأَنْذِرْ، وَ رَبَّکَ فَکَبِّرْ

Wahai yang bersendiri, wahai yang berada dibelakang tabir dan selama ini di dalam keghiaban, bangunlah, sekarang ini waktunya untuk bangkit. Bangkitlah dengan kalimah Tauhid, tantanglah segala bentuk kezaliman, kefasadan, syirik, nifaq, kotoran dan kemunafiqan. Tegakkan Kalimat Ibrahim dalam Tauhid di seluruh alam. Qaim A’li Muhammad, Al Mahdi AJF dengan perintah Allah akan bangkit dengan kebangkitan yang hak. Imam akan mengalah kebangkitan yang batil yang mengatas namakan ajaran datuknya. Imam akan mengembalikan ajaran sebenar Baginda Rasulullah SAAW dan syariat Allah. Cahaya kebenarannya akan memancar hingga menghilangkan keraguan. Maka akan muncul wajah-wajah baru Salman dan Abu Zar. Semua agama-agama Ilahi dari Adam dan hingga ke Khatamul Anbia akan mendapatkan faedah dengan qiam Imam.

Para pencinta Rasulullah setiasa bersedih kerana berjauhan dengan Imam Al Mahdi. Mereka sentiasa mengharapkan Imam seberapa segera zuhur supaya mereka dapat melihatnya. Imam Al Mahdi juga dari satu sisi sentiasa menanti perintah zuhur dari Allah untuk bangkit. Imam akan menamatkan tugas para Anbia dan Ausia yang masih belum selesai. Penantian para penanti akan janji Allah yang akan membumikan Tauhid keseluruhannya akan terlaksana.

وَعَدَ اللَّهُ الَّذِینَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَیسْتَخْلِفَنَّهُمْ فِی الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِینَ مِنْ قَبْلِهِمْ وَلَیمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِینَهُمُ الَّذِی ارْتَضَى لَهُمْ وَلَیبَدِّلَنَّهُمْ مِنْ بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا یعْبُدُونَنِی لَا یشْرِكُونَ بِی شَیئًا

Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kalian dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentaisa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Ku .

Imam Muhammad Al Baqir menukilkan dari Jabir bin Abdullah Al Ansari:
Pada suatu hari aku menziarahi Hazrat Fatimah Az Zahra as, ditangannya ada sehelai kertas yang tertera seluruh nama-nama Imam, aku menghitungnya ada 12 nama dan nama yang terakhir adalah Al Qaim .

Dalam menafsirkan ayat وَكَانَ وَعْدًا مَفْعُولًا Imam Jaffar As Sadiq as berkata:
Zuhur dan kebangkitan Al Mahdi adalah pasti. Allah SWT pasti akan menepati janjinya .

Rasulullah SAAW bersabda:
Para Imam selepasku 12 orang. Pertama dari mereka adalah Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib as. Yang terakhir adalah Al Qaim AJF .

Safar bin Dilaf berkata:
Aku mendengar Imam Muhammad At Taqi berkata ‘Imam selepasku adalah puteraku Ali. Selepasnya Hassan. Setelah itu Imam diam’. Aku bertanya ‘Wahai putera Rasulullah, siapa Imam setelah Hassan? Imam langsung menangis teresak-esak, selepas Hassan adalah Al Qaim bil Hak dan Al Muntazar. Aku bertanya kepada dia dipanggil sebagai Al Qaim. Imam menjawab ‘setelah beliau dilupakan dan banyak yang meninggalkan Imamahnya, dia akan bangkit .

Ya Allah percepatkan kezuhuran Sahibuz Zaman, Qaim A’li Muhammad. Muliakan kami menyaksikannya, menjadi sahayanya dan berkorban untuknya
االهم عجل لولیک فرج

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *